Untuk 3 Hari

Dah lama Sally tak melawat ceritamaster.com... Duk busy benda lain.. lama tak layan filem2 Melayu yang terlepas di pawagam.. Semlm tetiba jer nak tgk film.. So, aper lagi Sally logon ler ke ceritamaster.com... U ols yg nak tgk wayang free.. selepas tarikh tayangan di pawagam ler... bleh ler jenguk2 ke sana.. tak yah download pun.. roaming jer... agak laju jugak okieesss..

So, dlm byk2 citer yang Sally ketinggalan tu, Sally terpanggil untuk tengok citer ni... "Untuk 3 Hari".. Lakonan Afdlin Shauki, Vanida Imran dan laki dia dan a few other actor actress... Tak ramai pelakon citer ni.. simple and ada mesej tersendiri... Sally mmg suka citer2 Afdlin Shauki ni.. ada style tersendiri.. Dialog pun best.. diselit dgn lawak spontan yang tak memualkan..

Cerita ni sebenarnya adaptasi dari novel Ahadiat Akashah.. yo laa.. skrg ni mmg musim film yg diadaptasi dr novel kan.. So, Sally yg mmg jiwang2 sket2 ni.. hantu novel.. mmg suker sgt ler film genre mcm ni... Bila ler Abg Idham lak nak terbuka pintu hati nak wat citer macam ni plak.. huhuuu... Paling penting, pemilihan pelakon juga... pelakon lama pun still leh jadi hero heroin.. dan lakonan lagi mantap Sally rasa.. cam citer ni... Tak der ler mual tgk ke'Kaku'an pelakon cam setgh2 film.. terlalu nak menonjolkan pelakon baru.. at last.. hampeh jer... bukan nak kata pelakon baru x besh.. klu xder pelakon baru.. maka tak wujud ler pelakon lama.. kerna pelakon lama nyer dulu asalnya pelakon baru gak.. tapi ntah kenapa lately ni cam quality tu agak kurenggg sket... ramai sgt kut.... ok lah.. dah bg review ke lain plak...

Meh kita tgk sinopsis yang Sally copy kat site lain.. sebelum Sally bg review Sally sendiri:

Poster dia ala-ala film Ada Apa Dengan Cinta gitu... huhuu.. xder idea lain ke??? Lek..lek.. Sabar Sally... tgk sinopsis dulu:

Sinopsis Untuk 3 Hari
Filem Untuk Tiga Hari mengisahkan sebuah kisah cinta luar biasa dan agak pelik. Filem ini berkisar tentang dua pasangan kekasih yang terpaksa berkahwin atas desakan dan pilihan orang tua mereka sendiri.

Untuk itu, pasangan kekasih ini telah memutuskan untuk bercerai selepas tiga hari mereka mendirikan rumah tangga.

Dalam tempoh tiga hari mereka telah meluangkan masa bersama, mereka mulai sedar bahawa itulah jodoh yang terbaik buat mereka seperti mana yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Jadi, meneruskan perhubungan bukanlah sesuatu yang buruk dan ianya mungkin sebenarnya antara perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup mereka.

Bahagiakah kita untuk meneruskan cinta selepas melukakan hati pasangan yang diceraikan selepas 3 Hari perkahwinan?

Pelakon filem Untuk Tiga Hari: 
Afdlin Shauki, 
Rashidi Ishak, 
Vanidah Imran, 
Ayu Raudhah, 
Dira Abu Zahar, 
Zizan Nin, 
Ainul Aishah, 
Nabil Ahmad, 
Zizan Raja Lawak, 
Fauziah Ahmad Daud, 
Zaibo, 
Khatijah Tan,
Aziz M Osman,
Atilia.
Penerbit: Sharad Sharan (Ombak Rindu)
Pengarah: Afdlin Shauki
Produksi: Tarantella Pictures Sdn Bhd.

Aper kata Sally pasal citer ni?
  • Jalan cerita yang best.. walaupun scene agak slow... tapi tak membosankan.. Sally suker...
  • Garapan citer lain dari yang lain.. bermula dgn kursus perkahwinan.. berakhir pun dgn kursus perkahwinan... 
  • Bab Afdlin, mmg superb.. tak der komen langsung.. Sally suka semua dailog yang diucapkan dan lakonan Afdlin mmg sentiasa mantap
  • Sally suker bab dia cakap, "Mana awak tahu saya minat filem Memoirs of a Geisha" masa dia tgk Ujie pakai masker masa 1st nite tu... hahhaa.. lawak siot
  • Dialog Afdlin yang Sally suker lagi, "Tapi.. muka awak tak macam anjing pun.." Masa ni bila Ujie ckp "Saya seperti anjing yang menyalak bukit..." Org tgh serious dia smpt wat lawak lagi..
  • Serba serbi pasal Afdlin Sally suka.. Character nyer as suami yang baik... yang menyanyangi wifenya seadanya.. cool... wpun gemuk.. tapi baik hati... hehhee... suker.. romantik sgt.. lagi2 bab dia panggil contractor rumah masa nak nyanyi tu.. Tapi agak musykil bila budak2 contractor rumah tu ensem2 plak.. huhuu... maklumla nak jadi penyanyi latar...
  • Sally membayangkan Afdlin ni wpun gemuk.. (cite rni leh naikkan saham lelaki2 gemuk tau...) dia romantik, giler2, teman yang best giler, kepala giler2 sket, tidak memboringkan, caring... mmm.. cam best jer... ada harta lak tu.. kebanyakannya pun org x hensem dan xder rupa ni.. berjaya dlm hidup.. berpelajaran.. dia cuba mencari kelebihan di tempat lain.. (kebanyakan jer.. tak semua okiesss)
  • Suker gak bila mak mertua disangka bini.. scene pagi tu, Kak Ogy nak kejutkan menantu dia si Afdlin ni.. hahah.. lawak betul...
  • Lakonan Ujie pun best gak... secara tak langsung wanita cantik ni suker melatah macam mak dia jugak... hehhehehee.. sempoiii
  • Keputusan Ujie untuk bersama Afdlin mmg Sally sokong 100%... Wpun ada awalnya dia ikut je kata boypren dia tu... tapi at last dia sedar jugak... suker sgt..
  • Watak si Affin tu yg dilakonkan Rashidi Ishak.. mmg anak mak. Ikut jer aper mak kata wpun hati tak happy.. Tapi ada gak ditunjukkan natijah nyer bila bangkang cakap mak.. Dah cerai bini yang contik molek dgn talak 3... Dah Ujie tolak baru nak berbaik dgn wife dia.. tapi malang dah talak 3.. kesian wife dia tu... baik dan gorgeous giler.. lakonan Ayu Raudhah.. Cantik minah ni..
  • Masa scene flash back.. Sally suker watak Zizan Raja Lawak... hahha.. ada jugak mamat ni... die pegang watak Remy iaitu Kawan Ujie masa remaja..Remy ni ada hati dgn Ujie tapi Ujie macam dok mengelak jer last2 Remy kahwin dgn orang lain menangis si Ujie tuh bila dpt tau Remy dh kahwin hehehehe..Scene Zizan mmg lawak sikit awalnya..tapi agak romantik + seksi sket pompuan tu duk mandi manda sama Zizan.. Tak tau sape rnama pompuan tu..
  • Citer ni semua scene diperjelaskan termasuk si Balqis gadis setinggan yang kena sound dgn Mak si Affin tu...
  • Kesimpulannya Sally suker.. Wpun citer agak ringan.. tapi boleh layan ler...
Sally bagi rating 7 out of 10 stars..

Oh yer... tergoogle lak pasal isu yg timbul dr citer ni.. share with u guys... Sally copy from: http://zamani84.blogspot.com:

Gara Gara Dialog Filem Untuk 3 Hari, Rashidi Dikatakan Secara Tak Sengaja LafazkanTalak Ke Atas Vanidah Imran? 

Adakah itu maksud dari kata2 mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menerusi akhbar UM hari ini berikutan dialog yang dilafazkan ketika Rashidi & Vanidah membintangi filem Untuk Tiga Hari?
"Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai"
Ulasan beliau (Tan Sri Harussani Zakaria) ialah:-
"Ia umpama menjadikan sebuah perkahwinan itu seperti kahwin muta’ah. Justeru saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera. Umat Islam tidak haru mempermainkan hukum-hakam meskipun dalam soal lakonan. Jangan menggambarkan seolah-olah pernikahan itu satu permainan. Tidak betul untuk kita menjadikan tindakan-tindakan seumpama itu sebagai budaya meskipun dalam lakonan kerana ia akan menggalakkan perpecahan dalam rumahtangga."
Sehubungan itu, mereka berdua digesa untuk merujuk perkara berikut kepada pihak yang lebih arif.
Apapun, harap isu ini dapat diselesaikan dengan segera bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat. Ada pendapat yang mengatakan, dari lafaz itu tidak jatuh talak kerana ungkapan '3 hari' yang digunakan, memandangkan pasangan tersebut sudah lama menikah. Wallahualam.. Sekadar pendapat umum. Apapun, hal ini harus dibincang & dinilai oleh mereka yang lebih arif.




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops