Kau Milikku - Aisha Hamza


Novel ni pun Sally pinjam dari Naim. Hari tu terus pinjam dua.. dah abis Doktor Cinta.. gap jap sebelum start baca novel ni. Sally start baca 3 Nov 2011 dan ambil masa selama 9 hari untuk habiskannya. Bukan sebab tebal ker paer.. coz dia 702 pages shj.. nak kater sibuk tak jugak coz sally bercuti 10 hari sempena Raya Haji.. Sally bawak balik Kelantan gak novel ni... tiada reason utk habiskan in a day.. cuma ceritanya tak berapa 'kick'.. agak meleret Sally rasa.. so, motivasi untuk baca tu kureng sket. Tapi.. once start.. kena ler finishkan.. Boleh ler.. Sally bg 6 out of 10. Sorry Aisha Hamza..

Kat sini, Sally share sinopsis citer ni dgn u ols..
Dizyan Farhana, seorang gadis yang memiliki rupa paras yang menawan tetapi disebabkan badannya yang gempal, dia selalu dijadikan bahan usikan teman-teman sekolah. Tidak terkecuali juga Fezrull Faizal. Bermacam perkara yang dilakukan oleh Faizal dan ahli kumpulannya.

8 tahun berlalu, tanpa disengaja, Faizal dan Dizyan bertemu lagi. Tetapi kali ini di tempat kerja di mana Faizal lebih berkuasa. Demi dendam lama yang masih belum padam, Dizyan disuruh bekerja sebagai pembantu rumah di banglo milik keluarganya. Tanpa disangka, terjadi satu peristiwa yang mendesak mereka untuk bersatu sebagai suami isteri. Adakah penyatuan mereka sebagai suami isteri mampu meleraikan ikatan permusuhan yang terjalin sedari mereka kecil lagi?

Adakah wujudnya Ku Zhety sebagai ‘kekasih’ Faizal menyebabkan Dizyan merasa jauh hati atau sebaliknya? Mulanya kebencian dan penindasan semata kemudian akhirnya kerinduan dan kasih sayang bercambah sedikit demi sedikit walaupun pelbagai badai datang melanda. Tetapi, kisah hitam yang terjadi kepada Dizyan menghalang hati mereka bersatu. Lebih sadis apabila bahtera rumah tangga yang dibina musnah tanpa sempat kebenaran dibongkar. Faizal dengan cemburu dan egonya, Dizyan dengan sabar dan redanya. Adakah mereka akan kembali bersatu membina keluarga yang sempurna?

Wokay.. nak share sket aper yg Sally baca.. selebih nyer u ols g ler beli.. Bukan ler tak besh sgt.. Kategori boleh ler....
Pada peminat cerita kahwin paksa bolehlah dapatkan novel ini buat koleksi anda. Mungkin temanya kelihatan biasa tetapi si penulis ada sentuhannya sendiri. Walaupun sebab asal pernikahan agak klise tetapi idea yang dilontarkan amat berbeza. Jadi ia menyebabkan cerita ini lebih memorable berbanding cerita kahwin paksa yang lain.

Dizyan dan Faizal ni memang tak sebulu sejak sekolah. Dizyan memang ada hati dengan Faizal ni tetapi dek kerana badannya yang agak gempal, dia menjadi bahan ejekan Faizal dan rakannya terutamanya Aneeq. Dizyan nampak seperti mudah dibuli tetapi cukup berani melawan. Mungkin kerana tak tahan lagi dibuli Dizyan mula menyerang balas. Faizal dan rakan-rakannya disabatoj. Di hari terakhir persekolahan Faizal cuba menganiaya Dizyan tetapi tak sangka kejadian buruk tu betul-betul menimpa. Sudahnya Faizal betul-betul menyelamatkan Dizyan. Hubungan keduanya terputus setakat itu.

Dizyan melanjutkan pelajarannya ke Australia. Di sana dia bertemu dengan Aneeq. Namun Aneeq kini jauh berbeza dengan Aneeq yang suka membulinya dulu. Tak siapa tahu sebenarnya yang Aneeq ni sukakan Dizyan. Semua perbuatannya dahulu tu kerana inginkan perhatian daripada Dizyan. Aneeq kini mula memasang strategi, cuba mencuri hati Dizyan. Malangnya satu tragedi berlaku. Aneeq yang dianiaya dan Dizyan turut dapat tempiasnya. 

Dizyan kembali ke tanah air. Dia akhirnya diterima bekerja sebumbung dengan Faizal dan Aneeq. Faizal yang rupanya masih berdendam memasang perangkap. Dizyan memang bekerja di bawahnya tetapi bukan di pejabat tetapi bekerja sebagai orang gaji Faizal. Yang pelik tu si Dizyan ni mudah pula nak mengikut. Kalau aku la, dah lama cabut.

Dizyan akhirnya macam kembali di zaman dulu. Kena buli dan dipermain-mainkan oleh Faizal. Suatu hari mereka tertangkap basah ketika hanya tinggal mereka berdua saja di rumah. Perbincangan membawa kepada satu kata sepakat iaitu menikahkan mereka demi menyelamatkan maruah keluarga.

Pada mulanya memang sukar untuk Faizal menerima kenyataan. Tetapi tanpa Faizal sedari dia sebenarnya amat mengambil berat akan hal Dizyan. Sudah pandai cemburu dan bimbang. Sudahnya dia sendiri yang keliru. Sayangnya Faizal menerima beberapa keping gambar Dizyan dan Aneeq dalam keadaan yang memalukan. Faizal bengang. Dia end up dengan meniduri Dizyan lalu menceraikannya.

Aneeq yang tahu Dizyan kembali solo cuba merapati. Tetapi Dizyan masih terkenangkan Faizal, maka dia menolak. Kerana kasih dan kasihan, Aneeq menceritakan hal yang sebenar. Dizyan yang kecewa membawa diri ke Australia untuk menyambung pelajarannya. Faizal pulak tak mencari Dizyan kerana menyangka dia sedang bahagia bersama Aneeq. Kepulangan Dizyan bertahun selepas itu membuka lembaran baru. Tanpa diduga dirinya diintai oleh bekas suami. Dia balik kat suaminya??? opsss.. baca ler sendiri erk..

Cau cin cau...



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops