Siri Mata Wang Baharu 2012

Suker Sally nak mengabadikan Siri Mata Wang Baharu 2012 negara kita di Sally's Thoughts... Ada pelbagai pendapat pasal mata wang baru ni.. Ada yang suker.. tak kurang jugak yang memberi pendapat berbeza.. Aper2 pun percayalah pembaharuan yang dibuat ada kebaikan nyer.. mmm.. musim raya ni.. sumer nak bagi duit baru jer..  :)

Ni Sally ceduk dari Harian Metro pasal Siri Mata Wang Baharu 2012. Sajer jer.. senang nnt nak buat referral bila last skali Malaysia tukar mata wang negara pada masa-masa akan datang... hehee... coz Sally mmg minat jugak kumpul duit ni.. Nnt ada masa Sally share duit2 lama dan juga mata wang negara asing yang menjadi koleksi simpanan Sally... Salah satu hobi Sally jugak ni..



KUALA LUMPUR: Mata wang RM20 kembali diperkenalkan dalam Siri Mata Wang Baru oleh Bank Negara Malaysia (BNM) selepas lebih 16 tahun dihentikan pengeluarannya pada 1995.

Duit syiling dan duit kertas - RM20 baru Malaysia 2012
RM20 Malaysia Yang Baru 2012

Wang berwarna oren itu memaparkan ilustrasi dua spesies penyu yang hanya boleh ditemui di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Belimbing (Dermochelys coriacea) yang juga lambang hidupan laut tropika negara yang pelbagai serta berwarna-warni.

Siri Mata Wang Baru yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, meliputi siri wang kertas dengan reka bentuk baru membabitkan nota RM10, RM20 dan RM100 serta wang polimer RM1 dan RM5. Nota RM50 menggunakan reka bentuk sedia ada.

Wang Kertas Dan Syiling Malaysia Yang Baru 2012 RM50
RM50 Malaysia Yang Baru 2012
Wang Kertas Dan Syiling Malaysia Yang Baru RM100
RM100 Malaysia Yang Baru
Wang Kertas Dan Syiling Malaysia Yang Baru RM10
RM10 Malaysia Yang Baru
Wang Kertas Dan Syiling Malaysia Yang Baru - RM5
RM5 Malaysia Yang Baru
Wang Kertas Dan Syiling Malaysia Yang Baru -RM1
RM1 Malaysia Yang Bar

Semua mata wang kertas dan polimer ‘berwajah’ baru itu akan mula diedarkan pada separuh kedua tahun depan manakala syiling baru meliputi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan Julai lalu akan mula diedarkan kepada orang ramai Januari depan.

Wang Kertas Dan Syiling Malaysia Yang Baru 2012 
Syiling Malaysia Yang Baru 2012
 
Ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi yang menjadi nadi negara merupakan inspirasi serta ilham utama dalam reka bentuk wang kertas siri terbaru berkenaan.

Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, siri keempat wang kertas itu memaparkan ekspresi tradisional seni dan kraftangan, keajaiban alam, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi, manakala bahagian depan semua denominasi wang kertas pula mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, bunga raya dan corak songket kain tenunan tradisional.

Sempena pelancarannya, BNM mengeluarkan wang kertas peringatan bagi siri mata wang itu membabitkan pengeluaran 500,000 set koleksi dua wang kertas (RM1 dan RM5) yang dijual pada harga RM15, 500,000 koleksi wang kertas RM20 pada harga RM30 dan 50,000 set enam wang kertas (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) yang dijual pada harga RM300.

Semua wang kertas peringatan berkenaan menggunakan nombor siri sama dan sah digunakan untuk sebarang transaksi. Bagi individu yang berminat, mereka boleh mendapatkan koleksi terhad itu di ibu pejabat BNM dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu mulai hari ini. - via www.hmetro.com.my


Sumber: http://www.servisproduk.com
 


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops