Nabi Muhammad S.A.W

Sempena Maulidurrasul ni.. Sally menyingkap kisah-kisah nabi yang kita sanjungi iaitu Nabi Muhammad S.A.W.. Walaupun esok merupakan tanggal kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.. tapi untuk mendekati, mengenali dan mengingati nabi junjungan kita itu, tidak lah mengira hari. Ia bukanlah nak dikatakan menjadi tradisi, bila hari Maulidurrasul jer.. semua org akan memperkatakannya.. tapi setidak-tidaknya.. ada gak hari yang semua org telah diberikan cuti ini.. daripada bercuti tanpa mengingati sedikit pun ttg Maulidurrasul.. Sally rasa wajar untuk berkongsi apa yang telah Sally baca dengan u ols semua. 

Apa itu Hari Maulidur Rasul??
Kalau ada yang bertanya pada kita.. nak jawab spontan tu... pasti ramai yang akan terpaku.. terdiam.. dek kerana pengetahuan ilmu yang cetek ataupun terlupa.. Org tanya.. "Maulidurrasul tu aper??" .. kita pun jawab..  "Maulidurrasul ler...."... "dpt cuti".. Ada gak yang mengingati Maulidurrasul kerana untuk menghitung cuti yang panjang... tak pun ingat coz dah plan bak bercuti ke mana-mana.. huhuuu... Memang manusia dilahirkan tidak sempurna.. Kadang-kadang kita terleka dan terlupa..Oleh itu, mari la kita sama – sama menyusuri apa itu Maulidur Rasul bagi kefahaman kita bersama.. hhmmm.. dah dtg dah aura ustazah Sally.. hehehee

Hari Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) iaitu hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T.

Penting ke sambut Maulidur Rasul???
Kalau org tu byk berjasa... bday dia mesti kita ingat kan..?? Mak bapak kita... adik beradik kita.. suami kita.. boypren girlpren kita... Klu kita tak wish.. tak ingat.. mau ada yang tarik muka.. kita pun rasa bersalah yg amat sangat kan..kan..?? Ni kan pula tarikh kelahiran Nabi kita.. Maulidur Rasul adalah hari mengingati kelahiran Nabi Muhammad SAW. Patutkah kita melupakan Baginda?? Tak der ler nak kena sediakan cake ke aper.. Nabi pun  telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang kristian memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari:

Baginda bersabda, “Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kristian memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, ‘hamba Allah dan pesuruh Nya.”(Au Qoma Qol)

Apa yang telah disuruh Rasulullah saw hanyalah menyuruh umatnya menjadikan hari kelahirannya satu hari untuk beribadat yang mana berbeza dengan perayaan. Bertepatanlah dengan hadis di bawah:

Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.”
“…Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat “ . [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]

Sambutan Maulidur Rasul dan persoalannya
Para ulama’ kontemporari tidak menolak keharusan menyambut Maulidur Rasul, kerana mungkin sahaja itu boleh dianggap sebahagian dari kecintaan kita kepada baginda, dan kita jadikan kecintaan itu juga adalah kecintaan kepada Allah SWT.

Walaupun pada zaman kehidupan baginda sendiri tidak pernah menyambutnya, begitulah pada zaman para sahabat, tabi’in dan generasi selepas mereka yang berada pada zaman keemasan Islam.

Mereka berpendapat, bahawa selagi mana sambutan Maulidur Rasul itu boleh menyedarkan manusia dengan pengajaran agama serta menghayati keperibadian Baginda S.A.W, maka selagi itulah ia diterima sebagai salah satu pendekatan yang baik menurut Islam.

Apa yang penting, dalam sambutan itu melalui penyampaian kuliah, ceramah atau forum, mengajak kaum muslimin untuk mencintai Baginda dalam segenap apa yang dibawa walaupun hati kecil kita kadang-kadang sukar untuk menerimanya.

Kita juga adalah disaran untuk mengetahui cara-cara untuk mentaati perintah Rasul, mengikut segala arahan dan meninggalkan segala tegahannya, melaksanakan hukum-hakam yang diajarkannya, memperjuang dan memperkasa syariatnya, menyeru orang ramai ke jalan dakwahnya, memperbanyak selawat ke atasnya dan mencintai ahli keluarganya.

Kesemua aspek di atas tidak akan sampai kepada matlamatnya melainkan dengan adanya penjelasan melalui kuliah dan ceramah agama. Maka sambutan seumpama itu amat digalakkan oleh Islam kerana membawa manusia membesarkan keperibadian Rasulullah s.a.w., manusia yang agung di sisi Allah SWT.

Apatah lagi di zaman mutakhir ini, di mana ramai di kalangan umat Islam sudah tidak lagi berbangga dengan akhlak-akhlak yang pernah ditonjolkan oleh para generasi awal di kalangan para sahabat, tabi’in dan tokoh-tokoh ilmuwan Islam, akhirnya tidak memandu mereka ke jalan kebenaran, seolah-olah mereka masih mahu berada dalam kegelapan dan kejahilan..
Cara Mengingati Nabi Muhammad SAW???
Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang boleh dipraktikkan untuk mengingati Nabi Muhammad SAW dan salah satu cara adalah melalui berselawat. Berselawat boleh dilakukan sepanjang hayat kita dan tidak terikat untuk hari ini sahaja tau..

So,marilah sesame kita berselawat untuk mengingati junjungan Nabi Muhammad SAW..



















Kalau di Kelantan, sambutan Maulidurrasul ni Sally rasa lebih meriah. Biasanya bukan sahaja di peringkat negeri, malah individu sendiri akan buat sambutan dengan mengadakan kenduri, majlis selawat nabi di rumah masing-masing, berhimpun saudara mara, menyingkap sirah nabi dan sebagainya. Sally pun akan balik ke Kelantan coz mama setiap tahun akan buat kenduri, jemput saudara mara dan rakan taulan ke rumah. Selain leh berkumpul, mengeratkankan silaturrahim.. jemputan org2 masjid ke rumah, para hafiz, bacaan quran dan juga majlis selawat nabi turut diadakan. Untuk negeri lain Sally tak pasti pulak. Mama biasanya akan buat majlis ni beserta dengan majlis kenduri arwah.. dalam usaha mengingati arwah suami tersayang (arwah abah) dan ibu bapanya. Maybe Sally boleh teruskan tradisi mama ni nnt. InsyaAllah.. Kalau dah ada umah besar sket, landed property.. apa salahnya.. Sally pun suka buat makan2.. family gathering.. leh buat majlis Maulidurrasul kat umah..

So.. Sally gak ada baca dr source2 kat Internet ni pasal sirah Nabi. Sally nak share dgn u ols.. sama-sama kita belajar.. sama-sama kita tahu kan..kan..??

Muhammad Sebelum Kelahiran Manusia
Merujuk kepada sebuah hadis daripada Umar al-Khattab r.a. daripada Rasulullah s.a.w. Ketika Adam a.s. telah terlanjur berbuat dosa, dia berdoa: “Wahai Tuhanku, aku memohon kepadaMu dengan haq Muhammad untuk mengampuni dosaku”.

Allah berfirman:
“Bagaimana engkau mengetahui (tentang) Muhammad padahal Aku belum menciptanya?”

Adam berkata:
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya setelah Engkau mencipta aku dengan TanganMu dan Engkau meniupkan RuhMu kepadaku, ketika aku mengangkat kepalaku, aku melihat pada tiang-tiang Arsy ada tulisan ‘La ilaha illallah Muhammad Rasulullah’. Maka tahulah aku bahawa Engkau tidak menyandarkan kepada namaMu kecuali makhluk yang paling Engkau cintai”.

Allah berfirman:
“Engkau benar hai Adam! Sesungguhnya dia (Muhammad) adalah makhluk yang paling Aku cintai. Berdoalah kepada Aku dengan haq-nya, sungguh aku telah mengampunkan engkau. Dan seandainya bukan kerana Muhammad pasti Aku tidak mencipta kamu”.

Fakta menarik:
  • Tindakan Nabi Adam a.s. yang berdoa dengan bertawassul dengan haq Muhammad.
  • Kemulian Nabi Muhammad s.a.w. sehingga nama beliau telah tercatit sejak awal di alam Syurgawi dan tidak dicipta apa-apa melainkan kerana Muhammad (s.a.w).
Kelahiran
Nabi Muhammad s.a.w lahir dalam keadaan telah berkhatan dengan kekuasaan Allah s.w.t. Kedua matanya bercelak dengan ‘celak hidayah’ terpelihara matanya dari pandangan yg tidak diredhai Allah). Ruang angkasa menjadi terang benderang kerana Nurnya. Kehebatan pertama mukjizatnya adalah terpadamnya api sembahan kaum Parsi (yg tidak pernah terpadam selama seribu tahun). Beranda2 maharaja Parsi tiba2 runtuh. Syaitan2 dihujani dgn panah2 api bintang yg panas membakar dari langit. Jin2 berundur dgn hina dan tunduk kerana serangan dan desakan kuasa Baginda s.a.w dan bersinarnya cahaya lembut berkilauan (ketika lahirnya), sehingga bayi yang menakjubkan ini ditawarkan kpd wanita2 yg dtg utk mengambil upah menyusukannya.

Setelah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w malaikat bertanya kpd seluruh makhluk, “Siapakah yg ingin mengasuh ‘mutiara’ yg sgt berharga ini, yg tiada ternilai harganya?” Burung2 menjawab, “Kamilah yg akan mengasuh dan mengambil keuntungan dari cita2 yg besar.” Binatang2 liar pula berkata, “Kamilah yg lebih layak mengasuhnya agar kami memperolehi kemuliaan dan penghormatan.” Lalu dijawab malaikat, “Wahai sekelian makhluk, tenanglah kamu semua! Kerana sesungguhnya Allah telah memutuskan sejak dahulu lagi dgn kebijaksanaanNya Yang Maha Terdahulu. Bahawa NabiNya, Muhammad s.a.w ini akan diasuh dan disusui oleh Halimah (Binti Abi Dzuaib), seorang wanita yg amat penyabar. Allah telah memilih Saidatina Halimah utk menerima kebahagiaan dan keberuntungan itu. (Bila baca part ni.. tak semena-mena mata Sally digenangi air mata.. alangkah bertuahnya Saidatina Halimah..)

(Halimah binti Abi Dzuaib As Sa’diah atau Halimah As Sa’diah atau Halimatus Sa’diah adalah ibu angkat Nabi s.a.w. iaitu ibu susu kedua Baginda. Ibu kandungnya bernama Aminah Binti Wahab).

Kanak-Kanak
Ketika pandangan Saidatina Halimah tertumpu kdp Baginda s.a.w, maka segera diambil, dipangku dan didakapnya. Bayi pembawa tuah itu kelihatan tersenyum gembira bersamanya. Tiba2 dari gigi suci bayi ini terpancar cahaya yg menjulang sampai ke langit. Dgn kegembiraan (bercampur hairan) dibawanya pulang ke keluarganya. Ketika dalam peliharaannya, Saidatina Halimah melihat keberkatannya sehingga kambing2 peliharaannya menjadi sihat, gemuk, memancar deras susu2 kambingnya hingga lebih mencukupi utk keperluannya sekeluarga. Setiap hari Saidatina Halimah melihat tanda2 luar biasa dan keberkatan bayi yg diasuhnya itu dan semakin mendalam kasihnya kpd bayi yg bernama Muhammad ini. Baginda membesar dgn sihat sejahtera sebagai kanak2 serta bergaul bersama2 saudara sesusuannya yg lain dan kanak2 lain.
Hati & Ilmu Pengetahuannya
Suatu hari ketika Nabi s.a.w sedang bermain2 bersama mereka, disuatu tpt yg jauh dari perkampungannya, tiba2 datang kpdnya 3 org lelaki yg berwajah tampan bercahaya bagai mentari dan bulan. Semua teman2 Baginda melarikan diri ketakutan. Nabi s.a.w. hanya berdiri dgn rasa hairan dan kagum melihat ketampanan mereka yg luar biasa. Ketiga2 lelaki ini (jelmaan malaikat) mendapatkan anak kecil ini dan membaringkannya ke atas tanah perlahan2. Lalu membelah perutnya dgn berhati2 tanpa ada rasa sakit sedikit pun. Dikeluarkannya hati ’Pemimpin anak cucu Adam’ (Nabi s.a.w.) itu kemudian hati ini dibedahnya dgn penuh teliti. Lalu dibuangnya dari hati itu, suatu yg menjadi bahagian bisikan syaitan. Diisikannya dengan kesabaran, ilmu pengetahuan, keyakinan dan sifat keredhaan. Selesai pembedahan itu, mereka mengembalikan hati Baginda s.a.w. ketempat asal dlm tubuhnya. Lalu Baginda pon bangun berdiri tegak dan perutnya kembali spt sediakala. Lalu malaikat itu berkata kpdnya, ”Wahai Kekasih Allah Yang Maha Pemurah, Seandainya engkau mengetahui tujuan baik Allah kepadamu, pasti engkau akan mengetahui ketinggian darjatmu yg mengatasi makhluk lain. Dan sudah tentu hatimu akan bertambah gembira dan bahagia. 

Semakin riang dan bercahaya. Wahai Muhammad s.a.w. bergembiralah! Kerana sesungguhnya ’bendera ilmu pengetahuanmu’ telah dikibarkan di seluruh alam semesta. Seluruh makhluk menyambut dgn riang gembira akan kehadiranmu. Dan tiada suatu makhluk pon yg diciptakan oleh Allah melainkan akan dtg mematuhi segala permintaanmu. Mendengar penuh gembira akan sabdamu. Maka akan dtg kpdmu unta yg memohon pembelaanmu (dari kezaliman tuannya). Dhob (sejenis biawak pdg pasir) dan kijang akan bertutur fasih menyaksikan kerasulanmu. Pohon kayu bulan dan serigala tidak lama lg juga akan bertutur fasih menyatakan kenabianmu. Kenderaanmu nanti adalah Buraq. Yang ia sentiasa rindu dan teringin utk menatap wajahmu. Dan Jibril (Gabriel) yg menjadi pemimpin kerajaanmu telah mengumandangkan sebutan namamu di seluruh penjuru cakra buana. Sedangkan bulan pula akan diperintahkan utk terbelah dua, sebagai mukjizat bukti keRasulanmu”. ”Seluruh makhluk di alam semesta ini sentiasa rindu dgn kemunculanmu. Menanti kecemerlangan pancaran Nurmu”.

Maka ketika Kekasih Allah s.a.w itu diam mendengar kata2 malaikat (3 lelaki) itu sdgkan wajahnya laksana cahaya pagi, tiba2 Saidatina Halimah dtg mencari2nya dgn berteriak2 (setelah diadu oleh anak2nya yg lari pulang). Ia berkata, ”Aduhai! Jauhnya anakku Muhammad”. Maka dijawab oleh malaikat itu, ”Wahai Muhammad! Bukanlah engkau yg jauh. Bahkan engkau hampir kpd Allah. Engkau pilihanNya dan KekasihNya”. Saidatina Halimah berkata, ”Aduhai anakku Muhammad bersendirian sahaja”. Lalu dijawab oleh malaikat, ”Wahai Muhammad! Bukanlah engkau bersendirian, bahkan engkau adalah orang yg mempunyai kekuatan mukjizat. Penghiburmu adalah Zat Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan kawanmu adalah saudara2mu dari golongan malaikat dan ahli tauhid”. Saidatina Halimah berkata, ”Aduhai! Kasihan anak yatimku ini!”. Maka dijawab oleh malaikat, Alangkah bertuahnya engkau kerana menjadi anak yatim. Kerana sesungguhnya darjatmu di sisi Allah adalah sgt besar”. (mengatasi semua makhluk).

Ketika dilihat anak yg diasuhnya itu selamat dari bahaya, maka dibawanya pulang ke rumah dgn rasa gembira. Diceritakannya kejadian luar biasa itu kpd tukang tilik (pengkaji kitab2 terdahulu). Diceritakan juga kelebihan dan keanehan anak asuhannya itu. Maka tukang tilik itu bertanya kpd Baginda, ”Wahai anak lelaki yg lahir di negeri telaga Zam-zam dan Maqam Ibrahim, Rukun Yamani dan Al-Baitul-Haram, (Wahai Anak Kota Suci Makkah). Engkau melihat peristiwa itu dlm jaga atau tidur?” Baginda s.a.w menjawab, ”Demi kemuliaan Maharaja Yang Maha Mengetahui, saya melihat dan mengalaminya dlm keadaan jaga. Saya tidak ragu2 tentang itu dan tidak akan berbuat aniaya dgn berdusta”. Lalu berkata situkang tilik, ”Bergembiralah wahai budak! Kerana engkau adalah pembawa panji2 keNabian dan pemimpin bala tentera pemusnah kebatilan. KeNabianmu merupakan kunci dan penutup segala keNabian. Malaikat Jibril (Gabriel) akan turun kpdmu di atas hamparan kudus dan suci, Allah Yang Maha Agung akan mengajakmu berbicara (Di Malam Isra’ dan Mi’raj). Siapalah yg mampu menghitung keutamaan yg engkau miliki sdgkan hanya utk mengungkapkan sebahagian sahaja dari sifat2 keutamaanmu, lidah org yg tiada henti2nya memuji dan menyanjungmu, akan menjadi lemah dan tak mampu menuturkan kata2”.

Banyak lagi sirah menarik pasal Nabi.. tapi Sally rasa u ols bleh dptkan buku atau search kat page2 lain.. Semoga apa yang Sally kongsi kat sini dapat memberikan kebaikan untuk kita bersama dan kita akan sentiasa diberkatiNya.



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops