Gong Xi Fa Cai 2012

Malaysia... rakyat berbilang bangsa.. So.. sempena Chinese New Year ni.. bukan stekat all d chinese yang bercuti.. beraya sakan... Melayu dan India pun sama gaks.. melayu yg over.. CUti seminggu terus.. bukti nyer.. jalan raya penuh sesak.. org Kelantan.. balik Kelantan.. org Johor balik Johor... almaklum ler.. cuti panjang.. masing2 ambil peluang untuk balik menjenguk kularga di kampung... satu sikap yang patut dipuji tu.. ada gak yang ambil peluang untuk membawa keluarga bercuti.. baik dalam atau luar negeri.. Sally plak... huhuhuhuuu.. sedih nak citer.. sedih ker?? Tak ler.. hubby busy shooting.. so.. Sally lepak kat umah jer.. luangkan masa dgn Adelina kesayangan.. Bleh rehatkan badan dan minda kat umah.. Peluang untuk bangun lambat.. bermalasan di sofa.. sambil baca novel.. tgk tv.. jenjalan.. shopping mopping... etc..etc... Jalan kat KL ni pun x leh jam sgt coz ramai yag dah ke luar kota untuk makan angin dan balik kg masing-masing...

Di kesempatan ni, Sally nak wish Happy Chinese New Year untuk semua warga Tiong Hua di seluruh Malaysia. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan semoga 1 Malaysia tetap dihati rakyat Malaysia. Malaysia terus aman dan damai menuju tahun 2020… cewahh.. dah ala-ala Puteri Umno gitu... hehehee... Sally ambik beluang ni nak wish CNY gak kat Jasmine, Andrew, Lee, Ahcun, Jamie, Rezz,  Heng dan kengkawan lain yg tersebut... semoga tahun Naga ni u ols lebih berjaya dan rezeki bertambah2 lagi.,.. dan semoga apa yg blum tercapai di tahun arnab yang lalu dpt dicapai pada tahun ni..

Sempena CNY ni... Sally sajer ler search camano sejarah nyer.. Untuk tambahkan pengetahuan.. So, sajer nak share dgn u ols... bg yg tak tahu lagi tu.. bleh baca kat sini:

Sejarah Tahun Baru Cina
Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Perayaan yang bersamaan dengan  permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.


Wokay... pastu Sally nak share plak gmbr Sally yg pakai cheongsam 14 tahun yang lalu.. Hehehe.. lawaks siottt...

Masa ni bday Che Su Jah... tak der kena mengena dgn CNY pun.. tapi sajer nak jadi amoi.. lawak kan.. hahahaaa...
Mmmm.. klu nak ikutkan calendar cina, Sally ni tahun rooster.. Kak Da yang lahir tahun Naga.. Kata rg yg lahir tahun naga sentiasa beroleh kekayaan dan hebat orang nyer... mmmm.. nak kaji skit.. klu tgk Kak Da.. dia sentiasa beruntung.. Tak pernah berenggang dgn Ma. Mudah didampingi.. Businesswoman yang berjaya.. Jual apa.. semua laris jer.. Restaurant nyer pun skrg bertambah maju.. Dgr kata nak tambah keter lagi.. Barang kemas tak yah citer ler... Berbelanja mcm air.. Low profile dan ramai yang menyenanginya.. love u sist...

Tahun 2012 ni merupakan Tahun Naga Air... Kak Da plak.. tak silap Naga Api.. patut ler bahang semacam jer... huhuuu... Di China, naga dikaitkan dengan kekuatan, kesihatan, harmoni dan tuah; patung naga diletakkan di atas pintu atau bumbung untuk mengusir iblis dan puaka. Dalam budaya Cina, tahun Naga paling digemari ibu bapa untuk melahirkan anak. huhuuu.. ramai ler yang nak lahirkan anak tahun ni... Sally plak??? huhuuu.. x der rezeki lagi...

Meh kita review ciri2 org lahir tahun Naga ni:

Sifat positif
Mulia, menimbulkan rasa hormat, berkarisma, bersemangat, baik hati, ramah, berkuasa, yakin, berwarna-warni, pemaaf, aktif, menyeronokkan, terus terang, ceria, spontan, suka berseronok, serba boleh, petah, suka bergaul, berdikari, mencintai kebebasan

Sifat negatif     
Tidak berhati perut, mengerah, gopoh, cerewet, angkuh, dogmatik, bongkak, zalim, tidak bertoleransi, tamak, egotis, suka bercakap besar, panas baran, tidak mudah puas hati, ganas, agresif, cuai, tidak peka

Paling serasi     
Tikus, Monyet, Ular, Ayam (patut ler kak Da dgn Sally ngam jer... )

Sederhana serasi     
Naga, Khinzir, Lembu

Tidak serasi     
Kuda, Harimau (hahaha.. Hj Sufizal x serasi dgn Naga), Kambing, Arnab, Anjing



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops