Datin Ghairah

Dah tak der aper nak buat kat umah ari ni... Sally browse2 kat youtube.. terjumpa lak citer ni.. drp aku langgan kat Astro First.. baik aku layan kat youtube.. kualitinya agak ok walaupun direkod dari Astro First. Standard ler kan.. nama pun tgk free.. ok laa..

Citer ni cam mano? Apa kata Sally? Ok.. sebelum aku bagi kritikan ala-ala chef wan.. hehhee... baik kita baca dulu sinopsis nyer yg sally copy dr website lain:

Genre: Romantik, komedi
Durasi: 1 jam 29 minit
Pengarah: Sabree Fadzil
Pelakon: Maria Farida, Aaron Aziz, Faizal Hussein, Yank Kassim, Hairie Othman, Sheera

Sinopsis: Datin Ghairieyah atau lebih dikenali sebagai Datin Ghairah adalah balu kepada arwah Datuk Mahfuz, seorang ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia. Emelia dan Emelda ialah dua orang anak hasil perkongsian hidup mereka selama hampir 20 tahun bersama.

Setelah hampir dua tahun Datin Ghairieyah berstatus janda, dia bangkit untuk meneruskan empayar perniagaan peninggalan arwah suaminya. Dia semakin ‘ghairah’ untuk memperluaskan empayar perniagaannya. Sufian yang merupakan rakan karib arwah Datuk Mahfuz sedaya upaya cuba untuk memikat Datin Ghairieyah demi kepentingan perniagaannya.

Akhirnya hubungan antara Datin Ghairieyah dengan Sufian semakin intim. Perbuatan dan sikap Sufian yang licik tidak sedikitpun menimbulkan curiga di hati Datin Ghairieyah.... setakat ini saja sinopsis nyer.. klu terasa nak tgk.. browse ler kat youtube... :)


Kalu bukan Aaron Aziz.. tak kuasa aku nak melayan citer ni sampai abis.. Ada gak aku baca review yg mengutuk lakonan slow Aaron dalam citer ni.. Bagi aku,.. klu dah jalan citer cam siyyyaalll... bagi Shah Rukh Khan ker.. brad pit berlakon ke.. pun hampeh gak..

Jalan cerita agak ringan..  mengalahkan drama tv.. mmg klu yg bayar gi tgk kat wayang tu.. huhuuhu.. sonok makan pop corn jer laa... susunan music dlm cerita cam hampeh.. bab gaduh pasang muzik traditional aper ke jadah nyer.. scene pun lari... script lintang pukang... banyak tak logik citer ni... cam tak buat research jer yang buat script dan susunan jalan citer ni... huhuuhu..... sedih nokkkk....
 
Firstly, aku tak tahu kenapa tajuk filen ni nak kena letak Datin Ghairah? Daya penarik ke?? Asal.. rakyat Malaysia ni nak kena pancing dgn tajuk2 yang melambangkan seks ke baru nak ke panggung??? huhuuu.. bagi aku ler.. Klu nak g tgk kat wayang.. nak beli tiket pun malu.. nak sebut nama filem masa nak beli kat kaunter pun malu.. org lain aku tak tau ler... For me, Malaysian still got adab dan rasa segan la... lagi2 filem cam murahan gini kan...

Permulaan filem pun aku dah rasa... cam.. aper kebenda nyer ni.. dgn maria farida duk meliuk lentok.. focus tang bontot.. tang perut.. tang ketiak.. menggeliat... huhuuuhu... ghairah ler sgt...  Walaupun aku rasakan ianya taklah seksi mana, tetapi introductionnya menjanjikan satu kelainan.. kelainan yang klu tak der pun tak per... Dengan selang seli scene si Dato Mahfuz yang kononnya bakal menaiki bot kematiannya..huhuhuuuu
Ada beberapa point yang aku rasakan kurang berjaya untuk disampaikan. Ianya sekaligus membuatkan beberapa adegan dalam filem ini nampak tak kemas...
 
Pastu, skrip lari giler babas, bila Maria tanya pasal dah advertise lum utk cikgu tuition yg sy suruh ptg tadi... dekat PA dia.. pastu bila berckp dgn anak2 dia.. dia ckp apa yang telah terjadi tempoh hari (refer tu kejadian uncle bob bertumbuk2 masa org kacau anak2 maria kat tgh jalan tu).. Sedangkan scene suruh iklan tu dulu.. baru gaduh.. pastu dlm dialog suruh cari cikgu tuition ptg tadi, pastu scene gaduh refer tu tempoh hari... poning betul ler...

Secara jujurnya, plot cerita mmg tak kemas... yang kononnya plot2 misteri.. tapi tak menjadi. Perhatikan penyelongkaran bilik Datin yang cuba dimisterikan. Tak menjadi. Watak dua orang pekerja yang bersubahat nampaknya tak kuat. Malah, kononnya geng penyeludup dadah terbesar dunia nampaknya tak lah gah dan mampu untuk membuatkan penonton berkata ‘geng ni memang gerun dan ganas'.. cam hampeh jer....
 
Bab yang aku rasa cam bengong sket bila Aaron dan Joey tu adalah polis yang menyamar. Konon nak gempak la kan, bajet penonton terkejut dan tak tersangka ler kan... Ye memang terkejut, sebab banyak gila scene yang tidak menunjukkan diaorg tgh menyamar dan tak logik... Antaranya baca surat khabar baru dapat tahu ada iklan jadi cikgu di Langkawi then nak apply.. Pastu nak apply kerja siap bawak beg baju bagai... Nampak cam diorang ni kutu rayau yang desperado nak cari duit.  Pastu struggle nak make-up Aaron dan Aaron struggle nak menyamar sedangkan diorang ni kan polis, sila la buat research dulu wahai penulis skrip.. adooooyaiiii. 
 
Lagi satu, Derus Lee takde kunci pendua rumah, dah la 2 orang je dok umah tu, pastu polis yang sedang mengintip, so takkan benda cam kunci pendua rumah pun terlepas pandang? Pastu babak dibelakang pengetahuan Datin, di mana Aaron berckp dgn Derus Lee tu kan.. pasal cinta ibu dan anak tu.. kenapa nak kena ckp2 mcm tu klu dah diorg mmg polis menyamar.. huhuhu.. tak masuk akal betul.. tak leh nak terima kenyataan filem Malaysia di takuk itu lagi...
 
Bab pakaian.. tak tau asal nak kena pakai cam seksi meksi gila babas.. daring abis.. si Datin Ghairieyah tu biar ler coz mmg citer dia nak bg ghairah kat org... konon nyer.. aku tak paham kenapa anak dia 2 org tu pun nak kena seksi.. 24 hrs pakaian cam nak g kelab dangdut.. PA dia pun sama.. melaram abis.. seksi meksi.. Anak ke 2 dia tu cam tak wujud pun tak per.. tak memberi kekuatan langsung dlm citer.. Sheera tu ok ler.. Cian plak dpt watak cam gitu... huhuhuu

Datin Ghairah tak cukup komedi serta elemen kejutan yang tidak berjaya.. Klu tak der aaron aziz mmg aku stop jer tgh jalan.. Penutup nya.. ramai2 pakat gi peluk si aaron aziz tu.. perghhh.... terbaekkk.. Overall... aku bagi 2 out of 10 stars.. HAMPEH.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops