Hari ni Sally MC. Berblog pun sambil bersandar baik punyer kat katil.. Baru jer bukak tgk2 FB dan search2 tgk symptom2 org pregnant dan cara mengatasainya... tambahan pula pasla sakit belakang ni. Sejak akhir2 ni.. skait belakang Sally makin menjadi.. Hari ni jer mmg Sally bergolek jer kat katil.. Mmg sakit sgt.. Duduk pun rasa tak rata... senget2 bontot... jalan plak macam kaki gergasi rasanya.. Kaki pun besar dan kembang.. cramp dah datang dah... Hubby lak xder.. klu ada bleh gosok2 kaki.. gosok2 belakang... nyaman nyer.. huhuuu.... Naisb baik ada bibik.. leh urut2 kaki.. hhehheee...
Sajer nak share dgn u ols gejala Sakit Belakang Ketika Hamil ni.. yg Sally baca dr website Dr Hamid Arshat, Kak Engku Bidan Bersalin dan juga Bengkung Moden. Share dgn u ols jugak...
Sakit Pinggang Dan Belakang (Source: Dr Hamid Arshat)
Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar. Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.

Mengatasi Sakit Belakang Dan Pinggang (Source: Kak Engku Bidan Bersalin)
Sakit pinggang dan sakit belakang adalah gejala sinonim dengan ibu hamil. Ia seringkali menggangu dan membuat ibu hamil tidak selesa malah mengganggu kerja dan aktiviti yang sedang dilakukan. Tiada ubat khas untuk masalah ini melainkan kaedah pergerakan tubuh yang betul bagi mengurangkan kesan masalah ini. Berikut antara cara yang boleh anda jadikan panduan untuk mengatasi masalah tersebut.

- Senaman khas untuk ibu mengandung baik untuk kesihatan pinggang dan membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian tersebut.
- Postur yang betul semasa mengambil barang di lantai juga memainkan peranan. Elakkan terus tunduk atau membongkok untuk mengangkat barang di lantai. Sebaliknya bengkokkan kaki dan pastikan bahagian belakang anda lurus. Elakkan juga mengangkat barang yang terlalu berat.
- Pastikan anda duduk dengan posisi yang betul. Letakkan bantal kecil untuk menyokong bahagian belakang. Elakkan menyilang kaki ketika duduk dan jangan mencangkung.
- Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Pakai kasut yang rata dan ringkas.
- Tidurlah di atas tilam yang tebal kerana ia membantu mengurangkan rasa sakit belakang.
- Mintalah suami mengurut belakang anda perlahan-lahan menggunakan minyak bayi untuk melegakan kesakitan.
- Elakkan berdiri terlalu lama.
- Jaga-jaga dengan pertambahan berat badan anda. Pertambahan yang berlebihan juga mudah membuat anda sakit belakang.
Tips hilangkan sakit belakang sewaktu mengandung (Source: Bengkung Moden)
- Letakkan bantal kecil dibahagian belakang ketika duduk terutama jika duduk diatas kerusi untuk menyokong tulang belakang sewaktu bersandar.
- Alas belakang badan dengan bantal sewaktu tidur atau berbaring untuk menyokong bahagian belakang dan tulang belakang. Mengikut kajian, wanita hamil digalakkan untuk mengiring ke sebelah kiri sewaktu tidur kerana ia membantu pengaliran darah dan oksigen ke plasenta.
- Elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi sewaktu hamil kerana ia akan menjejaskan kesihatan tulang belakang anda.
Sally cuba ikut petua2 yang diberikan.. Semoga sakit belakang berkurangan dan hilang... dan Allah permudahkan proses kehamilanku dan bersalin nanti. Amin..
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
0 comments:
Post a Comment