DOKTOR CINTA - DYADILA


Kalau dulu Nasha dan Neeny menjadi pembekal utama novel pada Sally.. nmpknya ada sorang lagi insan yang namanya bermula dengan huruf 'N' jugak.. mmg rezeki novel Sally daripada org bernama dgn huruf 'N" kut... hehehee... ada-ada jer... Kali ni Naim plak pembekal novel.. hehheee.. dibagi nyer 2 sekaligus.. tapi Sally memilih untuk membaca Doktor Cinta dulu... Bukan aper.. kena sedar diri ler.. dah final sem ni.. assignment melambak.. tapi masa byk terbuang dgn bernovel plak... kat opis jgn harap ler.. kerja pun byk.. balik umah.. melayan si kenit plak.. cian Adelina.. Sally start baca pada 18 Nov 2011... hari ni baru abis dowwhh.. 11 hari ler jugak. Hari ni bw adelina ke Starship Galactica kat OU, Sally ambil peluang untuk habiskan novel ni bila Nina dan Bibik main2 kat sana...

Berbalik kepada Doktor Cinta... baca sinopsis nyer sahaja dah cukup kuat magnetnya untuk Sally meneruskan pembacaan sampai ke noktah yang terakhir... OK.. 
Sally share dulu sinopsis citer dia dgn u ols:

Mazliana Haji Nordin gadis yang hidup dengan 3S iaitu simple, sempoi, sederhana yang sentiasa diamalkan dalam hidupnya. Namun kehidupannya berubah apabila terperangkap dalam lakonan sebagai tunang kepada mamat ego dan bongkak iaitu Tengku Iskandar Tengku Mazlan. Sejak menjadi tunang olok-olok Tengku Iskandar atau bos besar, hidupnya bertukar tiga ratus enam puluh darjah. Dari 3S kepada 3P iaitu pening, pelik dan porak peranda.

Mazliana : Gila ke aku jatuh cinta pada bos besar? Ingat dia hensem sangat ke aku nak jatuh cinta?

Tengku Iskandar : Cinta pertama aku hanya pada Julia Hana dan selamanya pada dia. Tapi Mazliana? Budak kelibut tu macam mana?

Zikri Alif : Kecewa tak sesakit menyintai seseorang dalam diam. Senyap adalah jawapan terbaik.

Julia Hana : Cinta memang pelik tapi cinta juga kadangkala buat aku terpaksa.

Syamin a.k.a Mimi the over : Eiii... tengok orang lain putus cinta, sekali dengan aku jangkit takut bercinta.

Cinta itu menyakitkan tapi cinta juga membahagiakan. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, yang mengindahkan kehidupan adalah cinta. Siapa Doktor Cinta? Kenapa hati ini tak henti berkata-kata yang cinta itu hanya untuknya?
Sinopsis lain yang Sally ceduk dari penggemar novel lain:
Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya... Nak tahu lebih lanjut... baca ler sendiri.. hahahaa...

Selepas novel M.A.I.D... novel ni Sally rasakan persembahan sulung terbaik bagi seorang novelis.. Kalau Suri dgn MAID..Dyadila pulak berjaya mencuri hati Sally dgn Doktor Cinta.. Bab lawak.. memang lawak giler.. Sally mengekek membacanya.. macam diri ni berada di dlm cerita.. dan gambaran yang diberikan membuatkan Sally rasa macam Mazliana adalah orang yang mmg rapat dgn Sally ... lawak giler.. happening.. baik hati... Sampaikan bab yang Sally tergelak-gelak tu.. si Kenit kesayangan.. Adelina dtg pastu tanya.."Mama, are u ok?".. hahhaaa... sambung gelak mama dibuatnyer...

Tapi ada 1 malam tu.. niat hati mmg nak habiskan.. tapi x berjaya coz mata dah bengkak.. tapi 3/4 cerita mmg tangkap leleh... menangis sakan Sally dibuatnya.. Habis basah dgn air mata.. air hidung baju kelawar yang Sally pakai.. sampai bengkak-bengkak mata... mmg sayu.. sedih.. tak tau nak cakap.. tp rasanya dah lama tak baca novel smpi menangis mcm ni.. tabik Dyadila... i really like it... 

Cuma ada sikit kekurangan jer.. banyak spelling error.. grammar error... pastu repeating word.. sampaikan satu tahap rasa mcm tgh buat proof reading plak.. Maybe Dyadila kena baca more than 10 times before publish. Coz pembaca nak ikuti cerita bukan nak betulkan ayat, betulkan spelling... tp.. oleh kerana jalan cerita yg memang menarik.. segala kelemahan boleh di'cover' lagi..

Part yang menarik hati Sally:
  • Mazliana berlakon jadi doktor kat klinik kakak dia tu.. mmg mampu buat Sally tersengih
  • Masa Zikri bgtau Mak Engku yang Mazliana ada penyakit buasir... hahahaaa...
    "Kalau macam tu bolehlah kita jumpa keluarga maz,bincang apa yang patut"

    "Tapi diorang tak boleh kahwin mak engku"

    "Kenapa pulak zik"

    "Maz sebenarnya sakit"

    "Sakit sakit apa"

    "Emmm sakit…sakit…. Hah,dia ada buasir mak engku!"

    Terkeluar sedikit air dari mulut Tengku Iskandar. Dia tersedak, mazliana?muka blur, tak ada apa-apa respon. Buasir???
  • Rahsia berlakonnya dibongkar sendiri oleh Tengku iskandar.. Pastu kena tangkap basah plak dgn Mike... aduuuyaiii.... sedih giler masa ni.. Semua kawan dan keluarga memandang seolah Mazliana telah melakukan kesalahan yang besar sampai mereka tak boleh memaafkan. Terutama bila Kak Lin pun x percaya.. sedih giler.. Nasib baik ada si Syamin yang percaya.. Kwn smpi mati betul ler si Syamin ni...
  • Mazliana menerima tamparan hebat apabila kedua ibu dan bapanya kemalangan dan meninggal dunia. Masa ni memang sedih melihatkan musibah yang telah melanda Mazliana. Sally nangis x henti masa ni..
  • Scene yg buat Sally pening... bila baca Tg Iskandar dah mati... tetiba page sebelah bgtau diorng nikah plak... Mau Sally belek 4, 5 kali page sebelum nya.. siap check urutan page lagi betul ke tak... tapi.. mmg thrill ler.. Nasib baik x mati si Is tu...klu tak mau Sally bakar novel si Naim ni.
Yang lain-lain tu korang baca ler sendiri.. mmg best giler... klu rasa nak nangis.. nak sapu air hidung dgn baju kelawar atau kain selimut... dapatkan novel ni.. best siuuuttttt....


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops