Nongkrong

Hari ni mmg hari bersantai kat umah.. sambil melayan Nina.. sambil layan TV.. sambil berblog... Dah tak ad aciter best kat Astro.. Sally layan filem Nongkrong kat ceritamaster. So.,. nak habaq citer ni pasal apa:

Sinopsis:
Mengisahkan tiga orang pemuda, Aman (Angah Raja Lawak), Bada (Shaheizy Sam) dan Cumi (Epy Raja Lawak) yang cuba mencari kekayaan dengan menggunakan jalan tidak sepatutnya iaitu meminta nombor ekor. Cumi yang terdesak ingin meminang kekasihnya, Lin (Nuremy Ramli) manakal Bada dan Aman yang mahu mengubah nasib keluarga tekad menemui bomoh bagi melaksanakan hasrat mereka.
Segala-galanya bermula apabila seorang bomoh handal menjalankan upacara memanggil Puteri Laut (Mon Ryanti) untuk membantu mereka. Puteri bersetuju dengan syarat, salah seorang dari mereka perlu berkahwin dengannya. Melihatkan kejelitaan Puteri, Bada tanpa bertangguh terus bersetuju. Usai sahaja upacara perkhawinan, Puteri bertukar rupa menjadi hantu yang menakutkan menyebabkan kesemua mereka terus lari lintang pukang. Bomoh pula telah dibunuh oleh hantu Puteri.
Hidup mereka berubah apabila hantu Puteri terus mengejar dan menghantu kehidupan mereka termasuklah menggangu Zura, isteri Aman yang sedang hamil dan Haryani, anak perempuan Bada yang masih kecil.
Pelbagai peristiwa yang ngeri campur lucu berlaku sehinggalah mereka mendapatkan bantuan daripada Azan iaitu abang kepada Aman. Azan yang bijak pandai, terus nampak dengan jelas apa yang diinginkan oleh hantu Puteri tersebut dan membuat keputusan untuk membantu mereka.
Dapatkan Azan menyelamatkan mereka ? Adakah akhirnya mereka akan sedar kesalahan sendiri dan berubah ? Semuanya akan terjawab dalam filem seram komedi terhebat ini, Nongkrong.
Tajuk Filem: Nongkrong
Pengarah: Ismail Bob Hashim
Penerbit: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Dipawagam: 10 Mei 2012
Pelakon Nongkrong:
  • Shaheizy Sam
  • Angah Raja Lawak
  • Epy Raja Lawak
  • Nuremy Nadia
  • Mon Ryanti
  • Fyza Kadir
  • Liana Rafiai
Aper kata Sally pasal citer ni?
Agak lewat rasanya nak bg review.. coz citer dah kuar lama.. Sally baru jer tgk.. tapi rasa tak menyesal pun tak ke wayang.. huhu... ya Ampun Abg Bob.. Pada pandangan Sally, Nongkrong hanyalah sebuah filem seram yang tidak kurang sama jer dengan Ngangkung... Ngangkung best lagi kut... Perbandingan tidak boleh dielakkan, kerana hanya dua filem ini menggarapkan isu main nombor ekor dalam zaman modern ni.

Lawak2 yang cuba ditonjolkan dalam dialog mcm common jer.. dah pernah dgr pun.. especially dialog dlm teksi yg bertanyakan tempoh siapnya sesuatu bangunan.. Lawak tu masa sekolah lagi dah dengar.. So.. x jadi lawak dah.. tak asli.

Keseluruhannya, Nongkrong boleh ler dikatakan menghiburkan... tapi tak ler tahap gaban.. tahap ok-ok ajer... Sememangnya sekali sekala lawaknya nampak sedikit memualkan... Dua arah jalan cerita yang dibawa di mana kisah tiga lelaki ini yang sibuk nak kejar duit nombor ekor dlm menyelesaikan masalah kewangan mereka, dan keduanya, kisah termenikah dengan hantu dan hantu tu sibuk nak bersama dengan suaminya.  

Kali ni Abg Bob menonjolkan kisah hantu yang sedikit berbeza.. sedikit sahaja... tapi jalan cerita dah boleh dijangka.... Tetapi, malangnya, Nongkrong dipenuhi dengan adegan yang biasa saja dilihat dalam mana mana filem Metrowealth. Bomoh, upacara, dan juga jampi yang entah apa apa.... Tidak dinafikan bahawa segelintirnya jenaka yang agak baik, tetapi secara keseluruhan nampaknya jhalan cerita dan scene semakin murah dan low class.... opsss..
Kekuatan filem ini adalah Sam.. Kalau salah seorang pelakon sesebuah filem itu adalah Shaheizy Sam... pasti Sally nak tgk gak.. selain tu.. penyertaan pelakon baru iaitu Fyza Kadir bergandingan dengan Mon Ryanti dan Liana Rafiai memegang watak 3 Puteri Paya Bakau tu... huhuhu.. x ambik diaorg pun tak per... xder beza jer kalau ambik pelakon extra lain... tak der impak sgt.. wat rugi duit byr mahal2 jer... hahahaa...

So.. bg yg tak tgk lagi.. bleh ler tgk kat ceritamaster... bg yg dah tgk.. aper kata korang plak? Suker ke?

Sally bagi rating 6 out of 10 stars..




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops