mmm.. baru je lepas tgk citer Bini-biniku Gangster... Dan.. 1st time tgk citer online.. and its free.. yeehaa.... walaupun kualiti x brapa elok.. tp boleh ler.. kategori citer yg x yah tgk kat wayang.. opss... klu u ols nak tgk gak.. leh tgk kat sini: http://beritamaster.blogspot.com
Mula-mula Sally browse kat youtube.. tak jumpa plak.. bila google.. kuar lak website tu.. bagus gak.. kata org Sharing is Caring.. tapi aper plak citer caring utk penerbit dan pengaranh nyer?? mmm.. maybe dia upload lepas tayangan kat wayang kut...
Mai kita baca sinopsis citer dulu. Sally copy dr satu blog lain:
Bini Biniku Gangster Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.
Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.
Apa kata Sally?
Nasib baik aku tak tgk wayang... hehehe... opss.. jahat nyer mulut. Bukan aper.. cerita agak mendatar.. penguat citer cuma ada si Sam tu jer.. Lakonan dia mmg ok ler.. tapi yg lain tu cam menghampakan jer.. Tahu ler versi lawaks.. tapi cam gangster2 lain tu cam badut pun ada.. tak memberangsangkan langsung.. Nak kata lawak.. tak jugak.. tak 1 scene pun yang sally tergelak.. keras hatikah aku?? ke.. lawak yang tak sampai?
Scene gaduh? Ok ler.. tak der plak nmpk pukul angin ke aper.. tapi jalan citer agak membosankan. Mmg berbaloi tgk kat interent jer... Bukan aper.?? Tak der ler bila org berckp pasal citer ni.. Sally nga-nga jer.. Sorry ler pengarah.. penerbit.. bleh bagi 4 out of 10 stars.. huhuuu...
Lagi satu, Mat Saja tu.. tak menjadi ler.. punahhhh..
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
0 comments:
Post a Comment