Selamat Hari Malaysia...

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Pada awalnya Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Kemudiannya mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Cuti umum Hari Malaysia 16 September 2012 kali ini jatuh pada hari Ahad. Cuti umum Hari Malaysia yang jatuh pada hari ahad akan di bawa ke hari isnin (17 September 2012). Ini bermakna rakyat Malaysia akan bercuti selama 3 hari (Sabtu, Ahad dan Isnin). Pastinya cuti 3 hari ini akan digunakan sepenuhnya di kalangan kita untuk mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri memandangkan Syawal kian sampai ke penghujungnya. Ada juga yang mengambil kesempatan ini untuk balik ke kampung dan bercuti bersama keluarga... Bagi Sally plak yg hubby masih lagi outstation.. lebih gemar relax di rumah dan mengunjungi rumah kengkawan yang buat open house...

Untuk makluman, sambutan Hari Malaysia 2012 kali ini akan di adakan di Bintulu Sarawak dengan tema kali ini "Janji Ditepati Rakyat Sejahtera".

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia buat seluruh rakyat Malaysia dan selamat bercuti panjang...Berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang yang TERSAYANG...
Semoga Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang aman damai dan diberkati.

Selamat Hari Malaysia dan Salam 1Malaysia!


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops