Kemaskini Borang Permohonan Matrikulasi sesi 2012/2013

Untuk dikongsi bersama... teringat plak saat-saat dulu lepas SPM kan?? Dulu.. susah nak dpt internet... Nak info aper2 nak kena g CC.. Skrg ni budak2 senang.. semua depan mata.. ada ipad.. android.. notebook.. pelbagai.. di amana internet bleh diakses di mana sahaja..

So.. untuk makluman u ols... Borang Permohonan Matrikulasi bagi sesi 2012/2013 akan dibuka selama 15 hari bermula 6 Februari hingga 20 Februari ini bagi tujuan kemaskini maklumat tambahan.

Dipetik drp Harian Metro:
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkata pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang mengisi borang permohonan melalui internet diminta mengemaskini maklumat tambahan melalui laman web KPM Bahagian matrikulasi di http://apps.moe.gov/permohonanmatrikulasi/kemaskini.

Pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau angka giliran SPM, kata kenyataan bahagian itu di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03-88844083/4036/4040 dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada waktu bekerja. - Bernama


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops