- Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan. Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.
- Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
- Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
- Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
- Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
- Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
- Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
- Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. (ni azam Sally untuk kali ni...)
- Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
- Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat
- Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran:
- Surah Yusuf: Untuk mendapatkan anak yang cantik.
- Surah Luqman: Untuk mendapatkan anak yang bijak.
- Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh.
- Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT).

- Surah al-Fatihah
- Surah Yaasin
- Surah Kursi

- Surah Al-Araaf ayat 189

- Surah Al-Imran ayat 8-9, dan 38: Doa memohon anak yang baik.



- Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat.

- Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT.

- Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik.



- Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak
yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan
anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

- Profesor Madya Aisyah Mohd Zain juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
- Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya." - Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
- Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.
- Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.
- Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu (sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya
- Sedekahkan fatihah pada anak dalam kandungan tiap pagi dan malam
Amalan yang terbaik membaca ayat suci Al-Quran bermula kandungan dia berumur beberapa bulan supaya anak tu terbiasa dengar bacaan Al-Quran dan pengaruh dia bila dia besar nanti. Setiap pagi Ibu kena berinteraksi dengan kandungannya tapi ada la kata-kata yang diucapkan sambil mengusap-gusap perut sebagai tanda sayang kepada bayi itu. Bukan peranan ibu sahaja ayah pun digalakan berbuat demikian.
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
Info yang menarik terutama ibu yang pertama kali hamil. Pelbagai amalan yang boleh dilakukan ibu hamil asalkan tidak memudaratkan ibu dan janin. Sedikit perkongsian saya mengenai ibu hamil, jemput ke blog saya >>http://www.myheroibu.com/2014/11/bahaya-omega-untuk-ibu-hamil.html