Salam Awal Muharram...

Sempena Awal Muharram, Sally nak share sikit berkaitan dengan Awal Muharram ataupun Maal Hijrah.. Posting ni Sally dah ready semlm lagi... dan mmg dah diset auto published pada malam ni... So, u ols jgn ler mengadap lama-lama blog Sally malam ni... megadap pagi esok plak.. hehehe... selepas solat maghrib.. seeloknya buat ler amalan aper yang patut... 

Awal Muharram merupakan the day that marks the beginning of a new Islamic calendar year. Pada awal Muharram ni juga ler.. kita memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharram dan diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Kat Malaysia ni, Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia. Kebanyakan umat Islam di Malaysia akan mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Kalau kat Kelantan dulu, Sally slalu ikut mama pergi masjid. Lepas solat Maghrib, semua akan baca Yaasin sebanyak 3 kali yang diketui oleh imam masjid. Selepas setiap kali habis bacaan Yaasin, diiringi dengan doa panjang umur, murah rezeki dan mati dalam iman...

Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru masihi, kita sering memperbaharui azam masing-masing. Apa kata kali ini azam yang sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru hijrah ini. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini pada tahun baru hijrah, maka bolehlah kita memulakannya sekarang. Tak gitu?? Coz.. biasanya klu tahun baru masihi.. 1 Januari jer.. org duk sibuk nak tetapkan azam tahun baru... bagi kita umat Islam ni.. biar ler 1 Muharram penjadi penanda untuk azam tahun baru kita... :)

So.. kat sini Sally nak share Amalan sunat & kelebihan Awal Muharram yang Sally ceduk dr site ni: eyadira.blogspot.com:

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya- Allah akan melapangkan hidupnya pd tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bg tiap2 rambut yg disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pd tahun itu. Lafaz niat: "Shj aku mandi sunat hari Asyura krn Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  10. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  11. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Kelebihan 10 Muharram
Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dgn hari2 yg lain ?" Sabdanya
  • ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
  • ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
  • Diciptakan lautan pada 10 Muharram
  • Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
  • Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
  • Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
  • Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
  • Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
  • Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
  • Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
  • Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
  • Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
  • Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
  • Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
  • Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
  • Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
  • Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
  • Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
  • Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
  • Awal-awal hujan yg turun dari langit pada 10 Muharram
  • Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
  • Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram
" Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi terang" (Ar-Ra'd:28)

So.. antara amalan yang disyorkan adalah:

Doa akhir tahun dibaca pada waktu Asar pada akhir bulan Zulhijjah sebanyak 3 kali.. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Kesusahan bagiku dan sia2lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan ALLAH binasakan aku satu saat jua.. Dengan sebab membaca doa ini, ALLAH ampunkan dosanya setahun.."


Ertinya :
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan sahabatnya sekalian..

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu.. Engkau telah mengangguhkan azabMu yang telah ditetapkan padaku.. Engkau telah memerintahkan supaya aku segera bertaubat dari kesalahan itu.. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maha aku memohonnya dariMu.. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram..

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga Baginda dan para sahabatnya.. Segala puji pujian hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam..

Amin...

Doa awal tahun dibaca sebanyak 3 kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharram.. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan 2 malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.."


Ertinya :
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan sahabatnya sekalian..

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi buat selama-lamanya.. Demi kelebihanmu yang Maha Agung dan kemurahanmu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon padaMu perlindungan dari syaitan yang direjam, pembantu2 dan tentera2nya.. Aku juga memohon perlindungan dari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara2 yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku padaMu..

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.. Segala puji pujian hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam..

Amin... 

Dengan ini, saya Suhaili Binti Mohd Zain, suami serta anakanda mengucapkan Selamat tahun baru... Salam Maal Hijrah buat seluruh umat Islam tak kira di mana anda berada.. Semoga kita menjadi umat Islam yang lebih baik pada tahun ini.. lebih bertakwa dan beriman.. Mohon maaf di atas kesilapan baik sengaja ataupun tidak.. kecil ataupun besar.. dan Sally juga memaafkan semua kesilapan kalian.. Semoga kita menjadi ummah Nabi Muhammad yang bertakwa.




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


2 comments:

  1. Unknown said...:

    assalamualaikum.w.b.t...nk tnye..bleh x bg panduan solat sunat awal muharram?..syukran..:)

  1. Sally said...:

    Waalaikummusalam..

    Safirah, saya ni tak ler berapa arif sgt.. boleh ler berkongsi bersama di mana saya pun dapatkan info daripada Internet juga... Just to share with u..

    Sembahyang sunat empat rakaat.
    Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
    Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Al~Ikhlas 11 kali.

    Yg sunat 2 rakaat awal muharram tu... niat cam biasa jer... “Sahaja aku sembahyang sunat awal muharram 2 rakaat kerana Allah Taala.” then smbhyg macam biasa.

    yg ni jer saya tahu... klu ada info nnt sy update blog.

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops