Apa itu Stem Cell?

Hari ni Sally selitkan sudut sharing info with u guys... coz Sharing is Caring... Tadi masa kat Ampang Puteri.. Sally ada baca pasal Stem Cell ni... 1st time Sally dgr masa last 2 years kut.. masa tu my sista in law.. Kak Aida.. baru bersalin kat anak bongsu dia... Danyal... bongsu ker??? hehehe.. diaorg simpan stem cell ni.. and Sally pun dah lupa brpa diaorg byr for dat ler kan.. mula2 Sally ingat ker simpan tali pusat biasa jer.. Sally pun ckp ler.. mama Sally pun simpan tali pusat we ols.. letak sama2 semua adik beradik.. coz kata org klu tali pusat duk sama2.. nnt adik beradik tak berpecah belah.. betul ker??? tak tahu ler sejauh mana kebenarannya.. tu petua org tua-tua... confident jer Sally ckp kat abang jamal yg mama Sally simpan tali pusat tu.. Abg Jamal pun xplain ler.. Stem Cell tu aper... bla..bla..bla.... oooo... salah faham rupanya.. baru Sally faham... and from dat time.. Sally ingat klu bersalin next time.. ada rezeki.. nak jugak ler simpan stem cell ni... mana ler tahu kan....

So.. aper kejadah nyer Stem Cell ni???
Meh Sally terangkan sikit aper yg Sally baca kat flyers di Ampang Puteri tadi... petikan daripad majalah i-sihat kalau tak silap...

APA ITU STEM CELL????
Stem cell adalah sel induk( sel yang tidak/belum terspesialisasi )yang mempunyai 2 sifat:

1. Kemampuan untuk berdiferensiasi menjadi sel lain (differentiate). Dalam hal ini stem cell mampu berkembang menjadi berbagai jenis sel matang, misalnya sel saraf, sel otot jantung, sel otot rangka, sel pankreas, dan lain-lain.

2. Kemampuan untuk memperbaharui atau meregenerasi dirinya sendiri (self-regenerate/self-renew). Dalam hal ini stem cell dapat membuat salinan sel yang hampir sama dengan dirinya melalui pembelahan sel.

Kajian terhadap stem cell telah meningkat kerana ianya berpotensi untuk merawat pelbagai penyakit kronik antaranya penyakit kulit, stroke, asma, ginjal, kanser, anemia, jantung,kencing manis dll.

MENGAPA STEM CELL BEGITU PENTING?
Stem sel adalah satu-satunya sel yang memiliki keupayaan untuk memperbaharui dirinya. Stem sel kulit mempunyai fungsi khusus untuk memperbaharui dan memperbaiki kulit. Tubuh merangsang sel-sel kulit untuk menghasilkan protien, karbohidrat dan lipid bagi mengurangkan garis-garis halus dan kedutan disamping mengembalikan dan mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit. Pembahagian stem sel kulit juga penting untuk penhasilan sel-sel kulit yang sihat.

SUMBER STEM CELL?
Terdapat 3 sumber yang mampu memberikan stem cell untuk manusia:
  1. Sumsum tulang.
  2. Darah dari peripheral
  3. Darah tali pusat bayi.
STEM CELL DAPAT MENYEMBUHKAN PENYAKIT?
Yes. Kajian menunjukkan Stem Cell mampu merawat 70 jenis penyakit yang tidak dapat disembuhakn melalui ubatan. Antaranya ialah:
  1. Leukemia
  2. Limfoma - sejenis barah yang terjadi pada limfosit (jenis sel darah putih pada sistem kekebalan tubuh vertebrata)
  3. Ovari
  4. Buah Pinggang
  5. Neuroblastoma - adalah tumor padat paling umum ekstrakranial pada masa bayi
  6. Hodgkin - antara jenis penyakit barah
  7. Thalassemia - adalah penyakit kelainan darah yang ditandai dengan kondisi sel darah merah mudah rusak atau umurnya lebih pendek dari sel darah normal (120 hari).
  8. Anemia Aplastik - kegagalan sumsum tulang membentuk sel-sel darah merah
  9. Anemia Fanconi - adalah suatu kondisi di mana sumsum tulang dapat gagal untuk menghasilkan sel darah merah, sel darah putih dan trombosit.
  10. Anemia (sel sabit) - adalah penyakit turunan berupa kelainan hemoglobin (hemoglobinopati), yaitu tertbentuknya hemoglobin S yang fungsinya terganggu sehingga sel darah merah berbentuk bulan sabit.
  11. Sindrom Wiskott-Aldrich - pendarahan berpanjangan
  12. Granulomatus Kronik - menghentikan sel darah putihnya memerangi serangan bakteria dan infeksi kuman.
  13. Sindrom Hunter - adalah penyakit disebabkan badan kekurangan atau ketiadaan enzim iduronate-2-sulfatase (I2S). Penyakit genetik yang diwarisi daripada keluarga terdekat.
  14. Sindrom Bare-limfosit
  15. Drenoleukodistrofi
  16. Konginetal Diskeratosis
Pelik2 kan nama dia... so.. Slaly balik google satu2 sebelum bg info kat u ols tu tauuu... bukan aper.. diri sendiri pun mau tahu.. aper kejadahnya penyakit yg nama pelik2 ni... yg pelik2 x der info tu... maknanya Sally tak jumpa ler cari.. hehhee.. u ols tahu.. tlg  tinggalkan komen erk..

Kajian masih diteruskan untuk penyakit2 seperti diabetes, jantung, kecederaan saraf tunjang, alzheimer, parkinson dan sebagainya... 

Kat Malaysia ni.. Stemlife merupakan bank stem cell swasta dinegara ini yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia menyimpan stem cell. 

StemLife is a FULLY LICENSED cord blood and peripheral blood stem cell banking facility, under the PHFS Act 1998, Ministry of Health Malaysia.

As at todate, seramai 40,000 org rakyat Malaysia yang menyimpan Stem Cell mereka dengan StemLife.. hmm... angka yang agak sedikit berbanding dgn jumlah kesuluruhan rakyat Malaysia... Masih tiada kesedarankan? Kurang info maybe?? or... kurang bajet? Mahal sangat ker nak simpan Stem Cell ni... lepas Sally baca flyers tadi.. rasanya kos yang dikenakan agak berpatutan.. Meh kita tgk kos nyer...

BRAPA KOS NYER?
Mengikut info yang ada kat flyers tu... (or klu u ols nak tahu details.. leh contact Hotline StemLife +6012 205 0165.) Dia ada 2 pakej:
  1. Pakej bayar tahunan: RM800 pada tahun pertama dan RM250 setiap tahun sehingga anak mencecah 21 tahun.
  2. Pakej bayar lump sum: RM5000 sekali bayar sehingga anak mencecah 21 tahun.
Dah lepas 21 tahun tu.. Sally pun tak sure aper terjadi.. coz xder plak dia terangkan kat flyers tu.. Sally google pun xder info about that.

Dan lagi... sekiranya terjadi sesautu pada stem cell yang kita simpan tu, ada perlindungan insurans sehingga RM50,000 bergantung kepada pakej yang diambil..

hmm.. agak menasabah ler kan harganya... tak ler mahal sgt... Kita tak tahu aper yg terjadi... So skrg ni.. Sally pun tak tahu cam mana nak arrange klu bersalin kat Kota Bharu nnt... Klu kat Ampang Puteri senang sket... nak mengusha dulu... KLu ada rezeki lebih.. ingat nak simpan Stem Cell baby... tgu Mr Hubby cakap aper... Yang paling pentingnya, Stem Cell ni bukan hanya untuk kegunaan baby tu jer.. malah untuk ahli keluarga juga mengikut kesesuaian.. parents dgn kadar 50% kesesuaian... adik beradik lak 25%.. dan saper2 sajer yang lain.. janji sesuai...

Mmm... Sally gak cari2 info Apa Pandangan dan pendapat Islam terhadap Sel Stem ni???
Biar lebih jelas gitu... 
Sally ceduk kat sini: psittacula
"Bercakap mengenai soal hukum penggunaan sel stem dalam bidang perubatan di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan fatwa bahawa sel stem boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan kaji selidik dengan syarat-syarat tertentu iaitu sel stem dewasa dan sel stem daripada kanak-kanak yang ingin digunakan harus mendapat keizinan dari ibu bapanya dan prosedurnya tidak memudaratkan. Begitu juga dengan penggunaan sel stem embrio, darah tiruan, pengklonan dan sebagainya yang diharuskan melalui syarat-syarat tertentu. Ini bermakna penggunaan sel ini sewenang-wenangnya untuk tujuan mengubah atau tujuan komersial adalah diharamkan."

Meh Sally share gak citer Shiela Majid dalam keluaran Berita Harian 2 Mei 2007. Klik gmbr untuk baca.


So.. u ols.. pikir2kan lah... Sally just share jer apa yang Sally baca dan faham...





U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


1 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops