Cara Akikah Sempurna

Slalu kalau Sally cerita pasal cara akikah di Kelantan especially yg dipraktis oleh our family, ramai yang tak tahu... dan ada yang tak pernah dengar pun. So, arini Sally terbaca satu newspaper lama maser tgh mengemas kotak tadi... Transisi Soal Jawab Agama tarikh Julai 2010 bersama Ust Jefri Bujang. Jom Sally kongsikan dgn u ols....

Soalan yang ditanyakan adalah: 
Saya ingin mengetahui cara-cara melakukan akikah yang terbaik dan sempurna.

Jawapan daripada Uust Jefri Bujang:
Akikah adalah sunat muakad dan afdal dilakukan pada hari ke-7 kelahiran. Cara melakukan akikah tersebut:
  1. Menyembelih binatang untuk anak lelaki, dua ekor kambing atau dua bahagian lembu sekiranya mampu. Jika tidak, memadai 1 ekor atau 1 bahagian sahaja. Bagi anak perempuan pula, seekor kambing atau satu bahagian lembu sahaja.
  2. Bercukur rambut. Kemudian, rambut itu ditimbang dan dinilaikan dengan harga emas dan perak serta wang disedekahkan kepada fakir miskin.
  3. Memberi nama anak dengan makna yang baik.
  4. Membelah mulut, iaitu menyuap makanan manis di mulut bayi.

Mmmm.. so, tak der ler pelik cara yang we ols praktiskan... Biasanya step no 2 tu yg orang tak pernah dengar dan slalu hairan bila Sally citer we ols buat cara macam tu. Macam Adelina dulu, lepas cukur jambul iaitu rambut digunting sedikit sebagai syarat semasa majlis cukur jambul, dan kemudiannya my mom cukur semua rambut Adelina dan disertakan dengan helaian rambut yang digunting tadi. Pastu, we ols bawak rambut tersebut ke kedai emas. Timbang rambut dan nilai dengan harga emas. Let say dpt 3gm.. so.. harga semasa emas 1gm brapa pada masa tu.... 

contohnya 1gram emas = RM180
berat rambut anak setelah dicukur = 3 gm
jumlah = RM180 x 3gm = RM540.

So,  RM540 tersebut akan disedekahkan kepada fakir miskin. Dan itu merupakan sedekah pertama dari baby kiter... baru keluar jer dah bersedekah kan...

Mmm... Sally google2... dapat ler info tambahan dari site: http://halaqah.net
Dinyatakan dalam Hadis riwayat at-Tirmidzi

"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah beraqiqah untuk Hasan dengan seekor kambing dan Baginda bersabda: "Wahai Fatimah! Cukurlah kepalanya (rambutnya) dan bersedekahlah seberat timbangan rambutnya itu dengan perak." (‘Ali) berkata: "Lalu dia (Fatimah) timbang (rambut anaknya itu), maka beratnya adalah satu dirham atau setengah dirham."

OK itu ajer buat panduan kita semua...



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


1 comments:

  1. Sally said...:

    ohhh.. luper lak... ada yang tanya.. abis rambut tu nak buat aper plak??? Tanam jer... :)

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops