Jampi pejal payudara

Hari ni aku tgk Harian Metro.. tajuk baik punyer.... Jampi Pejal Payudara... satu jer yang terpancul dari mulut aku... "GILOSSSS".. Meh kita ikuti berita dia...

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN, MOHD NOR ASRI YAACOB dan MUHAMAAD RAZIS ISMAIL
metahad@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Gabungan urutan ‘overhaul’, membuang syaitan di dalam badan, mandi bunga dan minum air penawar kini menjadi pilihan wanita yang mahukan payudara pejal, punggung montok, hidung mancung serta dagu runcing.

Tidak menghairankan apabila seorang wanita di daerah ini menjadi buruan pramugari dan golongan wanita VIP yang ghairah untuk kelihatan cantik dan memiliki bentuk badan menawan menerusi khidmat buang syaitan dan urut ‘overhaul’.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mah, 50, menyediakan beberapa pakej dengan paling mahal RM400 untuk kecantikan seluruh tubuh, termasuk membuang kolesterol dan paling murah RM50 untuk kecantikan muka.

“Setiap manusia ada syaitan di badannya dan kerana syaitan itulah pelbagai keburukan berlaku kepadanya, seperti kelihatan tidak cantik dan berdepan pelbagai masalah.

“Justeru, kaedah rawatan yang saya lakukan adalah membuang terlebih dulu syaitan di dalam badan dengan menghembuskan sebutan Allah SWT, doa dan bacaan tertentu kepada pelanggan."..

Huhuu... lepas dah kuar berita Kak Mah ni kat paper.. makin laris ler kut Kak Mah.. maybe lepas ni naik harga plak... Tak tau motif aper dikeluarkan kat Harian metro.. aper yg cuba disampaikan.. kontroversi atau iklan free untuk Kak Mah ni.. Yg sedih nyer dr Kelantan ler klu bab jampi2 ni.. 

Pompuan mmg nak cantik jer.. selain dr ribuan produk kat pasaran skrg ni.. leh besarkan.. montokkan.. kecikkan.. tegangkan... kenkadang.. iklan yg over.. pakai 10 botol pun blum tentu jadi... Alternatifnya.. org akan cari khidmat mcm Kak Mah ni ler... Entah betul entah tidak.. wallahualam... Minta2 tak der ler jampi2 yang merepek dan bertentangan dgn ajaran Islam.. Persoalan kat dlm benak aku ni... Tak takut ke diaorg.. Buatnyer Kak Mah tu letak pelindung.. pengikut dan pelbagai pe.. lagi.. haaa.. tak ke naya... Astagfirullahalazim.. aku tuduh Kak Mah plak ker?? huhuuuu... 

Tapi kan u olss... benda2 cenggini terpulang pada individu.. Kalau pandai jaga... bersenam.. bleh sentiasa cantik aper.. Tak yah ler nak berbidan bagai.. Naib baik gak ler jumpa Kak Mah.. Kalau jumpa Pak Dolah.. saper nak jawab... ??? Pompuan  yg desperate nak cantik sanggup buat aper saja... Semoga aku dijauhkan daripada benda2 cam ni... Amin..



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops