Sauna & steam rooms

Cam bagus2 jer aku ni kan.. asyik citer pasal benda2 utk mencantikkan body jer.. yo..yo.. ooo jer.. aper nak baut.. bila body dah ke arah sana tu.. kena ler balik ke pangkal jalan sebelum laki aku cari jalan lain plak.. hahaha... jahat mulut ko Jah...

Fitness First have a sauna and steam room in the gym, so.. aku yg member platinum lagi tu.. (berlagak jap Jah..) sayang ler klu tak manfaatkan kemudahan yang ada... Sauna & Steam?? Sounds cool.. Hari ni aku tanya PT aku, aper kejadah nyer kebaikan bilik2 yang berhawa itu.. So, drp penerangan PT aku tadi, aku nak share ler ngan korang yg slalu aku sayang...

Kiter citer pasal steam room dulu ok... The steam helps relax stiff joints and muscles after workouts and can help with the recovery process. Steam also helps cleanse your skin and remove toxins. Ada yg ckp tak leh duk lebih 10 minit dlm steam room.. I think the 10min thing is silly...I say stay in as long as u can. I always put conditioning treatment kat rambut ku yang tak berapa ak ikal mayang ni.. Jimat duit steam rambut ok.. Kat bwh ni  aku listkan kebaikan steam room ni:

Benefits Of Using A Steam Room
  • Soothes mind & body to relieve stress & relax muscles
  • Increases body metabolism
  • Deep cleanses the skin
  • Helps eliminate toxins
  • Boosts your immune system
  • Relieves discomforts of asthma, allergies and arthritis
  • Keeps mucous membranes from excessive drying
  • Relieves throat irritation by moistening the air
  • Relaxes muscles
  • Relieves coughing
  • Relieves inflammation and congestion of upper respiratory mucous membranes
  • Loosens secretions and stimulates discharge of mucous from the throat and lungs
Selain steam..I LOOOOOOOOOOVVVEEE Sauna!  The sauna is a dry heat, and so sweats out the body.

Kelebihan bersauna ?
  • Membersihkan kulit untuk kelihatan segar, halus dan licin.
  • Dapat mengurangkan sedikit demi sedikit sinus / resdung atau jerawat!
  • Sememangnya dapat menyingkirkan toksin badan berlebihan melalui perpeluhan.
  • Selepas bersalin, memang la boleh sihatkan badan. Ala-ala bertangas la ni. Berat badan pun cepat turun. Luka-luka dalaman pun cepat elok.
Sebelum bersauna, nasihat sally, kita patut minum air putih tu dalam 200-400 ml air. Then dok bersauna dgn relax selama 20 minit saje. Bila da over 20 minit tu, keluar kan sejukkan badan sambil minum lagi air 200-400 ml air. Lebih pun tak pe.

Sebab, masa bersauna, perpeluhan akan berlaku. Air dari tubuh keluar. Kalu tak cukup top up air, nanti badan lemah pula, pening-pening lalat pula.

Sebelum bersauan gak, Sally suka sapu2 olive oil kat badan.. kasi lembab dan olive oil cepat menyerap kat kulit... olive oil baik untuk kulit u olss... hhehehe.. cam pakar kecantikan lak aku ni..


Guys... perhatikan manfaat bersauna dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain yg sally buat research sket kat website2 lain.. hehhee:

1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori

So, jom ler bersauna ....

Nak share sket yg Sally baca kat blog zakikhan.net:

Adakah sauna membakar lemak?
Tidak. Sauna tidak boleh digunakan untuk membakar lemak walaupun ada sedikit peningkatan metabolisme ketika bersauna melainkan jika anda bersenam di dalam sauna. :D Penurunan berat badan selepas bersauna adalah disebabkan kehilangan air dalam badan yang mana perlu digantikan segera.

Adakah sauna membakar kalori?
Ya. Aktiviti seharian kita semuanya membakar kalori. Kita tidur pun bakar kalori. Badan akan cuba melawan suhu panas dengan menyejukkan badan. Ini menggunakan kalori yang agak tinggi iaitu untuk 30 minit membakar 300 hingga 500 kalori. Kalori bukan bermaksud lemak. Kalori daripada pelbagai sumber yang mana sumber pertama daripada glikogen. Jadi tak perlulah bercerita mengatakan pembakaran kalori daripada sauna lebih tinggi daripada sesetengah senaman dan menggalakan orang lain supaya jangan bersenam.

Kuang..kuang..kuang.. pokok pangkalnya... exercise.. sauna..steam.. pemakanan... semua perlu seiring.. takder jalan pintas mau kurus secara sihat... hehehehhee..



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops