Gurauan Rasulullah S.A.W

Sejak akhir-akhir ni.. semua org nak cari bahan untuk bergelak ketawa je kan.. Nape u ols tgk Raja Lawak?? Coz nak gelak kan.. Nape Ustaz Azhar Idrus disukai ramai? Cara penyampaiannya disenangi? Coz dalam berdakwah pun dia selitkan lawak2 yg mampu buat org tersenyum.. tak boring... sambil bergelak pun ada ilmu yang bermanfaat disebaliknya... Aku pun suka giler dgr ceramah dia...

U ols semua suka bergurau kan? Melawak dengan kengkawan, bergurau dengan adik beradik, merapu dengan sedara mara memang kadang-kadang mampu menghiburkan hati. Samada kita yang buat lawak ataupun orang lain yang buat lawak depan kita, yang penting, ada gurauan yang mampu menceriakan suasana..

Hari ni terdetik plak hati nak tahu macamana agaknya Rasulullah bergurau.. Bila Sally survey.. baca sedikit sebanyak... rupanya Baginda Rasulullah saw juga seorang yang bergurau dengan ahli keluarga dan para sahabat Baginda. Baginda bukanlah seorang yang serius tak tentu pasal sepanjang hidup. Camane agaknya Nabi kita bergurau? Adakah dengan membuat lawak seperti para pelawak membuat lawak di pentas-pentas lawak? Tidak sama sekali. Walaupun Baginda juga bergurau dengan sahabat dan ahli keluarga, Baginda tak pernah langsung seumur hidupnya ketawa berdekah-dekah ataupun yang diistilahkan sebagai “qahqahah”. Istilah dalam bahasa arab pun dah bunyi lebih kurang bahasa melayu kita. Gelak kahkahkahkah = qahqahah. Baginda yang mulia hanya senyum dan ketawa Baginda pula diistilahkan sebagai “dhahak” bukannya “qahqahah”. Kemudian beliau ditanya lagi, bagaimana pula dengan para sahabat, tabiin dan tabi’ tabiin pula, adakah pernah diantara mereka ada yang ketawa dengan apa yang diistilahkan sebagai “qahqahah”? maka jawapan yang diberikan oleh Fadhilat Al-Syeikh adalah “Ya, mungkin ada diantara mereka yang pernah gelak berdekah-dekah.”

Jadi, jom kita tengok beberapa hadith Baginda yang menceritakan tentang bagaimana Baginda bergurau dengan para sahabat.

Hadith 1
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، أَنَّ رَجُلا اسْتَحْمَلَ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم ، فَقَالَ : إِنِّي حَامِلُكَ عَلَى وَلَدِ نَاقَةٍ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ ، مَا أَصْنَعُ بِوَلَدِ النَّاقَةِ ؟ فَقَالَ صلى الله عليه وسلم : وَهَلْ تَلِدُ الإِبِلَ إِلا النُّوقُ ؟

Anas bin Malik RA mengkhabarkan:

“Sesungguhnya ada seorang lelaki meminta kepada Rasulullah SAW agar ia dibawa naik kenderaan. Rasulullah SAW bersabda: “Baik, aku akan membawamu di atas anak unta betina”. Lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah, apa yang dapat aku lakukan dengan anak unta betina itu?” Rasulullah SAW bersabda: “Bukankah yang melahirkan unta itu unta betina?”

Tengok betapa cantiknya uslub Nabi bergurau. Kefahaman cerita ni kalau nak diolah semula mengikut ayat aku kire camni lah. Seorang sahabat mintak kat Nabi nak naik unta. Kalau dah unta yang nak ditunggang, kompem la unta besar kan. Then bila Nabi kata “okey nanti aku bawak kamu, kita tunggang anak unta betina” maka frust la sahabat tadi. Yela kan, anak unta kan kecik molek comey. Lalu sahabat tu pun tanya la. “Laaa.. anak unta kecik molek tu camne kita nak tunggang..” Nabi pun jawap la: “Laaa.. mmg le kita akan naik anak unta betina.. tapi bukan le yg kecik.. yg dah besor ler.. bukan ke anak unta tu unta betina yang lahirkan???” wallahualam.. Tgk gmbr unta jap yer... hehehe


Hadith 2
عَنِ الْحَسَنِ ، قَالَ : أَتَتْ عَجُوزٌ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، فَقَالَتْ : يَا رَسُولَ اللهِ ، ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُدْخِلَنِي الْجَنَّةَ ، فَقَالَ : يَا أُمَّ فُلانٍ ، إِنَّ الْجَنَّةَ لا تَدْخُلُهَا عَجُوزٌ ، قَالَ : فَوَلَّتْ تَبْكِي ، فَقَالَ : أَخْبِرُوهَا أَنَّهَا لا تَدْخُلُهَا وَهِيَ عَجُوزٌ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى ، يَقُولُ : إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً ، فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا ، عُرُبًا أَتْرَابًا

Hasan al-Basri RA meriwayatkan:

Seorang wanita tua datang menghadap Rasulullah SAW. Beliau berkata: “Wahai Rasulullah, doa akanlah daku kepada Allah SWT mudah-mudahan aku masuk syurga”. Nabi SAW bersabda: “Wahai ibu Fulan! Sesungguhnya syurga itu tidak akan dimasuki oleh wanita tua”. Seterusnya al-Hasan berkata: Wanita tua itu berpaling sambil menangis”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Tolong beritahu kepada wanita itu, bahawa dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan tua (kat syurga nanti dia akan menjadi muda balik). Sesungguhnya Allah Taala telah berfirman: “Maka Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya” - Surah al-Waqi’ah 36-37.
Diriwayatkan pada suatu hari seorang seorang wanita datang ke majlis Nabi SAW dengan tujuan mencari suaminya. Apabila melihat wanita itu datang lalu Nabi SAW bertanya:
“Siapakah yang engkau cari? Wanita itu menjawab: Saya mencari suamiku, wahai Rasulullah.

Kemudian Nabi SAW bertanya: “Apakah suamimu yang di matanya ada putih-putih itu? Wanita itu terdiam apabila mendengar pertanyaan Nabi SAW lalu bergegas balik semula ke rumahnya.

Apabila bertemu suaminya, wanita itu memandang wajah suaminya dengan pandangan penuh teliti. Wanita itu juga memeriksa kedua biji mata suaminya. Melihatkan telatah pelik isterinya itu, suaminya terus bertanya untuk mendapatkan kepastian.

Isterinya berkata: “Saya sedang memerhatikan apakah di matamu ada putih-putih atau tidak? Mendengar penerangan isterinya, dia pun berkata: "Bukankah semua mata memang ada putihnya. Kini barulah wanita itu sedar bahawa kata-kata Rasulullah itu semata-mata bergurau saja. 
Satu ketika, Rasulullah SAW dan para sahabat sedang makan buah kurma, biji- bijinya mereka sisihkan di tempatnya masing- masing. Beberapa saat kemudian, Ali menyedari bahawa dia memakan terlalu banyak kurma.

Biji- biji kurma sisa mereka berkumpul lebih banyak di sisi Ali dibandingkan di sisi Rasulullah SAW. Maka Ali pun secara diam- diam memindahkan biji-biji kurma tersebut ke sisi Rasulullah.

Kemudian Ali ra dengan tersipu-sipu mengatakan, “ Wahai Nabi, engkau memakan kurma lebih banyak daripada aku. Lihatlah biji-biji kurma yang berkumpul di tempatmu.”

Nabi pun tersenyum dan menjawab, “Ali, kamulah yang memakan lebih banyak kurma. Aku memakan kurma dan masih menyisakan biji-bijinya. Sedangkan engkau, memakan kurma berikut biji-bijinya”. (HR. Bukhori)
Wallahualam..


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops