Songlap

Hari ni lagi 1 movie aku sempat layan kat youtube.. hehehee.. yer laa.. yg mana tak sempat nak tgk kat panggung.. tgk ler kat youtube.. timer kasih youtube.. hehehee..

Tgk gezek citer mmg best.. iklan kat wayang pun best.. dialog2 best.. ala2 spontan.. mempertaruhkan pelakon lelaki terbaik Sam.. yg mmg dah tahu akan kehebatan lakonannya.. dan jugak si Syafie Naswip yang bakatnya dicungkil oleh arwah Yasmin Ahmad dlm citer MOHSIN.. so.. aku browse2 kat youtube tadi.. terjumpa lak citer ni.. so.. layan jap... sebelum aku bg komen2 bernas, mai kita baca sinopsis citer ni dulu..

Sinopsis:
Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.
Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.

Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.

Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

Ulasan Sally:
  • Filem Songlap bagi aku filem ini “Slow” dalam jalan cerita. Akan tetapi filem ini sangat baik dalam Isu Realitinya, Penghayatannya, Kesan kekeluargaannya, emosinya...
  • Citer ni bagi aku dlm genre drama yang agak berat. Klu buat drama TV pun ok.. tak yah sampai filem.
  • Jalan cerita ada... tapi tak kuat.. byk yang tergantung.. sayang jer.. lakonan best.. tapi semua mcm tak berkesudahan..
  • Scene Normah Damanhuri tu.. mmg ada yg lawak ler.. Lawak lucah sket.. bila seorg remaja jumpa pelacur.. dan tak nak melanggan.. tapi berborak shj.. Normah bekerja sebagai pelacur. Ad ingin berjumpa normah dan hanya ingin “berbual bual” sahaja. Dalam masa yang sama Normah tidak tahu yang AD adalah anaknya. Smpi kesudah dia tak tau Ad tu anak dia.. Yang dia tahu, kalau AD nak berbual Ad kene bayar RM30 untuk 30 minit untuk berbual… Cam tak best sket ler kat situ...  film ni x cerita kenapa mak dia melacur dan kenapa mak dia tak kenal anak anak dia...
  • Pertandingan menari tu pun cam klu x der babak tu pun x per.. ingatkan dia g ler menari betul2.. menang ke aper.. ni habis cam tu jer...
  • Kawan dia si razak tu pun.., wataknya terlalu ringan.. tau2 dah mati.. huhuuuhuuu...
  • Lagi satu... filem ni mmg nak ketengahkan semua aktvt haram kat KL ni.. Disamping pelacuran, dadah, kecurian, judi, semuanya dirangkup dalam filem Songlap. Takut plak bila jual2 bayi.. jual pompuan.. sembelih org.. semua ada ler kat dlm ni.. 
  • Scene paling sebak bila 2 beradik nak berpisah dan Ad panggil Am abang dan pujuk Am untuk tinggalkan KL... masa tu mmg sedih sket ler..
  • Scene Hawa lari dari rumah.. mula2 x tau yg Rozie Rashid tu mak dia ke aper... binggung jap kat situ.. ingat si Hawa tu menumpang rumah mak cik mana ntah... 
  • Pujian bleh diberikan untuk pelakon Sara Ali.. walaupun x byk dialog.. tapi lakonan nyer mantap.. Smpi ke sudah tak tau dia pregnant ngan saper.. tapi aku budget dgn bapak dia ler tu... tak tau ler motif pengarah nak suh penonton pikir sendiri kut semua kesudahan scene2 yg dicipta...
  • Overall... hanya pelakon jer best... lain2...menyedihkan sebab jalan citer banyak persoalan.. senang cakap jalan cerita banyak tergantung..

Dialog yang melekat kat kepala aku lepas tgk citer ni:
  1. “Kalau menari boleh dapat 50ribu, dah lama Dr Rozmey belajar menari tau tak” - dialog ni Sam yg ckp bila adik dia nak msk pertandingan dance.
  2. "pertama kali ke dik?" "nak tengok aje pun boleh".. geli gila
SO.. baper bintang nak bagi ni??? 6/10.. ok??


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops