Lagi-lagi flash back...
25th Nov 2012 (Ahad)
Malam tadi, Arissa terjaga sekali sahaja.
Tu pun mama yang entertain.. Sally tidur jer.. huhuu.. Arissa diberi susu
formula coz susu badan lum kuar lagi.. Pukul 7 pagi Sally dah dikejutkan oleh
mama.. Cuci2 dan salin2 apa yang patut… gosok gigi dan basuh muka.. hidangan
yang sama juga Sally hadap.. 5 keping biskut Jacobs Hi Fibre dan segelas Milo
panas… hmmm.. buat alas perut kata mama..
Tepat pukul 8:00 pagi, mak bidan dah
datang. Dimulakan dengan urut satu badan.. dan kemudian bertungku… huhuu..
rutin ni akan berlanjutan sehingga 44 hari u ols.. best kan bila badan kita dibelai dan dimanja... i love this pantang session... bab makan jer tak besh sket... huhuuu... proses berurut dan bertungku mengambil masa sehingga pukul 1:00 tgh… nak tahu
brapa kos nyer??? RM30 shj… huhuu… Mana nak dpt kat KL dengan service dan kos
mcm ni betul tak??? Sbb tu ler Sally sanggup balik ke Kelantan.. hahahaa… daun2
untuk alas tungku pun dibawa oleh mak bidan… daun2 akar kayu untuk mandian juga
dibekalkannya…
Selepas berurut dan bertungku, perut
dibalut.. dan Sally leh ler menjamu selera.. Menu aper hari ni??? Sup ikan
haruan lagi.. ikan selar bakar dan ulam lada hitam putik… hmmm.. selera tau..
nasi panas2.. huhu… Lada hitam putik ni mmg favourite Sally.. Leraikan dia dari tangkai nyer.. dan makan macam tu jer dengan nasi panas2.. kata mama dia akan mempercepatkan proses mengempis perut.. agak pedas.. tapi rangup dan sedap.. Camana bentuk nyer?? Ni gambar nyer...
Tentang Arissa pulak.. Sally tak payah nak piker sgt coz
mama dah uruskan semuanya.. daripada mandikan dan susukan.. Sally dah start
pump susu.. dan susu pun dah mula keluar.. Sally dah stop susu formula dan dah
bg fully breast feed. Lepas dah makan dan berehat sekejap, Sally pun bersiram..
dengan air rebusan akar2 kayu dan juga dicampur dengan uncang cuci Nona Roguy…
sambil bersiram tak lupa juga Sally gunakan lulur Nona Roguy.. hmm.. nyaman dan
segar rasanya… syampoo dan perapi pulak, Sally pakai set Jamu Mak Dara... my MIL yang berikan.. best jugak syampoo dan perapi dia.. rasa lembut jer rambut... bau cam kelapa tapi wangi... untuk kuatkan akar rambut masa... dan rsa cam serasi plak dengan bau2 rebusan akar dan daun2 mandian... lepas bersiram tu.. perut dibarut lagi dengan minyak herbanika
dan krim barut Nona Roguy… rasa kemas perut dan fit gitu…. Cewahh… Mandi sekali
jer sehari coz kata mama kut badan kembang… Sally ikutkan ajer.. tak ikut kang
kena leter lak.. tak leh tidur pasang air cond lak tu.. huhuu.. panas nyer…
On the other notes, hubby dah pergi
register nama Arissa di pejabat pendaftaran di Pasir Mas.. anak mama dah
formally known as Arissa Khayra Ahmad Sabri and in a month time, Arissa akan
dapat mykid. Lepas proses registration tu, hubby ke Klinik Desa daftarkan kad
bersalin dan kad check up baby. Yang best nyer kat kampung ni, wpun kita bersalin di private
hospital, pemeriksaan susulan akan dibuat oleh jururawat desa. Dan diaorg ni
akan dtg kerumah setiap hari untuk monitor baby dan mama selama 10 hari… service plak FREE
jer.. best kan…???
Nak tgk wajah anak mama Hari ke 2.. lagi tembam.. hehhee:
Nak tgk wajah anak mama Hari ke 2.. lagi tembam.. hehhee:
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
0 comments:
Post a Comment