Safee Sali - Jutawan Bolasepak Malaysia



Aku ni bukan ler minat sgt dgn bola sepak ni.. Pemain bola pun tak de rler kenal sgt.. Lately jer.. bila arena bola sepak kita ni dah mcm baru terantuk dan sedar dr mimpi indah.. dan boleh dibanggakan.. ad aler 2,3 nama yang melekat kat kepala ni.. Selain dr Apek gol keeper org Kelantan tu ... Antara lain nyer... si Safee Sali tu ler.. hebat betul dia kan... dilamar oleh Kelab bola sepak luar adalah sesuatu yg tidak dijangka.. dan dia telah melakukan penghijrahan yang cukup untuk mengubah nasib dan membuka mata kelab-kelab bola sepak kat Malaysia ni..

Aku bukan ler org yg cukup arif untuk bercakap pasal bola sepak.. tapi bila pagi tadi dengar hot fm duk borak pasa isu Safee Sali sambung kontrak yang bernilai RM2juta dengan kelab Pelita Jaya FC tu... perrghhh. rasa terpanggil plak untuk research pasal mamat ni.. hebat tu.. Mmg betul ler tindakan dia tu.. Klu aku pun takkan tolak punya.. RM2juta babe.. saper nak kasi.. at least.. ada harga ler pemain bola kita ni... 

Selain drp dpt RM2 juta tu kan... khabarnya dia akan menerima pelbagai keistimewaan lain.. cthnya bonus for each game, rumah, keter dgn personal driver.. (perghhh)... best giler.. Gaji lak dikhabarkan dlm sekitar Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan.. Manyak oooo..

So.. mula2 aku nak kenal dulu sejarah serba sedikit mamat ni.. aku tepek kat sini gak utk info u ols:

Nama penuh: Mohd Safee Mohd Sali
Tarikh lahir: 29 Januari 1984
Tempat lahir: Selangor
Tinggi: 1.70 meter
Posisi permainan: Penyerang
Kelab terkini: Pelita Jaya FC
Nombor jersi: 55
Kerjaya:
  • 2003-2005 (Kuala Lumpur FA)
  • 2005-2006 (Sarawak FA)
  • 2006-2011 (Selangor FA)
  • 2011 (Pelita Jaya FC)
  • 2012-2013 (Pelita Jaya FC) - yg ni ler dia dpt RM2 juta tu...
Pasukan kebangsaan:
  • 2004-2007 (Malaysia bawah 23 tahun)
  • 2007 (Malaysia)
Anugerah:
  • Olahragawan Paling Digemari Anjuran Astro Awani 2010
  • Piala SUZUKI AFF 2010 (Penjaring terbanyak, 5 gol)

Kejayaan Safee ni boleh ler dijadikan contoh kpd pemain negara kita.. Semoga pemain bola kita ada misi.. visi dan semangat untuk pergi lebih jauh.. serta mengharumkan nama negara.. Now, dah ader ler idola yg boleh dikagumi oleh adik2 kat sekolah tu... Bleh ler disebut-sebut kata org kan...


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops