Arissa Khayra Day 1

Flash back.. asyik flash back jer kan... nak wat camaner... dah skrg baru ada masa nak blogging...

24th Nov 2012 (Sabtu)

Malam tadi lena sungguh Sally tidur.. tiada langsung rasa sakit.. maybe kesan epidural masih ada… mmm.. Nak bersalin lagi??? Huhuu… sejak berkenalan dengan Mr Epidural… rasanya tiada masalah.. hehhe.. one more time… try for a boy.. cewaahhh…

Pagi ni, sally hanya diberi makan 5 keping biskut Jacobs Hi Fibre dan segelas Milo.. huhuu.. saat berpantang sudah bermula… Mama mmg ketat dan disiplin dalam soal pantang. We ols maish di hospital, mama dah kol mak cik urut untuk standby datang ke rumah petang nnt… huhuuu…

Selepas pemeriksaan ke atas Arissa dibuat.. doctor bgtau Arissa ada jaundice.. tapi sedikit sahaja.. hanya perlu monitor.. Meh kita tgk wajah anak mama...

Muka dah agak kembang.. hehheehee..

Pagi ni ustazah datang ke bilik sebelum discharge. Sedikit tazkirah diberikan... Antaranya:
  • Ibu hendaklah mandi wiladah ataupun mandi sesudah bersalin. Niat nyer simple jer.. "Sahaja aku mandi wiladah kerana Allah Taala". Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap wanita yang bersalin.. Tak ramai yang tahu pasal mandi wiladah ni.. Menurut ustazah.. Ulama’ fiqh mengatakan bahawa diwajibkan mandi wiladah kerana mereka menyatakan bahawa wiladah adalah sama dengan air mani. Oleh itu wajib mandi disebabkan keluar air mani. Masa mandi wajib wiladah adalah sebaik sahaja dia mampu bergerak untuk membersihkan diri.
  • Dah bersih dari darah nifas nanti, kena mandi Nifas pulak. Nifas ialah darah yang mengiringi wanita bersalin. So, dah bersih daripada darah nifas, kena ler mandi nifas..
  • Ustazah juga menerangkan tentang hak seorang anak yang diamanahkan kepada ibu iaitu memberikan susu ibu. Kita sebagai seorang ibu perlulah memberi hak anak iaitu susu ibu. Mmmm... lagi ler Sally bersemangat fully breast feed Arissa.. Rasa rugi dan bersalah nyer Sally pada Adelina dulu kerana hanya berikan susu ibu selama 2 bulan sahaja... huhuuu... 
Thank you ustazah... Kata-kata dan nasihat ustazah itu akan Sally sematkan dihati.

Selepas check up Arissa dah settle, sesi tazkirah daripada ustazah selesai, Sally dihidangkan dengan menu pertama pantang iaitu Nasi dan Ikan bakar... huhuu..

Dah settle makan... settle semuanya.... maka balik ler kami ke rumah mama.. Sampai jer kat rumah.. mak bidan dah sedia menanti.. huhuu.. mama..mama…. bermulalah saat2 pantang Sally di rumah mama.. Lepas urut dan bertungku.. tak lama sangat untuk 1st day ni.. Sally disediakan dengan air mandi rebusan akar-akar kayu dan daun2 yang sungguh wangi.. Wangi ker???? hehehee... Dan seterusnya Sally mandi Wiladah..

Apa hidangan Sally hari ni untuk makan malam? Sup ikan haruan dan ikan masin gelama.. hmmm… nasi panas2 sedap juga… kalau dah lapar.. semua hentam jer laa.. Nasi tak boleh bertambah.. air segelas sahaja… Selepas berurut dan bertungku, perut dibarut dengan barangan Nona Roguy yang Sally beli awal2 lagi…




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops