Sakit Combo...

Dah seminggu Sally sakit-sakit badan jer.. maybe penat pindah rumah.. then sambung lak dgn house warming,.. seharian ke sana ke mari.. amat memenatkan.. Start 3 hari lepas, sally dah mula batuk2.. dan selsema tak berenti.. Selsema + resdung mmg menyakitkan.. nak tidur pun tak selesa.. ditambah pulak dengan batuk yang berterusan.. huhuu.. combo gitu.. tak cukup dgn itu... sakit pinggang makin menjadi-jadi.. kat opis pun Sally slalu baring kat bawah meja.. coz nak ke surau cam jauh sgt.. ditambah plak surau tu amatlah sejuk nyer.. nnt kaki cramp plak.. So.. nak tak nak.. Sally akan menyusup masuk bawah meja.. dan baring.. nasib baik masih kecil molek.. ngam-ngam jer tidur berlunjur kat situ.. Boss dan orang lalu lalang pun tak nampak.. mmg sakit sgt.. tak tahan.. duduk lama-lama kat kerusi mmg rasa mcm nak patah pinggang..

Pagi tadi.. bangun je seawal 6 pagi... turun dari katil.. mak aiiii... rasa kaki senget sebelah.. tak leh berpijak kat lantai.. sakit nyer urat dalam punggung ni... rasa mcm berbelit2... batuk plak tak berenti sampai terkencing... macam mana nak g opis ni.. Sally try duduk jap kat katil.. gagahkan diri untuk bangun untuk ke bilik air.. mak aiii.. sakitnya... sampai menitis air mata.. tgk hubby.. masih lena lagi.. kesian nak kejut coz dia pun balik lmbt malam tadi.. mula ler rindu kat mama.. huhuu.. klu mama ada.. bleh gosok2 sket belakang Sally.. alangkah nyaman nyer suam-suam tangan mama... huhuhuuuu... nak balik kg... tetiba jer kan...

Dah tak dpt nak bgn tu.,.. dgn batuk yang mmg teak berenti.. hidung pun cam dah pili bomba jer... tgk longgokan tisu kat dlm tong sampah yang mmg sengaja sally letak kat tepi katil tu... huhu.. yer laa.. klu dha berair hidung.. mmg 1 malam separuh kotak tisu ler... seksanyer... nak makan ubat pun x bleh.. hadap jer laaa... Sally terus capai phone, sms boss ckp Sally terpaksa MC arini.. huhu.. dah ler isnin dah EL.. Khamis MC pulak.. nak wat camana... kesihatan tak mengizinkan boss... 

Lepas dah siap2 tu.. Sally ke Qualitas Clinic (Klinik Kumpulan Medic) kat Ampang Point. Satu lagi klinik panel PMCARE.. Saje rjer nak try.. klu ari tu try bawak Adelina kat Poliklinik Bestari.. doktor dia ok.. cuma ubat dia tak best.. kali ni.. ubat dia best.. doktor dia so-so jer laa... Doktor Ozair tu.. mmg peramah.. tapi kita as patient tak berkesempatan nak bercakap.. dia jer bercakap... mmg over bercakap.. samapi tak smpt nak explain masalah kita.. huhu... cek tak berapa sgt... cakap jer lebih.. dia senaraikan 7 sakit yang sally alami.. huhuu... dah mcm dgr syarahan + motivasi plak pagi-pagi ni... kita dah ler sakit pinggang nak duduk lama-lama... alih-alih, dia tak bagi byk ubat pun coz sbb sally pregnant katanya.. Dia just bagi Strepsils untuk menahan gatal tekak... ubat panadol yg mmg biasa jer.. tak kkuat sgt.. tu pun dia suh potong 2.. ubat selsema pun yg biasa jer.. klu tak tahan sgt baru bleh ambik.. klu bleh bertahan.. cuba bertahan katanya... tapi, oleh kerana keadaan agak teruk, sally ambik juga sekali ubat selsema, panadol dan ubat batuk... ari ni.. asyik minum air suam jer banyak... tak tahan plak nak ke tandas.,.. Agak seksa klu demam waktu pregnant ni yer..

Thanks kat kengkawan yang duk sms, bbm, whatsapp dan message kat fb... bertanya khabar.. bagi petua dan segalanya.. thanks CheNi, Kak Ann, Yus, Ida.. etc..etc... Rasa diri ini disayangi dan bertuah ada kengkawan cam u ols... muahsssss...








U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops