Semakan Online Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Bantuan Rakyat 1 Malaysia telah menjadi topik hangat semenjak dua menjak ni. Kalau dulu sibuk duk beratur ambik borang... skrg ni sibuk nak semak berjaya atau tak?? Kakitangan BSN plak dihantar ke merata negeri bagi membantu menyempurnakan amanat oleh kerajaan dalam usaha mengagihkan duit-duit BR1M ni. 

Tahniah kepada semua pemohon yang berjaya menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan yang telah pun menerima wang tersebut. Gunalah sebaiknya. Bagi yang belum mengetahui keputusan permohonan, tak sabar menunggu surat keputusan melalui pos... yer la kan.. byk giler nak pos. Cian abg posmen tu... So, bg yg nak tahu jugak... pemohon boleh membuat semakan dengan menghubungi Talian Hotline Kementerian Kewangan Malaysia, 1-800-222-500 dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), 1-300-88-3010 mulai 16 Januari 2012 ini, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari bekerja. Kalau review komen2 pemanggil... mmg susah nak dpt talin tu... sehari suntuk try dptkan line tu pun blum tentu dpt.. semua duk sibuk call jer kan... So.. cuba nasib ler...

Selain membuat panggilan, pemohon juga boleh membuat semakan dan pertanyaan menerusi email ke belanjawan2012@treasury.gov.my. Jawapan dapat ke tak tu.. tak tau ler bila diaorg akan reply.. huhuuu... Untuk pengetahuan anda juga, buat masa ini, semakan secara online menerusi laman web memang tak ada lagi. Tu ler rasa mcm tak lengkap program ni.. Patutnya kemungkinan ni difikirkan daripada awal. Kalau tak online pun.. melalui SMS kan.. kan..??? Tapi aper nak buat... bersabar jer laa... 

Bagi yang gagal dalam pemohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Pemohon boleh la membuat rayuan dengan menggunakan borang khas yang boleh diperolehi di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan atau pun muat turun di sini.. Pemohon boleh menghantar borang rayuan tersebut sebelum 10 Februari 2012.


INFO PENTING
  1. Tempoh penyerahan borang BR1M itu dilanjutkan selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.
  2. Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15/1/2012 ini dalam bentuk baucar tunai SEHINGGA 15/3/2012. 
  3. Klik sini untuk SENARAI LOKASI KAUNTER CAWANGAN BR1M.
  4. Baucer itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara.
  5. Pemohon boleh menghubungi talian hotline BR1M  1800222500 atau 1300883010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan.



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops