7 Petala Cinta

Cerita ni Sally dah tgk bulan lepas.. tapi x sempat nak wat review.. Tgk kat mana? ceritamaster ler.. mana lagi.. Jom baca sinopsis dulu:

Sinopsis:
Kisah mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya. Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA. ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap SAIDATUL NAFISA namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan HAMKA.

Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di Tanah Arab. Ditakdirkan, malapetaka berlaku dan Hamka dikatakan telah meninggal dunia. Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun Aby Ikhwan, ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian dapat kembali kepada Saidatul Nafisa. HILMA AQILA, adik kepada Hamka juga menuntut di tempat yang sama dengan Saidatul Nafisa.

Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik. Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila seperti anak sendiri. NIDA, seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan yang benar, namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar. Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan Attar bersatu? Apakah niat Nida?

Tajuk Filem: 7 Petala Cinta
Pengarah: Azhari Mohd Zain
Penerbit: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Dipawagam: 15 Mac 2012
Pelakon 7 Petala Cinta:
  • Aeril Zafrel
  • Diana Amir
  • Fizo Omar
  • Shima Anuar
  • Putri Mardiana
  • Epy Raja Lawak
  • Zalif Sidek
Dialog best yang melekat di hati:
Assalamualaikum cinta..
Waalaikumussalam rindu..

Aper kata Sally:
Tengok citer ni... teringat kisah kakak2 senior Awis Qarni yang bercinbta dgn abag2 senior di sebalik tabir di Awis Qarni UiTM Jengka.. huhuhuu... cam bagus2 jer bercinta kan.. main cak-cak tepi tirai masjid.. astaghfirullahalazim... tak baik Sally ni tau... ok.. Bagi pendapat peribadi Sally, dengan terwujud dan terterbitnya filem seperti ini, ia dapat bukak mata pengarah lain untuk buat filem-filem Islamik seperti ini. Walaupun banyak kekurangan dalam filem ni seperti pergaulan sosial yang masih tak terbatas, cara berpakaian yang kurang betul, namun ianya tetap satu filem yang baik kalau nak dibandingkan dengan filem-filem yang lebih ke arah keganasan. 

Sally rasa bagi kaki novel.. memang akan suka cerita seumpama ini. Dialog yang digunakan pun dramatis.. dan bukan dialog2 biasa seperti percakapan harian.. Sally mmg suka. Bila u ols tengok filem ni, sikit sebanyak u ols boleh tahu macam mane life bebudak yang study kat pondok dan madrasah. Cumanya Sally rasa pengarah filem ni kurang buat kajian macam mane life bebudak sekolah pondok sebab banyak mistake dalam filem ni. Mana ada bebudak pondok berbual berdua-duaan antara lelaki dan perempuan di pondok tepi tasik.. Anak tuan guru plak tu... huhuhu...

Berbanding filem yang lain, filem kali ni  tak nampak cam idea cincai. So, boleh dipuji juga la idea kali ini kalau nak dibandingkan dengan yang lain.Background muzik pun best.. kena dgn filem ini. Ada gak part bosan.. tapi klu dah suka.. jalan citer best.. itu semua boleh dimaafkan.. layan muzik jer la masa part bosan tu... hehehee

Yang kesiannyer... Filem macam ni peminat dia tak ramai sangat. yang berpurdah.. yang alim2 tak ke panggung wayang... segelintir nye saja.. so, mcm yang Sally ckp tadi.. bg yg mmg minat cerita2 ala novel.. mmg tak kan lepas punya... Bagi Sally sendiri pun.. tak ke wayang.. lebih suka tgk ceritamaster jer.. bukan aper.. xder masa nak ke sana.. klu cerita yg best sgt2 jer baru pergi.. hohohooo.. Kalau citer ni dia buat drama, maybe ramai yg follow... cam NurKasih... Ustaz Amirul. Apapun, bagus juga ada kepelbagaian dalam filem kan.

Nak citer jugak beberapa kelemahan yang memeng ketara dan boleh dipercantikkan lagi sepatutnya spt:
  • Babak kat masjid masa Attar lari drp polis tu... Tak tau plak apa yg dicuri.. apa kesalahannyer.. patu babak tu boleh buat lagi sedih bila dia mula nak menjadi baik.. berhadapan dgn ustaz... 
  • Masa Attar masuk bilik berasap tu.. Mak aii.. byk gielr asap smpi ke luar bilik.. pastu.. bila Attar masuk.. asap pun xder... patutnya.. buat ler asap stil berkepul2 dalam tu.. kantoi betul..

Sally suka ending nyer.. tak sangka akhirnya kahwin jugak dgn Attar... ingat tak jadi.. huhu.. Ada gak ler scene yang mengundang air mata. huhuhu... sayu babe... ratu air mata ler katakan...

Well, kesimpulan yang Sally boleh katakan di sini 7 Petala Cinta adalah sebuah filem dengan konsep yang baru... lain dari yang lain.. dan semoga cerita2 begini lebih diterbitkan lagi.. jgn ler semua pengarah nak terbitkan cerita yang sama plak... mcm cerita hantu.. semua nak hantu.. naik bosan mak kan.. Ok ler tu.. klu ada kepelbagaian... Rating nyer... 7.5 daripada 10 bintang... cewahhh... best.. best...




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops