Pergilah Air Mata - Hanni Ramsul

Novel ni Sally dah baca hampir 3 bulan lepas.. tapi lupa lak nak bg review... bukan aper.. masa tu tgh busy dgn pindah rumah... dah abis baca tu.. masuk kotak.. kemas2 brg tadi, terjumpa lak novel ni.. Dah ler pinjam kat Neeny.. huhuu.. lupa nak pulangkan balik... Ya Ampun tun punyer novel... hehhee

So, dah ternmpk tu.. teringat lak tak bg my personal review lagi pasal novel ni.. sebelum tu.. kita layan sinopsis dulu..
 
Sinopsis belakang kulit buku

Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata cuma titik mula derita yang tidak bertepi.
Sumpah bukan ini yang aku mahu.
Sumpah juga, aku tidak mahu membuat kau terseksa.
Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu.
Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya.
Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini?
Mungkinkah kita sama-sama berkongsi rasa?
Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut?
Atau mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri?
Mungkin..kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang.
Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit
... SABRINA

Memang aku benci.
Memang aku tidak rela dengan takdir ini.
Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang paling ku benci ini?
Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan?
Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu?
Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah tiap kali aku cuba lari darimu?
Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia.
Lalu, apa yang sebenarnya yang berlaku antara kita?
Bagaimana cara untuk aku hapuskan wajahmu yang terus menemani mimpiku?
Di mana noktahnya mainan perasaan ini
... BADRUL

Brapa lama Sally ambik masa nak abiskan novel ni??? 3 hari babe... 858 mukasurat.. Harga kat Popular RM28. Mmm... Nak tulis review pun kena belek2 sket coz dah lama baca.. lupa lak jalan citer nyer.. Yg pasti.. Sally mmg menangis ler jugak baca novel ni.. huhuuu...

Dah baca, aper kata Sally:
  • Jalan cerita yang memang berlainan.. Mmg kahwin paksa jugak.. tapi kelainan tu ada di mana dipaksa kerana ter'tangkap' basah atas planning org lain... Saling tidak mengenali antara satu sama lain... huhuuu... Mula2 baca Sally try untuk memahami.. Agak2 samar pada pemulaan pembacaan tapi at last.. clear jugak ler...
  • Sabrina ditangkap basah dgn Badrul di mana si kawan Sabrina yang rancang coz kawan yang makan kawan tu nak sgt kat boypren Sabrina.. tapi dia rancang tangkap basah dgn lelaki lain.. tapi ter'tangkap' basah dgn Badrul plak... dah jodoh kan...
  • Sally mmg cukup benci dgn watak si Maria.. kawan makan kawan tu... tergamak dia buat cam tu kat Sabrina... gilos betul.. gara2 nak sgt dekat si Ikmal, pakwe Sabrina tu... bespren ok.. 1 pejabat.. 1 rumah.. leh buat mcm tu... huhuuu... mmg ramai gunting dalam lipatan cam Maria skrg ni... aku cukup benci..
  • Ikmal pun satu... bagi aku dayus.. terlampau dayus.. terima jer bulat2.. dipermainkan Maria.. kesian Sabrina.. saat dia perlukan Ikmal.. masa semua org tuduh dia.. dia perlukan tempat bergantung.. tapi masa tu Ikmal pun turut menuduh dia.. huhuuu... menchiiikkk...
  • Nasib Sabrina berubah bila kahwin dgn Badrul.. Mak mertua of coz ler tak suka.. Badrul apatah lagi... coz dia sangka Sabrina sajer nak perangkap dia untuk kahwin dgn anak Datuk.. huhuu... Naib baik bapak di si Datuk Hamidi tu leh gak ler terima Sabrina seadanya...
  • Kehadiran Dayana.. kekasih Badrul tu mmg membebankan.. Pompuan moden yang mengejar kerjaya tu... yg mulanya x nak kahwin coz nak berjaya dlm kerjaya dulu.. akhirnya menjadi isteri ke2 Badrul kerana ego... akhirnya.. huhuuhuuu... ia sedikit sebanyak membantu Badrul menilai yang mana kaca dan yang mana permata...
  • Sedih tau bab Sabrina makan hati setiap kali tgk husband dia dgn si Dayana tu wpun pada awalnya dia yg besetuju dgn perkahwinan itu..
  • Sally suka bab gaduh2 kecil Sabrina dan Badrul...
  • Sallu juga suka bab Sabrina lari dari Badrul.,.. haaa.. masa tu baru dia merasa kehilangan sesuatu yang berharga...
  • Paling Sally suka bab Sabrina pergi bersemuka dgn Maria... lepas tembelang nyer pecah.. Padan dgn muka Maria tu.. Aper jadi dgn Maria..??? u ols bac aler sendiri..
  • Pendek kata mmg best ler citer ni... u ols g ler dapatkan novel ni... superbbb..
Brapa rating sally nak bagi pasal novel ni??? 7/10 okiesss...
 


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


1 comments:

  1. shuk said...:

    salam sally.. tak jual ke novel pergilah air mata tu? 😊

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops