Seindah Sakura Slot Akasia TV3

Mula2.. Sally mmg tak tahu pun ttg kewujudan cerita ni. Tapi bila dah terpandang kat tonton... masa tu baru episod 5... So, Sally terus tgk dr episod 1 dan follow sampai ke episod akhir... Most of them, mmg tgk kat tonton, coz tak sempat sampai rumah pukul 7 untuk tgk kat TV.. terima kasih tonton.. kalau tak mmg byk siaran yang terlepas..



Sinopsis dia:
Menceritakan kisah sedih menyayat hati kehidupan shakira yang terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan bersama neneknya sejak mereka ditinggalkan ibunya sejak kecil. Walaupun shakira telah ditinggalkan oleh ibunya, dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama nenek tersayang, nek kiah.

Shakira kini bakal menduduki peperiksaan spm. Kadang kala, shakira terpaksa ponteng sekolah kerana masalah kesihatan nek kiah yang memerlukan penjagaannya. Pada masa yang sama, sekolah shakira juga menerima kemasukan cikgu bar, airil. Shakira yang selalu tidak hadir ke kelas membuatkan airil tertanya-tanya. Tapi tanpa soal selidik, airil terus mendenda shakira.

Sehinggalah pada suatu hari pak jamil pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk menceritakan tentang nenek shakira dimasukkan ke hospital. Sejak itu barulah airil mengetahui punca utama shakira sering tidak hadir ke sekolah. Sejak airil cuba memberi kata-kata perangsang dan menjadi peneman shakira semasa di hospital sehinggakan mereka mula menyimpan satu rasa di dalam hati masing-masing.

Datuk malik, bapa saudara kepada airil merupakan seorang pengusaha kaya yang selalu bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin termasuklah shakira. datuk malik jugak melayan shakira seperti anaknya sendiri. Enam bulan telah berlalu dan shakira telah selesai menduduki spm. Satu hari tu datuk malik kelihatan resah dan punya masalah. Apabila ditanya shakira, datuk malik sebenarnya mahu melamar shakira. Shakira amat terkejut.

Apa akan terjadi seterusnya? Adakah shakira akan berkahwin dengan datuk malik demi membalas jasa lelaki yang dianggap seperti ayahnya? Ataupun shakira akan menunggu kepulangan cinta pertamanya iaitu airil? Siapa yang menjadi pilihan shakira?

Barisan pelakon utama seindah sakura : fahrin ahmad, fasha sandha, eryna, eizlan yusof dan fimie don.

Aper kata Sally:
Bila tgk jer sinopsisnya.. dan adaptasi cinta dari novel.. Sally mmg dah agak.. jalan ceritanya yang menarik.. klu tak takkan pengarah muda yang kreatif, Zul Huzaimy Marzuki dan penerbit tertarik hati untuk buat drama kan.. Patut ler Zul Huzaimy tu ada watak jadi kawan Fahrin kat London.. mcm klu xder pun xper.. rupa2nya.. dia pengarah.. boleh ler kan... Sayang plak rasa pelakon hensem dan berbakat cam Zul tu jadi kawan yang wataknya mcm teramatlah ringan... bila dah tahu dia pengarah.. kira ok ler.. jimat cost.. pengarah merangkap pelakon extra.. hehehe..

Sally yg sememangnya kaki novel ni... mmg tertarik... sampai nangis2 you tgk citer ni... lagi2 pelakon hebat yang ditonjolkan.. Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad... bravo... tambah lagi watak antagonis Nida tu.. tak kenal sgt nama dia saper.. bila google baru tahu.. coz Sally ni bukan follow sgt darama Melayu,.,. so, pelakon pun x kenal.. tapi lakonan Nida mmg mantap.. mengundang kebencian dan kemarahan dlm diri.. rasa nak tonyoh2 kepala dia... bravo Wan Sharmila...a.k.a Nida.. mmg best..

Watak oyang pun tak kurang hebatnya.. dia menjadi penaik cerita.. bravo jugak buat Mak Mah... mmg terbaik... kalau semua pelakon berkualiti.. jalan cerita pun best.. hasil mmg tak menghampakan..

Satu Sally tak faham.. kenapa Datuk Malik tu nak kena kahwin dgn Shakira semata2 nak bantu.. Kalau tak kahwin pun boleh bantu aper... Pastu tak der plak bab Nida tahu ayah dia kahwin dgn pembantu rumah tu.. huhu.. x marah dan mengamuk plak minah tu.. tak logik sket kat situ ler...

Watak Fahrin yg suka tuduh melulu tu pun buat Sally sakit hati.. Cikgu aper mcm tu.. tak nak siasat dulu.. asyiuk main ambik tindakan suka hati dia jer.. dr zaman sekolah smpi ler shakira besar... nasib baik hensem.. boleh dimaafkan..

Lakonan adik eryn mmg mantap.. pujian patut diberikan.. dia telah menghidupkan lagi jalan cerita zaman shakira budak2.. tahap kemiskinan diaorg cam melampau kan.. ada ke org yg susah smpi macam tu sekali kat Malaysia ni? Smpi tak makan... kutip roti yg dah expired.. cicah dgn air sejuk.. Pastu bab atap bocor tu.. bocor tang oyang tidur jer.. belah lagi satu tak basah pun... so, naper ler oyang tu g tido kat situ... pindah ler ke tmpt lain..

Org kata byk jalan citer dia ubah dr novel asal... cam tak sabar lak nak dptkan novel dia.. Tapi satu yg Sally cam dah boleh agak yg Airil tu bukan anak buah sebenar Datuk Malik... akhirnya.. tekaan tu mmg betull. yer la kan.. nnt tak hepy ending plak... Airil tu harap hensem jer.. tapi degil, suka tuduh melulu, egois, tak nak mengaku lak tu cinta kat Shakira.. buat geram jer.. tapi tak per lah.. aper2 pun mmg suker giler citer ni.. Akhirnya berakhirlah sudah pada Khamis lepas...

Sekarng duk kemaruk Mara Clara plak... baru episod 2.. Sally google ada 155 episod rasanya.. huhuhuuuu.. berzaman ler nak follow... kalau u ols tahu link kat internet yg ada english subtitle.. bgtau erk.. semuanya bahasa tagalog jer.. huhuhuuu.. x paham... okay.. Rating citer Seindah Sakura.... 8/10... yeahhhh...

 




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops