Salam Aidiladha 1433 H / 2012 M

Guys... malam raya biasanya Sally busy kat umah mama mengarah bibik sediakan pinggan mangkuk, bersihkan carpet, lap mana2 yang patut... menjenguk di dapur mama... (hehhe.. sibuk mengarah dan menjenguk je ko Sally??) Diam ler Jah... ok ler tu.. ada gak aktiviti nak dibuat nyer... Tahun ni... tu semua tak der.. malam Aidiladha ni.. Sally masih berkesempatan untuk buat posting kat blog ni.. nmpk sgt tahap kebosanan beraya di KL ni.. tak der benda nak buat.. tak der aper yg nak disediakan.. Baju raya??? huhuu.. pakai jer la aper sajer esok.. Pagi nyer.. breakfast cam biasa.. tiada hidangan Satay, nasi Dagang, nasi wat ever2 istimewa sajian mama... maybe bibik jer buat breakfast esok... dan tghari nyer.. we ols akan ke rumah my MIL untuk lunch together... huhuhuu... istilah raya di KL.. BOWINKKKK...

Tapi apakan daya... itulah pengorbanan... Nape Sally tak balik kg? Coz.. dah rasa cam tak larat nak duk dlm kete 7-10jam untuk sampai Kelantan dlm keadaan Sally yang mcm ni... tambahan pula.. next month dah nak balik untuk cuti bersalin 2 bulan... so.. tgu next month jer laa...

Suker untuk dikongsi di sini.. cerita kengkawan yang balik ke Kelantan.. ada yg smpi 15jam perjalanan... huhu.. katanya ada tanah runtuh di Gua Musang... Accident pun byk.. membuatkan jalan jem gilos.. Tak ketinggalan juga yg duk busy meng'upload' gmbr kesesakan on d way nak balik kg... huhuhu... wpun keadaan sudah dijangka, tapi itu semua tidak menghalang mereka untuk beraya bersama keluarga.. Sally doakan mereka selamat sampai...

Mmm.. jom layan kejap aper pakcik wiki ckp pasal Hari Raya Korban ni...

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Nak tahu lebih details???? buat2 ler search kat pak cik Wiki okay..

Meh kita layan gmbr kartun berkaitan dgn Hari Raya Qurban ini... Sally copy dr Pak Cik Google




So... sempena Hari Raya Qurban ni... I wish u ols... Selamat Menyambut Hari Raya Qurban / Hari Raya Haji... Pengertian pengorbanan... hayati quote ni:
"He who would accomplish little must sacrifice little; he who would achieve much must sacrifice much; he who would attain highly must sacrifice greatly".... Selamat Hari Raya Qurban from us.. Sally, Sabri and Adelina..


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops