SAM (Saya Amat Mencintaimu)

Actually citer ni Sally layan semalam... tapi abis tgk pun dah lmbt... so.. x smpt nak bg review.. Malam ni gak ada masa dan ada mood nak bg review citer arahan pengarah muda Syafiq Yusof... Anak Yusof Haslam...

So.. meh kita layan sinopsinya dulu:

Mengisahkan tentang Sam, seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat percetakan. Sam bercinta dengan seorang gadis bernama Lisa yang juga rakan sekerjanya. Pelbagai peristiwa manis dan lucu berlaku dalam kisah cinta mereka. Konflik bermula apabila Lisa sering diganggu oleh Haikal yang menimbulkan pergaduhan di antara Sam dan Haikal.

Dalam masa yang sama, seorang lelaki kacak (Jefri) juga menaruh hati pada Lisa. Satu pergaduhan berlaku antara Sam dan Haikal yang mengakibatkan Haikal dipecat oleh majikannya. Haikal bengang lalu berjanji akan membalas dendam terhadap Sam. Selepas kejadian itu, Sam diganggu oleh kelibat lelaki misteri yang selalu mengganggu dirinya.

Sehingga ke satu tahap, Sam dan Lisa diculik oleh lelaki misteri tersebut. Jefri iaitu rakan sekerja Sam menyedari kehilangan Sam dan Lisa mengambil keputusan untuk mencari mereka. Sam dan Lisa pula panik apabila dia tersedar dirinya diculik dan dikunci di sebuah kilang lama kepunyaan syarikat majikannya.

Pelbagai rintangan dan cabaran dilalui oleh Sam untuk menyelamatkan Lisa serta mencari jalan keluar. Persoalannya, dapatkah Jefri menjejaki kehilangan mereka? Adakah mereka terselamat? Dan yang paling penting sekali…siapakah penculik itu??? Segala-galanya bakal terjawab dalam“SAM” sebuah filem cinta bercorak thriller dari pengarah muda Syafiq Yusof.

Lakonan
Shaheizy Sam
Lisa Surihani
Syamsul Yusof
Neelofa
Azad
Tarikh Tayangan - 19 Ogos 2012

Aper kata Sally?
Mmmm... bagi rating dulu bleh tak??? heheh.. suka ati aku ler kan Jah.. kat blog aku ni.. aku nak ulas dulu ke.. nak bg rating dulu.. So.. Sally bg 6/10.

Agak menghampakan jugak.. lain org.. lain citarasa kan.. sorry ye dik Syafiq.. Akak tak layan citer2 psycho ni... huhuhu.. Mula-mula ras acam best ler... lapun Sam yg berlakon.. dgn Lisa plak tu... mmm... tapi bab Haikal muncul jer Sally tak suka.

Ending yang menghampakan.. last2 skali Sam mati, Lisa mati... Haikal mati.. ape rjadi ngan Jefri.. cedera jer.. tapi.. tak best ler.. Sally slalu suka citer happy ending.. Pening kepala pun ada gak tgk citer ni.. mmm.. nasib baik tak tgk kat wayang... huhuhuuu.. Aper2 pun.. gud try pada pengarah.. Maybe dia nak buat kelainan kut... 

U ols tgk lersendiri.. tapi bg Sally... sally tak suker... huhuhu...
 


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops