DOKTOR CINTA - DYADILA


Kalau dulu Nasha dan Neeny menjadi pembekal utama novel pada Sally.. nmpknya ada sorang lagi insan yang namanya bermula dengan huruf 'N' jugak.. mmg rezeki novel Sally daripada org bernama dgn huruf 'N" kut... hehehee... ada-ada jer... Kali ni Naim plak pembekal novel.. hehheee.. dibagi nyer 2 sekaligus.. tapi Sally memilih untuk membaca Doktor Cinta dulu... Bukan aper.. kena sedar diri ler.. dah final sem ni.. assignment melambak.. tapi masa byk terbuang dgn bernovel plak... kat opis jgn harap ler.. kerja pun byk.. balik umah.. melayan si kenit plak.. cian Adelina.. Sally start baca pada 18 Nov 2011... hari ni baru abis dowwhh.. 11 hari ler jugak. Hari ni bw adelina ke Starship Galactica kat OU, Sally ambil peluang untuk habiskan novel ni bila Nina dan Bibik main2 kat sana...

Berbalik kepada Doktor Cinta... baca sinopsis nyer sahaja dah cukup kuat magnetnya untuk Sally meneruskan pembacaan sampai ke noktah yang terakhir... OK.. 
Sally share dulu sinopsis citer dia dgn u ols:

Mazliana Haji Nordin gadis yang hidup dengan 3S iaitu simple, sempoi, sederhana yang sentiasa diamalkan dalam hidupnya. Namun kehidupannya berubah apabila terperangkap dalam lakonan sebagai tunang kepada mamat ego dan bongkak iaitu Tengku Iskandar Tengku Mazlan. Sejak menjadi tunang olok-olok Tengku Iskandar atau bos besar, hidupnya bertukar tiga ratus enam puluh darjah. Dari 3S kepada 3P iaitu pening, pelik dan porak peranda.

Mazliana : Gila ke aku jatuh cinta pada bos besar? Ingat dia hensem sangat ke aku nak jatuh cinta?

Tengku Iskandar : Cinta pertama aku hanya pada Julia Hana dan selamanya pada dia. Tapi Mazliana? Budak kelibut tu macam mana?

Zikri Alif : Kecewa tak sesakit menyintai seseorang dalam diam. Senyap adalah jawapan terbaik.

Julia Hana : Cinta memang pelik tapi cinta juga kadangkala buat aku terpaksa.

Syamin a.k.a Mimi the over : Eiii... tengok orang lain putus cinta, sekali dengan aku jangkit takut bercinta.

Cinta itu menyakitkan tapi cinta juga membahagiakan. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, yang mengindahkan kehidupan adalah cinta. Siapa Doktor Cinta? Kenapa hati ini tak henti berkata-kata yang cinta itu hanya untuknya?
Sinopsis lain yang Sally ceduk dari penggemar novel lain:
Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya... Nak tahu lebih lanjut... baca ler sendiri.. hahahaa...

Selepas novel M.A.I.D... novel ni Sally rasakan persembahan sulung terbaik bagi seorang novelis.. Kalau Suri dgn MAID..Dyadila pulak berjaya mencuri hati Sally dgn Doktor Cinta.. Bab lawak.. memang lawak giler.. Sally mengekek membacanya.. macam diri ni berada di dlm cerita.. dan gambaran yang diberikan membuatkan Sally rasa macam Mazliana adalah orang yang mmg rapat dgn Sally ... lawak giler.. happening.. baik hati... Sampaikan bab yang Sally tergelak-gelak tu.. si Kenit kesayangan.. Adelina dtg pastu tanya.."Mama, are u ok?".. hahhaaa... sambung gelak mama dibuatnyer...

Tapi ada 1 malam tu.. niat hati mmg nak habiskan.. tapi x berjaya coz mata dah bengkak.. tapi 3/4 cerita mmg tangkap leleh... menangis sakan Sally dibuatnya.. Habis basah dgn air mata.. air hidung baju kelawar yang Sally pakai.. sampai bengkak-bengkak mata... mmg sayu.. sedih.. tak tau nak cakap.. tp rasanya dah lama tak baca novel smpi menangis mcm ni.. tabik Dyadila... i really like it... 

Cuma ada sikit kekurangan jer.. banyak spelling error.. grammar error... pastu repeating word.. sampaikan satu tahap rasa mcm tgh buat proof reading plak.. Maybe Dyadila kena baca more than 10 times before publish. Coz pembaca nak ikuti cerita bukan nak betulkan ayat, betulkan spelling... tp.. oleh kerana jalan cerita yg memang menarik.. segala kelemahan boleh di'cover' lagi..

Part yang menarik hati Sally:
  • Mazliana berlakon jadi doktor kat klinik kakak dia tu.. mmg mampu buat Sally tersengih
  • Masa Zikri bgtau Mak Engku yang Mazliana ada penyakit buasir... hahahaaa...
    "Kalau macam tu bolehlah kita jumpa keluarga maz,bincang apa yang patut"

    "Tapi diorang tak boleh kahwin mak engku"

    "Kenapa pulak zik"

    "Maz sebenarnya sakit"

    "Sakit sakit apa"

    "Emmm sakit…sakit…. Hah,dia ada buasir mak engku!"

    Terkeluar sedikit air dari mulut Tengku Iskandar. Dia tersedak, mazliana?muka blur, tak ada apa-apa respon. Buasir???
  • Rahsia berlakonnya dibongkar sendiri oleh Tengku iskandar.. Pastu kena tangkap basah plak dgn Mike... aduuuyaiii.... sedih giler masa ni.. Semua kawan dan keluarga memandang seolah Mazliana telah melakukan kesalahan yang besar sampai mereka tak boleh memaafkan. Terutama bila Kak Lin pun x percaya.. sedih giler.. Nasib baik ada si Syamin yang percaya.. Kwn smpi mati betul ler si Syamin ni...
  • Mazliana menerima tamparan hebat apabila kedua ibu dan bapanya kemalangan dan meninggal dunia. Masa ni memang sedih melihatkan musibah yang telah melanda Mazliana. Sally nangis x henti masa ni..
  • Scene yg buat Sally pening... bila baca Tg Iskandar dah mati... tetiba page sebelah bgtau diorng nikah plak... Mau Sally belek 4, 5 kali page sebelum nya.. siap check urutan page lagi betul ke tak... tapi.. mmg thrill ler.. Nasib baik x mati si Is tu...klu tak mau Sally bakar novel si Naim ni.
Yang lain-lain tu korang baca ler sendiri.. mmg best giler... klu rasa nak nangis.. nak sapu air hidung dgn baju kelawar atau kain selimut... dapatkan novel ni.. best siuuuttttt....


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Birthday Eyan & Arez

Tadi we ols macam biasa akan memenuhi jemputan bday.. Fav party we ols tu.. Bukan aper.. selain bleh yum-yum.. tmpt yg paling best utk Adelina jumpa kengkawan n mix around.. Adelina mmg suka ber'party'.. ikut abah dia ler tu...

So, aper theme kali ni? Cars... Sonot bgt bila tgk Zaza hias umah dia dgn cars.. dr air mineral, khemah, alas meja hingga ler ke dlm rumah.. semua cars.. Ada pinata gaks.. best..best... tgu bday Adelina kat umah baru erk..  Mmg sesuai dgn jiwa Sally buat makan-makan dan dicampur aduk dgn kreativiti yg tak seberapa ada ni.. semua mama sanggup buat utk Adelina kesayangan.. Rasanya klu buat kat umah lg meriah.. dah 2 tahun buat kat kizsport.. mm.. x sbr nak tgu umah baru...

Ok.. berbalik pada citer bday Eyan & Arez.. Eyan 3 years.. sama Adelina.. manakala adiknya Arez baru 1 tahun... EYan dah ada adik. Adelina bila lagi???? Tungguuuu... lum sampai seru lg.. hehehee... cam nak g Mekah laks bunyi nyer... blum ada rezeki lg untuk berempat.. cewahhh.. gitu plak???

Food.. mmg marvelous.. mini burger.. spaghetti.. ada choc fountain.. my fav... etc..etc... yummy dowhhh.. So.. share with u guys pic yg Sally ambil pakai brekberi..:




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Anak mama dah nak ke sekolah..


Hari ni hubby dah g daftar our precious pearl kat Smart Reader. huhuuu.. Dah nak sekolah anak mama.. Mcm tak percaya jer.. Rasanya baru semlm mama riba Adelina yang besarnya seribaan mama.. tapi skrg adelina dah tinggi.. kalau dukung panjang smpi ke bawah lutut mama sudah.. hehhee.... dah rasa tua plak tetiba.. atau pun rasa nak no 2.. hahhaa... Mr. hubby.. are u ready??

Aper2 pun.. bergantung kepada rezeki.. we ols menerima seadanya.. Bagi mama dan abah.. we ols akan cuba buat yang terbaik untuk Adelina. Semoga Adelina menjadi anak yang soleh.. mendengar kata.. berjaya dalam hidup dan sentiasa hormat orang yang lebih tua. Amin. Love you Adelina Khayra Ahmad Sabri.. :)


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Bini-biniku Gangster

mmm.. baru je lepas tgk citer Bini-biniku Gangster... Dan.. 1st time tgk citer online.. and its free.. yeehaa.... walaupun kualiti x brapa elok.. tp boleh ler.. kategori citer yg x yah tgk kat wayang.. opss... klu u ols nak tgk gak.. leh tgk kat sini: http://beritamaster.blogspot.com

Mula-mula Sally browse kat youtube.. tak jumpa plak.. bila google.. kuar lak website tu.. bagus gak.. kata org Sharing is Caring.. tapi aper plak citer caring utk penerbit dan pengaranh nyer?? mmm.. maybe dia upload lepas tayangan kat wayang kut...

Mai kita baca sinopsis citer dulu. Sally copy dr satu blog lain:

Bini Biniku Gangster Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.

Apa kata Sally?
Nasib baik aku tak tgk wayang... hehehe... opss.. jahat nyer mulut. Bukan aper.. cerita agak mendatar.. penguat citer cuma ada si Sam tu jer.. Lakonan dia mmg ok ler.. tapi yg lain tu cam menghampakan jer.. Tahu ler versi lawaks.. tapi cam gangster2 lain tu cam badut pun ada.. tak memberangsangkan langsung.. Nak kata lawak.. tak jugak.. tak 1 scene pun yang sally tergelak.. keras hatikah aku?? ke.. lawak yang tak sampai?

Scene gaduh? Ok ler.. tak der plak nmpk pukul angin ke aper.. tapi jalan citer agak membosankan. Mmg berbaloi tgk kat interent jer... Bukan aper.?? Tak der ler bila org berckp pasal citer ni.. Sally nga-nga jer.. Sorry ler pengarah.. penerbit.. bleh bagi 4 out of 10 stars.. huhuuu...

Lagi satu, Mat Saja tu.. tak menjadi ler.. punahhhh..


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Demam pulak..

Hari ni Sally relax kat umah jer. Dari 2 hari lepas rasa x sedap badan.. Sengal-sengal.. tapi bila pikir ada kerja yg nak kena settle kat opis.. Sally gagahkan diri gak pegi opis.. Tapi semlm, rasa mcm x leh nak tahan sgt. Ingat antibody kuat lagi... tapi cam tak tertahan ler plak..

Balik jer dari opis, Sally ke Klinik Suren yang terletak di Keramat AU2. Wpun ada klinik kat area rumah ni, tapi tak tahu kenapa nak ke Klinik Suren jugak.. Dah serasi kut... So, doktor cek.. kasi ubat... Sally drive balik..

Hari ni, mmg lepas makan.. makan ubat.. tidur.. Cuba asingkan diri dari Adelina.. kut berjangkit plak.. Ubat selsema yang doktor bagi tu.. mmg ngantuk giler.. lepas breakfast Sally makan... pastu relax jap depan tv.. masuk bilik tidur.. bangun pukul 4ptg... Mak aiii... Bangun ni rasa cam ok sket.. Demam dah baik.. cuma selesema yang belum ok lagi..

Sally telan ubat, Adelina cakap.."Good Girl mama" sambil tepuk bahu Sally... hahahaaa.... kalau turn dia yang makan ubat.. Mau bergegar apartment ni...



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Happy 1st Birthday Khalif

Today is Khalif's 1st Bday. Around 5pm we ols smpi kat Bukit Jalil. Tetamu dah ramai... Adelina sampai jer tidur plak.. So, mama letak dulu kat bilik Myra. Mama turun bertemu dgn sedara mara. Aneka juadah yang disediakan... Cam biasa.. Kak Emi mmg well organized the party. Siap ada van ice cream.. van gerai cendol dan rojak.. Tak cukup dgn itu.. ada cupcakes, roti jala, laksa johor, bihun, chicken wings, etc...etc...

Mama tgh makan, Adelina bangun .. tak puas tidor laks.. cam biasa.. ngamuk jap.. pastu dah ok dah... Tetiba kuar 2 mascot Mickey and Minnie.. yeaaa... Kak Emi threw a Mickey themed bday party to little Khalif.. dah terasa cam disneyland ler plak.. bday boy pun pakai costume mickey... cupcakes pun mickey.. I thought the birthday cake for the party was really cute too... cam disney clubhouse.. wonderful cake.. fondant icing... nice...

Adelina lak tetiba takut plak kat mickey.. tak mo ambik gmbr sesama... mama lak yang paksa...  heheheee...mmm... cam biasa.. sesi bergambar ler byk.. Mama tak lepas peluang utk bergmbr dgn Kak Nina.. wpun setiap kali event umah abg, Kak Nina mesti ada punyer... tapi.. mmm.. cam my idol ler.. nak body cam dia.. maintain...

we ols tak lama kat situ coz esok mama ada kelas.. Nak balik siapkan assignment utk submit esok... so, share with u ouls some great pics:



opss.. lupa lak... masa bday tu.. Olivia pelakon dr Indonesia yg berlakon salah 1 citer arahan abg pun datang.. So, bibik ku.. excited giler.. siap pergi jumpa dan minta bergambar lagi... aper2 la bibik.. janji ko puas hati and happy.. dan yg paling penting jaga adelina elok2..  ni ha gambar diaorng .. :)



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Bila badan dah naik lemak...

Sejak dua tiga menjak ni.. kesedaran ttg kewujudan lemak degil di segenap angle badan amat terasa. Almaklumla bila pakai baju pun rasa fit semacam jer.. dr baju yg biasa jer.. dah jadi baju sexy plak.. huhuuu...

Bermula dengan lamaran Najwa Bloomwood untuk jogging.. Sally telah mengatur strategy baru. Akan ku habiskan semua ubat2 kurus yang berada dalam cabinet di dapur. Dah lama tak telan. Semlm, 1st day jog, 1 round jer babe.. dah nak semput rasanya.. Takper... gud start. Mlm nyer.. hanya minum segelas Nestle Bliss. Mak aiiii... diet ler konon... dah hantu Bliss punnn...


Hari ni, pagi tadi aku hanya makan kuih mak cik seha.. bukan seketul... bukan 2 ketul... tapi 5 ketul.. hahhaaa... 2 cek mek, 1 keria dan 2 kuih bom.. hahahaa... lunch time plak... baru jer niat nak puasa nasi cam dulu.. hampir 3 bulan tak sentuh nasi.. tapi.. apakan daya.. perut berkeroncong... aku join Kama makan nasi asam pedas... mak aiiiii.. x leh tahan... pastu siap beli jemput2 dan goreng pisang untuk tea time.. hahahaa...

Ptg tadi, misi jogging masih diteruskan. Hari ni, bukan berdua.. tapi berempat... dari 1 round.. we ols dah buat 2 round hari ni.. walaupun separuh jog.l. separuh walk... wakakaka... pastu yang best nyer.. settle 2 round.. ada laks kawan sampai ke syurga sorang ni baik hati laks hari ni pi belanja Coffee Bean,... Mocha Ice Blended 1..... huhuhuuu.... hancus...

Takper laa.. at least seimbang.. ad agak waktu berpeluh nyer... Balik umah, pekena 1 sachet fiber De Bella. Kaki dah mula tegang urat.. Sambil berblog... minta bibik massage sket.. best gak berblog sambil bermassage ni.. hehheee... ok guys... tgu entri Sally nxt time... muahsss...


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops