Terbaca info dr satu website ni (source: HIKMAH SEJATI), baru tahu ada a few things yang kita amalkan bercanggah dengan pemakanan sunnah... so, u ols mcm mana? Cuba teliti tengok.. Klu untuk kebaikan apa salahnya kita betulkan apa yang tak betul... yer dok??? Yang hijau tu komen Sally.. klu u ols ada pendapat or pandangan, tinggalkan komen ok... untuk kita sama-sama tgk apa yang ok ... apa yang tak...
Kita diwajibkan menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat kerana ia adalah amanah daripada ALLAH S.W.T.....
Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidangan:-
- Susu dengan ikan
- Cuka dengan susu
- Buah-buahan dengan susu (mmm... klu cocktail tu camana laks???)
- Daun salad dengan ikan
- Bawang putih dengan bawang merah (jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka) (mm.. bwg putih dan bwg merah slalu jer campur klu gulai ker aper??? Camana tu?? Bwg besar berbintik hitam?? Patut ler jeragat tak hilang kat muka ni?? Betul ker???)
- Daging segar dengan daging kering
- Benda masam dengan benda berasid seperti cuka (abis tu kalau makan colek buah tu?? Slalu gak dulu buah masam makan dgn colek cuka dgn belacan tu...huhuhuhuuu)
- Cuka dengan nasi (Nasi ayam... sambal dia tu letak cuka aper... mmm... klu makan sambal dengan nasi pun.. sambal tu ada cuka.. camano tu???)
- Buah delima dengan serunding
- Telur dengan ikan.
**Semua ini jika diamalkan boleh menyebabkan penyakit Lumpuh dan stroke.
**Tidur seketika (10-15min) sebelum zohor boleh mengembalikan tenaga.
Perkara yang perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
- Jangan mandi air suam selepas makan kenyang.(paling bahaya daripada cara pemakanan diatas)
- Senaman sebelum makan.
- Jangan senaman atau berjalan selepas makan tengahari. (mmm.. slalu lepas makan berjalan ler kononya nak bagi makanan turun.. yer tak???)
- Jangan makan buah selepas makan. (slalu gak ni ambik buah lepas makan... huhuhuu)
- Makan buah selepas makan akan mengambil masa 8 jam untuk menghadam makanan.
- Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi)
- Jangan tinggal makan malam walaupun sebiji kurma
- Makan sedikit waktu malam (awet muda, sunnah nabi)
- Selepas makan malam kena bergerak atau berjalan sekurang-kurangnya 100 langkah.
- Jangan tidur selepas makan akan menyebabkan sembelit.
- Meninggalkan makan malam akan mempercepatkan tua sebelum tua.
**kalau tidak makan malam, enzim akan memproses lemak dalam perut dan lemak akan menjadi bertambah lemak atau kolestrol bertambah..
FAKTA KHASIAT KURMA
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari surga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
Nabi saww bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".
Nabi saww bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".
1. KESIHATAN
A. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universti Putra Malaysia (UPM) menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan rsiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah".
B. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan.
Prof. Madya Asiah juga berkata buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang keshatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.
C. Membunuh Kuman Dalam Badan.
Saidina Ali r.a. meriwayatkan "Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya".
2. KECERDASAN DAN KECERGASAN
A. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbesaran.
Menurut Prof. Madya Asiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
B. Tenaga Segera
Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26:
"Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu".
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah s.w.t. menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.
3. KEPERIBADIAN
Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran.
Maksud Hadis Rasulullah s.a.w. :
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya".
"Melentur buluh biar dari rebungnya". Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.
4. KEBERKATAN
A. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran.
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya;
"Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma".
B. Makanan Yang Paling Sempurna.
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan".
Dengan sebab itulah Prof. Madya Asiah menyatakan lagi "Pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian".
FAKTA & KHASIAT MADU
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum dan membaca Al-Quran".
Rasul saww bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
Rasul saww bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
Rasul saww bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segala pen! yakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".
Rasul saw bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".
Maksud Surah An-Nahl: Ayat 68-69:
Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah s.w.t.) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
FAKTA & KHASIAT KISMIS
Nabi saww bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".
Nabi saww bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, mengua! tkan saraf dan menghilangkan letih".
Diriwayatkan di dalam Kitab "At-Tib An-Nabawi" (Perubatan Nabi) dalam hadis yang bermaksud;
"Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis), ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut"
FAKTA & KHASIAT HABBATUS SAUDA'
Di dalam kitab sahih Bukhari Muslim, Abu Hurairah r.a. berkata bahawa dia pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Tetaplah kamu dengan Al-Habah Al-Sauda' kerana sesungguhnya ia adalah penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam atau mati".
KISMIS, KURMA MADU, KURMA AJWAH, MADU, BUAH TIIN,
MINYAK ZAITUN, ZA'FARAN, HABBATUS SAUDA'.
sesuai untuk semua peringkat umur, wanita mengandung, bayi, juga orang tua.
Sehingga kini terbukti menyembuh penyak-penyakit seperti asma, batuk yang berlarutan, tonsil, kencing manis, darah tinggi, insomnia, keletihan, anak2 yang degil dan sebagainya.
untuk renungan dan amalan kita bersama... wallahualam..
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
0 comments:
Post a Comment