Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah

Sempena cuti 4 hari ni.. Sally berjaya mengumpul 4 novel drp sumber2 Kaki Novel BSN... hehehee... So.. aper lagi... marathon Novel ler.. dr balik keje ari Jumaat lagi, Sally dah start dgn Andai Itu Takdirnya.. Novel ni direkomen oleh Kak Roy.. Dia ckp.. dia mmg tangkap leleh ler baca novel ni.. So, Sally bgtau Kak Niza.. Kak Niza dapatkan novel ni kat Popular.. harga nyer x leh mahal sgt.. dlm kategori murah ler gak RM19.90... coz biasa novel2 skrg ni RM35 ler.. RM45 ler... so.. Siti Rosmizah ni memberikan harga yang cukup murah (buat amal jugak kut) dan Sally rasa harga yang diletakkan mcm tak sesuai dgn karya sebaik itu... Thanks Siti Rosmizah. Lepas Kak Niza dah meleleh air hidung.. dia pas plak citer ni kat Sally.. So.. Sally aper lg.. tak sabar nak baca.. Jumaat mlm Sally baca smpi tido kul 2 pagi... Pagi2 Sabtu tu Sally sambung lagi lepas breakfast.. Dlm kul 10 pagi.. dah settle dah 1 novel... perghhh.. mmg terbaik ler... Sally abiskan 588 muka surat dlm masa sehari ler klu nak diikutkan... mmm... mmg x sbr nak abiskan citer ni.. tu pun Sally tahan diri drp jump kpd last page.. baca ikut flow ler.. Kenkadang Sally ni tak sbr nak tahu kesudahannya..

Sally share sket sinopsis nyer...:

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."

Apa kata Sally pasal Novel ni?

Cerita ini agak banyak bermain dengan emosi..sedih,dan sedikit gembira..cerita yang banyak menampakkan sifat EGO seorang lelaki.. Demi EGO,sanggup melepaskan Perempuan yang dia sayang, sanggup membunuh zuriatnya sendiri, dan sanggup memukul dan menghina isterinya..
 
Ketabahan Nur Aleya semestinya dapat memberikan sumber inspirasi kepada  pembaca. Kekuatan dan kesabarannya tidak ada tolok bandingnya. Walaupun, sukar untuk kita menemui insan seperti Nur Aleya ini dalam dunia nyata, namun mengapa kita tidak boleh menjadi sepertinya?

Bila dah baca half buku ni, Sally rasa benci giler dgn Zril tu... Nauzubillah klu jumpa laki mcm tu.. Tak hingin nak buat laki. kaya ke.. hensem tahap gaban ke... tak mo aku laki panas baran.. Penampar sana.. terajang sini... tak der belas kesian langsung kat pompuan.. benciiiiii.... Ikram lagi bagus... huhuuu.. Klu aku jadi Leya.. tak hingin ler.. wpun dah last2 dia insaf... tapi bg Sally.. still tak leh terima gak... Leya mmg baik.. cintanya mmg suci... tersentuh makkkk....

Watak Sharifah Emilin tu mmg gedik tahap gaban ler.. mmg menyampah giler.. bila baca gaya penulisan siti rosmizah ni.. aku terasa mcm berada di lokasi tu.. then nak penampar je pompuan tu... eeee... geram betul.. sama ler dgn mak dia tu.. Tapi scene yg dia keguguran tu.. parents dia cam tak marah ke aper plak.. pastu cam parents dia x nak ambik tahu pun saper lelaki yg buatkan anak dia pregnant.. Rasa citer ni best lg klu si Lin tu pregnant anak si faizal.. pastu dia insaf lepas pregnant dan keguguran dan tgu si faizal tu keluar penjara.. drp ending dia si Lin tu mati jer.. ad agak ler sinar kebhgian pada Lin tu...

Aku paling geram bab Leya mati tu.. dah mmg bertempayan aku nangis.. alih2 si Zril tu mimpi jer.. huhuhuu... buat org sedih terlebih jer tau Siti Rosmizah ni... tapi mmg terbaik..

Gaya penulisan Siti Rosmizah ni susah nak jangka.. Bila baca.. kita jangka benda lain.. tp benda lain yg jadi.. mmg terbaekkk.. Bab Lin perankap Zril kat kondo dia tu pun aku suka.. Bila Leya dah ada kat bilik tu nak bg surprise kat laki dia.. tp rupanya Allah tu dah gerakkan hatinya untuk menyaksikan sendiri si Lin tu cuba pasang perangkan dan dia bleh menilai yg lakinya tu betul2 dah insaf..

Lagi satu.. klu dlm drama.. watak adik Leya yg 2 org lagi tu.. mmg tak der makna ler.. Baik buat Azhar dan Aleya 2 beradik jer.. Tapi apa yg tak boleh terima apabila baca bab segala perbuatan Zril kat leya... mmg kejam tahap gaban.. wpun ending dia Aleya happy dgn Zril.. tapi Sally still tak puas hati.. Zril tu baran tahap gaban.. menakutkan.. klu jadi kat aku.. mmg nightmare smpi bila2 ler... huhuuu..

Yg paling best adalah jika dpt memiliki seorang sahabat seperti Umairah... Umi mmg best pren for ever... suka duka bersama.. best nyer dpt kwn cam dia. Dah lebih drp darah daging sendiri... Mmg patut ler dia kawin dgn Ikram.. sama2 baik.. Aleya mmg bertuah dpt kawan cam dia.. i love u Umi..

Aper2 pun .. Siti Rosmizah mmg terbaik... 8 out of 10 stars utk beliau... besttttt....

Ok guys... ada 3 novel lg nak abiskan.. Sebelum Sally buat review novel ni.. Sally dah start dgn another  novel Siti Rosmizah.. 7 hari mencintaiku... yezzaaa.. dah abis baca nnt Sally add review kat sini aku.. NOvel ni tebal sket.. cam 2 ari jer nak abiskan... huhuuuu


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops