Takdir Itu Milik Aku - Siti Rosmizah

Perghhh... akhirnya abis jugak novel Siti Rosmizah 1055pages ni.. Actually dah 3 ari lepas abis baca.. tp x sempat nak wat review.. arini cam tenang sket dan ada kerajinan nak berblog.. Agak azab jugak ler nak menghabiskan novel ni.. lenguh tangan noxx.... Byk cabaran utk abiskan novel SR kali ni... semua posisi ler.. meniarap.. terlentang.. baring... mengiring... duduk... semua gaya ada.. Sally start baca pada 15 Dec... 25 Dec baru abis.. 10 ari jugak ler nak perabiskan buku ni... huhuhuu... cabaran...

Sebelum Sally wat personal review, cam biasa.. meh kita baca sinopsis nyer dulu...

“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.

Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.

Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!

Aper kata Sally?
  • Mmm... kena tarik nafas panjang dulu baru leh wat review... Bukan aper.. Sally rasa dlm byk2 karya SR, novel kali ni kurang mendapat perhatian Sally dan agak memboringkan sikit. Sorry SR.
  • Jalan cerita tidak dinafikan.. agak menarik.. tapi kata-kata or script yang berulang2 membuatkan timbulnya perasaan boring dan tak sabar nak abiskan dalam ertikata bukan xcited nak tau penghujung nyer... tapi terpaksa skip2 coz tak sanggup nak baca ayat yang sama.. Maybe penggunaan ayat yang berulang2 tu adalah motif untuk menebalkan lagi novel ni..
  • Novel tebal ni.. salah satu keburukan dia.. lenguh tangan nak membaca.. dats y ler ambik masa lama sket nak abiskan.. coz tak larat nak pegang bila baca masa baring... mau naik Mr Muscle... huhuu
  • Kalau nak cerita bab kelakar... mmg xder or tak kesampaian... bagi diri Sally ler.. org lain tak tau ler plak kan.. mmm.. tak perasan ler kat mana SR nak selitkan kelakar.. coz xder babak yg Sally tersengeh sendirian masa baca novel ni.. tidak spt novel SR yang lain.
  • Bab sedih plak... maybe jalan ceritanya dari awal sampai abis mood sedih yang cuba ditonjolkan.. so.. sedih yang melampau.. smpi menitiskan air mata tu xder bila baca novel ni... pendek kata... SR tak berjaya membuatkan air mata Sally gugur dgn karya kali ni.. Sedih2 cenggitu jer...
  • Komen watak2 dlm novel ni plak.. mmm.. Dian.. gadis yg lurus bendul... yg mana mula2 tu susah nak gmbrkan perwatakan.. rupa paras.. agak kabur gitu... tak tau nak imagine Dian ni cantik ke tidak.. Sally amat berharap bila time dia nikah dgn Zarif tu.. leh buat Zarif terpukau sebentar ker.. tapi xder plak.. so.. Sally rasa Dian ni biasa2 jer... tapi bila bab2 akhir tu.. SR cuba nak tonjolkan yg Dian tu cantik rupanya... tapi dah agak terlambat dah.. coz Sally dah tak leh nak imgaine yg Dian tu cantik dah masa tu... Awal2 tu.. Dian ni mmg bendul se bendul2 nyer.. lurus sgt.. ada ke org macam tu?? mmm.. rasa sakit hati pun ada.. tapi dah dia lurus sgt nak wat camana...
  • Zarif plak.. lelaki yg hensem tapi tak berhati perut... ok ler watak dia.. tapi jahat yang amat... mm.. bab dah insaf  tu poyo sgt ler plak kan... mayb coz nak tonjolkan yg dia dah insaf ler tu..
  • Sally suker watak Maryam.. kawan Dian tu.. tapi.. si Yam ni agak tak menentu hidup dia... mula2 kerja mcm stable gitu kat KL.. pastu ikut Dian kerja kat KLIA jadi cleaner semata2 nak jaga si Dian.. leh erk.. cenggitu?? pastu kerja ngan Kak Shima plak.. sesuker dia jer.. cam xder matlamat hidup plak.. Yam ni ala-ala takder kehidupan pun yer jugak... coz xder plak kisah2 Yam ker.. mayb SR leh wat selingan.. dia ni bercinta dgn Zul ker.. or ada ler kisah hidup sikit.. drp jadi tempelen cerita pelakon pembantu yg mmg sekadar membantu habis... tapi aper2 pun Maryam ni kawan yg mmg baik..
  • Paling berkesan watak Kamsian dan Dira... dua beranak yg tak berhati perut ni.. Kupasan jalan cerita diaorg pun best ler.. drp mendera si Dian smpi ler pembalasan diaorg... Sally puas hati bab ni..
  • Watak yg best lagi.. Nek Tuk dan Nek Wan... dua2 warga mas ni berjaya ditonjolkan.. Nek Tuk seorang nenek tua yang kaya yang sangat menyayangi Dian.. dan Nek Wan.. nenek kandung Dian yang sentiasa bersama Dian yang memberi dorong kepada Dian waktu susah dan senang..
  • Mmm.. watak Arman plak.. mula2 cam bagus2 jer.. tapi bila part dia rupanya menyimpan perasaan kepada Dian tu yg tak bleh nak terima... cam over sgt plak... kok yer pun.. jgn ler gelojoh sgt.. tp.. watak dia best ler SR tunjukkan dlm novel ni... cam ala-ala duda desperate gitu..
  • Datin Munirah plak... mmg tamak haloba habis... actually jalan cerita novel ni banyak bergantung kepada rancangan jahat Datin ni ler...
So.. overall.. jalan cerita menarik.. kupasan agak berjela-jela dan meleret... ulangan ayat yang sama berulang2...ulang2... ulang2 kali membuatkan pembaca boring... main copy paste ayat sama jer di SR kali ni.... (nak kasi buku tebal ke???) terpaksa skip baca... dialog yg kenkadang memualkan... terutama bab2 akhir bila Zarif nak pujuk Dian balik... 

Berapa bintang kali ni??? 6.5 daripada 10 bintang ler... APer2 pun Sally mmg minat semua novel2 SR yang lain... superbbb.. yg ni jer ada kureng sket... U ols leh ler baca dan nilaikan sendiri.... peace.. :)




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops