Legacy - Drama Filipino - Part 1

Selepas Mara Clara, Sally ketagih plak dgn satu lagi drama Filipino "Legacy".. wpun dah berjanji kat diri sendiri tak mo ikuti dah mana2 telenovela.. tapi.. tersnagkut gak kat citer coz dah tgk masa dlm pantang hari tu... Dah lama nak sory2 kat u ols pasal citer ni.. tapi xder mood lak.. So.. mlm ni, nak story sikit kat uols...

Ciert ni start pada 5 Dec 2012.. ditayangkan setiap Isnin - Khamis di TV3 pada pukul 3ptg.. Pada u ols yg bekerja dan tak sempat tgk ptg tu cam Sally.. leh ler tgk kat TonTon.. hehehee.. TQ TonTon..
 
Kali ni.. Sally tak nak bg my personal view lagi... just nak intro sinopsis citer dan perkenalkan pelakon2 kat u ols... Salah satu sebab naper Sally suka giler citer ni.. coz pelakon2 dia cantik2.. dan yg lelaki plak bleh tahan wpun agak nmpk katik2 diaorng ni.. hhehehee...


Barisan pelakon Legacy. Perempuan dari kiri atas, Lovi Poe as Natasha Alcantara, Heart Evangelista as Diana Calcetas dan di bawahnya, Alessandra De Rossi as Bernadette Leviste. Merekalah yang akan bersaing mendapatkan Legacy. Dan lelaki plak kiri atas, Sid Lucero as IƱigo Salcedo, kanan, Geoff Eigenmann as Joshua "Josh" Castillo dan bawah, Mike Tan as Arturo "Third" San Jose III.

Sinopsis

Secara ringkasnya, drama ini mengisahkan tentang perebutan kuasa di antara 3 beradik Alcantara di Perbadanan Legacy.

Cerita ini bermula apabila waris tunggal Legacy Corporation, Cesar Alcantara jatuh cinta dengan pekerja kilang rendah bernama Isabel Calcetas. Bapanya Don Romualdo Alcantara, menghalang Cesar berhubungan dengan Isabel dan sebaliknya memaksa dia untuk berkahwin dengan Eva, seorang anak perempuan hartawan perbankan yang meminjamkan mereka wang untuk menyelamatkan Perbadanan Legacy daripada muflis. Tetapi Cesar bingung, dia amat cinta dengan Isabel. Cesar serius dengannya dan dia bersedia untuk berjuang untuk cinta mereka. Tetapi segalanya berubah apabila Eva memberitahu kepadanya bahawa dia hamil dan anak tersebut adalah anak Cesar. Sebenarnya, Eva hanya berpura-pura, kerana dia tidak boleh mengandung kerana masalah ovari.  

Kisah bermula dengan hubungan cinta terlarang Cesar Alcantara (lakonan Dennis Trillo sebagai Cesar watak muda) anak lelaki tunggal Romualdo Alcantara dengan Isabel Calcetas (Bianca King watak Isabel muda). Hubungan terlarang antara Cesar dan Isabel telah menghasilkan seorang anak perempuan yang cantik dan bijak bernama Diana Calcetas (Heart Evangelista). Walaubagaimanapun kandungan Isabel tidka diketahui Cesar dan mereka terpisah dan hanya dipertemukan selepas 20 tahun kemudian.

Tentang kehamilan Eva, dia menipu dengan membeli seorang bayi dari perempuan setinggan yang diberi nama Natasha Alcantara. Keluarga Alcantara tidak mengetahui tentang penipuan Eva ni dan menganggap Natasha satu-satunya waris kekayaan mereka sehinggalah selepas 20 tahun baru Cesar mendapat tahu rahsia ini dan tidak sempat memberitahu pada Natasha kerana Cesar mati di tembak seseorang.

Cesar ni juga mempunyai seorang lagi anak dengan seorang pelakon Anna Marie Levista bernama Bernadette Levista.Sama seperti Diana Calcetas dia juga tidak diterima oleh keluarga Alcantara...

Selepas kematian Cesar, bermulalah perjuangan Diana dan Bernadette untuk hak-hak undang-undang kepada nama dan kekayaan bapa mereka. Don Romualdo, sekali lagi, enggan mengakui Bernadette dan Diana, tetapi akhirnya memberi mereka peluang untuk membuktikan diri mereka sendiri. Mereka perlu menjalani ujian DNA untuk membuktikan bahawa mereka adalah benar2 berdarah Alcantara. Dan akhirnya tiga adik-beradik. Semua ... cantik, pintar dan bercita-cita tinggi berjuang atas cinta, kuasa dan kekayaan, yang akan muncul untuk menjadi waris perempuan tunggal Perbadanan Legacy..
 
Dan berkisarlah plot-plot menarik dari kisah kesungguhan, kesedihan dan permasaalahan yang di hadapi oleh ketiga-tiga anak perempuan Cesar Alcantara dalam mempertahankan kedudukan mereka di dalam Legacy...

Agak complicated gitu...

Part 2 nnt Sally akan review pelakon dia lak... watak yg dibawa setiap org.. mmg besshhhhh



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops