Beijing Trip

Dah berhari2 tinggal blog... sally gabungkan kesemuanya dalam satu blog.. aper yg terjadi????

25 May 2010
Penat ke PD tak hilang lagi, malam tadi Sally dah kemas untuk ke Beijing. Pack brg yg mana patut. Bag bawak 3, baju nya separuh bag jer.. 2 bag kosong disediakan. Duit Yuan baru jer tukar tadi. Mak cik kayo… RMB 4000 di bawa sebagai bekalan shopping disana. RM2000 jer laa… Senang nak kira duit yuan ni… tak kompius cam gi Bandung coz duit nya 2 kali ganda duit kita jer… List barang2 nak beli semua dah dibuat. Tak sabar nak pergi mlm ni. Hubby yang akan hantar ke airport.

Day 1: 26 May 2010
Tepat jam 12.20 pagi, we all bertolak ke Beijing bersama penerbangan MAS MH 370. Perjalanan memakan masa selama 6 jam. Berada di dlm flight.. mcm biasa.. boring.. kematu.. sakit pinggang… semua ada. Sally duduk bersebelahan Kak Yu. Berborak-borak, bertukar-tukar cerita.. mengumpat.. semua ada.. tapi 6 jam masih terasa begitu lama. Hidangan Pertama dr MAS adalah sandwish.. Tak bleh nak telan babe..  Not my taste.. Minum fresh orange jer laa… Then.. sambung borak lagi.. Bertukar-tukar cerita branch N.9 dan HQ.. Sampai satu tahap.. mata pun pejam… Sally dikejutkan oleh steward utk hidangan ke dua. Sally memilih untuk makan sosej + omelet. Boleh tahan ler.. Habis sepinggan. Jam 4am, suasana di luar fligh dan terang benderang. Ibarat pukul 8 pagi.
Tepat jam 6.35 pagi, flight mendarat di Airport Capital Beijing. Beijing mempunyai 3 terminal besar. Dan kami tiba di Terminal 2. Sampai jer di airport, sally nak terkucil. Masuk toilet.. alamak.. tak der hose babe.. cam no nak cebok ni… Toilet mmg bersih.. berkilat.. tapi cebok tak der.. Terpaksa ler aku keluar balik dan dptkan mineral water kat bag. Isi air dan baru ler bleh sambung hajat.. Nasib baik hajat kecik jer.. kalau hajat besar… mana cukup air mineral water kecik tu … hu..hu…
Hampir 1 jam urusan di airport, kami dijemput oleh wakil tour agent di Beijing. Terry merupakan wakil tour agent (Halal Tour). Terry fasih berbahasa Indonesia manakala driver mmg sepatah perkataan Melayu pun tak tahu. Kami dibawa menaiki bas. Seramai 25 org menyertai rombongan kali ni.
Kami terus dibawa ke hotel. Kami menginap di hotel Shenfeng  (3 star hotel). Perjalanan ke hotel memakan masa ½ jam dari airport. Sepanjang perjalanan ke hotel, Terry menerangan serba sedikit mengenai Beijing. Sekarang Beijing adalah musim bunga. Penghujung musim bunga. Cuaca agak sejuk dan berangin. Seperti di Cameron Highland. Kiri Kanan penuh dengan bunga. Cantik sangat. Cuaca 25 – 30oC. Just nice untuk Jalan-jalan. Tak der ler berpeluh ketiak… J Beijing is a wonderful city. It is much cleaner  and modern (while maintaining its historic sites) than I had anticipated.
Keadaan di kota Beijing agak sibuk. Banyak kereta dan keadaan di sana sama seperti KL. Pick hour memang jam jugak. Tapi yang best nyer, jalan raya nyer agak besar. Sampai 6 lanes. Bandar Beijing dikelilingi oleh tasik buatan. Mmg cantik tapi air nyer tak ler bersih sgt.. Ada satu part tu, we all tgk siap ada org mandi lagi kat tgh2 bandar tu. Menurut Terry, mmg ler salah mandi kat situ, kalau nmpk dek polis, mmg kena tangkap, tapi ada gak yang mandi. Coz susah dpt air kat Beijing. Sampai jer di hotel.. urusan check in dsb… sally satu bilik ngan Kak Baeiah.. Bilik hotel ok.. 1 queen bed dan 1 single bed. Kak Baeiah volunteer nak single bed.. aku apa lagi.. mengiyakan jer laa… boleh ler berguling2 kat queen bed sorang2. Bilik air pun ok… pendek kata condition ok ler. Kami diberi masa 3 jam untuk tidur, mandi2.. bersiap untuk meneruskan 1st day trip di kota Beijing. We all tak tidur pun.. duk borak2.. pastu terus bersiap dan turun tunggu kengkawan lain kat lobby.
Destinasi Pertama adalah makan tengahari. Kami dibawa ke satu restaurant halal. Restaurant halal di Beijing mesti kaler hijau. Tulisan arab mmg ler nak kena ada. Makanan memang sedap. 1st day we all dihidangkan hampir 8 lauk pauk. Tapi pinggan yang dibagi kecik yg amat.. Bukan pinggan… piring.. So.. makan sekadarnya.. Nasi cam biasa.. sikit jerk.. makan lauk pauk yg byk… burppp…
Setelah perut di isi.. kami dibawa ke Masjid Nan Dou Ya…
We all berpeluang untuk menunaikan sembahyang Zohor di masjid ini. After sembahyang, we proceed to Forbidden City. Forbidden City ni merupakan kediaman lama Empayar Cina..The palace was built between 1406 and 1420, but was burnt down, rebuilt, sacked and renovated countless times, so most of the architecture you can see today dates from the 1700’s and on wards. The Forbidden City was the seat of Imperial power for 500 years, and is now a major tourist attraction in China. Melawat Forbidden City is like you were walking into a history textbook with all of the spectacular architecture and statues. Kami mengambil masa lebih kurang 2 jam ½ dari pintu Selatan ke pintu Utara. Before masuk pun Terry dah bgtau.. saper2 yang tak larat.. boleh terus naik bas.. dan tunggu di pintu Utara…coz.. perjalanan agak jauh.. Tapi.. once u dah sampai China…agak rugi ler kalau tak melawat.. kan..kan… Forbidden City mempunyai 3000 bilik gundik.. bayangkan… byk nyer gundik maharaja… we all jugak melawat bilik pemilihan gundi… Hari2 ada pemilihan gundik.. so.. pendek kata Maharaja dpt yg baru jer laa….huu…huu..
After that… we proceed to Tian An men Square.. Ada screen besar kat sini…Our tour guide had a photographer take a picture of our whole group in front of the gate. That evening, Terry took orders for the picture and a Tian An men Square book for 100 yuan bersamaan RM50.. hu..hu.. mahal suit… sally tak beli pun… ada gak makcik2 yg beli.. kenangan…

Lepas tu.. we all proceed ke Fresh Water Pearl Center. Kat sini bermulalah episode membeli belah… Sally blum start lagi.. Sally rasa pearlnya agak mahal dan tak ler berkualiti sgt… Kata org kat Sabah lagi lawa… Promoter kat situ ada gak tunjuk.. dia bukak satu oyster... ada lebih 50 biji pearl dlm satu fresh water oyster yang berumur lebih kurang 4 tahun.. lagi tua… lagi besar pearl tu..dan lagi mahal…
Lepas shopping pearl.. we all pergi makan malam.. after that we all di bawa ke Pertunjukan akrobatik cina… pergh… memang mengagumkan… Kat sini baru la Sally berkesempatan untuk beli no phone China dan bleh call back to Malaysia… Tak update status lagi kat my hubby… hu..hu.. Asal Sally tak roaming??? Ntah ler.. sally lebih suka beli no Negara lain kalau melancong drp roaming coz org kata roaming ni lagi mahal… both side kena caj.. Tapi starter pack China agak mahal jugak 150 yuan yg bersamaan RM75… tapi air time Cuma bernilai RM20 jer… mahal giler.. berbanding di Bandung…

Lepas pertunjukan acrobatic.. we all pun balik hotel dan tido….

Day 2: 27 May 2010
After breakfast..(Scary breakfast at hotel cafĂ©).. yark….tak ader aper yg boleh ditelan selain roti dan telur… dan satu lagi yg boleh dimakan adalah ubi rebus.. the rest… mmg kembang pipi nak telan.. Sally pun tak faham kenapa diaorg tak sediakan menu yg boleh ditelan oleh kita rakyat Malaysia coz majority yg menginap kat situ adalah Malaysian… Patutnya blajar ler bahasa melayu ke.. English ke… ni satu patah haram pun tak tahu…nasi goreng yg dia hidang pun lembik dan tawar… kubis jeruk mmg sentiasa ada.. eee.. nak muntah sally…Roti pulak.. sejuk.. terus dr peti sejuk dan tak der toaster.. pakai majerin biasa plak tu.. majerin timbang ler… goreng telur plak dah mcm bleh buat kuah minyak nyer… aper2 pun telan jer laaa…..
Lepas breakfast.. we all memulakan perjalanan.. Naik bas lagi.. Bas tak kan pasang air cond kalau tak Jalan.. walaupun penuh org kat dalam.. mmg jimat betul.. 1st destination for 2nd day is Jade Center.. We all di bawa ke Jade Museum.. Memandangkan Jade Museum ni di bawah government dan kononnya dijamin ketulenannya.. Sally dah terpengaruh untuk membeli satu set Jade… Subang + Cincin + Rantai dan Loket Jade.. design dia lawa sangat.. Harganya??? Mmm… 1800 yuan.. kopak den.. tapi tak per puas hati… then 1 subang 780 yuan untuk my lovely mother in law…
Lepas jade… we all ke kilang Kristal pulak.. Kat sini lagi satu tmpt gilaa…. Gila shopping.. Mcm2 kristal.. padahal kat Malaysia pun bleh dpt.. tapi dah rambang mata.. semua makcik-makcik termasuk sally sekali… shopping Kristal gak.. Sally beli 3 bentuk cincin Kristal yang bernilai 140 yuan setiap satu setelah di bargain...biasanya dia akan bagi up to 20% discount…sally beli satu untuk mama, satu untuk sally dan satu lagi utk kak da… Dan satu bentuk cincin Kristal 500 yuan untuk my lovely hubby.
Then.. we all dibawa melawat ke Medical Cream Center. Kat sini, ramai makcik-pakcik yg terpengaruh dan spend beratus2 untuk beli ubat, gelas, gelang, bantal.. yg kononnya dapat membantu peredaran darah dsb. Tak siapa tahu akan keberkesanannya.. Harap2 ok la… klu tak cian makcik-pakcik yg berhabis kat situ… Ada satu cream tu.. lupa dah nama dia.. diaorg buat demo. Wanita cina ni pegang besi panas smpi melecur tgn dia… pastu sapu that cream.. Tak smpi 15 minit.. tgn dia dah licin spt biasa tanpa meninggalkan sebrg parut… fuuuyoo…. Ramai yg beli cream tu…RM180 klu tak silap sally.. pastu Cangkir batu smpi RM400 babe.. hu..hu.. cangkir tu diperbuat drp batu yg dikatakan mmg ada power untuk membantu peredaran darah dan membuang toksik dlm badan… ramai gak yg beli…sally tak melabur pun kat sini…
Kemudian.. kami bertolak untuk makan tengahari di salah satu restaurant muslim terkenal di Beijing. Xin Jiang Muslim Restaurant. Tmpt makan dia luas sgt.. kat tingkat atas… Kat tingkat bawah ada kedai souvenir dan juga kilang membuat pasu dan tembikar cina…. Tapi brg souvenir kat sini mmg mahal gila… klu u ols pergi.. duit tu tak yah membazir kat sini.. tgu shopping kat pasar… biasanya hari last baru diorg bawak gi pasar…
Then, our second day of touring included the Great Wall at Badaling. After shopping Jade & Crystal..makan2.. perut dah kenyang then we proceed to Great Wall of China…Climbing the Great Wall is something I will never forget. It definitely wasn't easy especially considering how cold and windy it was dan hujan renyai-renyai, but we still enjoyed everything about it. The other people in our tour group helped make things even more interesting. It's fun going with a group because we can create new memory with new people..and enjoy together in a new country.. Bergambar dan mendaki tiap-tiap anak tangga di Great Wall tu seakan memberitahu pada diri Sally sendiri.. oohh… macam mimpi Sally dah sampai ke salah satu antara 7 keajaiban dunia….Alhamdulillah… Tapi bila melepasi 1st station kat great wall tu… lutut dah rasa ketaq… gerun pun ada.. terniat gak dalam hati.. kalau aku mati tergolek kat sini mcm mana agaknya.. Tapi.. butir-butir zikir tak lepas dari bibir munggil ini… takut tau… buat licin ke aper ker… dah ler hujan renyai-renyai… tapi sally gagahkan diri.. untuk sampai ke 2nd station.. Cukup ler smpi situ sahaja… Takut babe.. curamnya.. licinnya.. hanya yang dah pergi boleh merasakannya.. Tapi Sally salute kat Kak Aisyah.. salah seorg peserta rombongan.. umurnya dah menjagkau 50an++.. dah nak pencen pun.. tapi dia boleh sampai ke 2nd station mcm sally.. Sungguh kuat stamina Kak Aisyah…
Lepas dah penat mendaki.. we all dinner kat satu lagi restaurant muslim di Beijing.. Masa ni dah tak boleh nak telan dah… Makan nasi putih & sayur je byk.. lain2 dah tak boleh masuk dah… rasa nak muntah pun ada.. lauk pauk dia seakan sama saja kat semua kedai.. dan mmg berminyak… Sally dah tak selera nak makan…
Then.. we all balik dgn membawa seribu kenangan dan kepenatan setelah mendaki Great Wall of China…
Day 3: 28 May 2010
After breakfast at hotel, we proceed to our next destination… Summer Palace. The Summer Palace was a place I had not known of previously. It was nice enough but probably would be the most beautiful during the summer time. The Summer Palace was originally a royal garden and a temporary dwelling palace for emperors of Qing Dynasty. Basically.. bila summer.. maharaja akan ke Summer Palace coz cuaca kat sini mmg sentiasa sejuk dan nyaman…
The Summer Palace in northwest sub urban Beijing is the largest and most complete imperial garden existing in China. Just a note: one can walk or take a dragon boat across Kunming Lake. The boat ride was not included as part of the tour.
Bergambar bagai… berposing bagai… we all proceed to the next destination which is Pusat Sutera… Tempat yg ditunggu-tunggu… Sesampai jer.. we all diberi penerangan tentang sutera.. ulat sutera…etc… Sally tak berminat pun nak dgr… Tgk sekeliling.. tetiba terpandang gambar Tun Mahathir berpakaian tradisi China… ooo… Tun pun pernah ke sini…
Tingkat bawah dipenuhi dengan comforter set.. semua silk… fuhhh… kalau dpt beli satu.. alangkah best nyer tido… Coz.. x berkemampuan lagi.. sally batalkan niat nak beli set cadar + comforter yg diperbuat drp silk.. Tak payah basuh… baunya sentiasa wangi.. lembut plak tu… tapi.. apakan daya.. harga satu paling murah pun 1800 yuan.. hu..hu.. Sally proceed ke tingkat atas.. Di atas.. ada bermacam kain sutera.. design nyer tak ler lawa sgt.. tapi suteranya mmg berkualiti.. lembut sangat.. lain dengan sutera yg dibeli di Kelantan or Terengganu…Sally beli 3 pasang untuk diri sendiri.. sepsg untuk mama, sepsg utk kak da dan sepsg untuk mak cik dah.. harganya dari 240 yuan hingga beribu-ribu yuan..
Lepas dah berhabis duit shopping sutera, we all proceed to Pusat Perubatan Tradisional Cina… Kat sini, we all dah diberi peringatan supaya tidak byk terpengaruh dengan promosi diaorg… We all diberikan urutan kaki secara percuma.. Firstly.. dia mintak rendam kaki dulu.. air suam dicampur dengan uncang herba.. mmm.. sungguh relax rasanya.. hilang kepenatan mendaki great wall semlm.. setiap org dilayan oleh pelatih2 kat situ.. lepas rendam.. kaki di lap dan diurut.. best nyaa….. Masa kita diurut tu.. diorg promote ler brg2 dan Khidmat nasihat doctor…  so.. tak payah beli.. tak payah dgr Khidmat nasihat doctor.. duk.. dan bgtau.. we just want the free massage only… hee..hee.. coz ubat2 dia tu mmg mahal. Tapi, ada jugak makcik-makcik yg beli… hu..hu..
Lepas urut2.. we all dibawa ke Sunny Gold Street.. Tempt ni agak sunyi.. org tak ramai dan tingkat 2 masih dlm renovation.. Boleh bargain gila2 kat sini… Harga yg dia letak pun tak masuk akal.. u guys boleh bargain sampai 80%... mmg giler… Masa byk habis kat bargain jer.. kena main tarik tali lagi.. sekali nak pergi.. sekali turun harga.. pastu dia tarik kita.. then.. kita olok2 nak blah.. dia turun harga lagi.. smpi ler kita puas hati dgn harga.. best gak.. tapi tak syok nya.. klu kita x pandai bargain.. org beli RM5 kita beli d same thing RM50… huu…huu…
Lepas tu well balik ke hotel dan tido

Day 4 : 29 May 2010
Cam semlm gak.. bgn pagi.. breakfast yang tidak memberahikan… then for today our 1st destination Stadium Olimpik sarang burung… Tgk dr luar jer. Bleh bergambar dan sebagainya… Kawasannya mmg besar.. bersih dan cantik sgt dipenuhi bunga-bunga.

Then, we all dibawa ke kilang Mr Tea. Jual Teh ler plak…berbagai2 jenis the ditunjukkan kat well.. bleh rasa gak… Harga tak yah citer ler.. mahal luar biasa.. kononya special the ler… Tapi tak faham nyer ramai gak yang beli… Sampai 140 yuan satu tin.. ada gak sampai 500 yuan satu tin.. Ada yg beli… huhhuuu.. Sally apa lagi.. ambil kesempatan ni utk collect cash in Yuan coz cash sally dah abis.. Bila org nak beli teh jer, I pay with my credit card.. then they give me cash.. Prepare nak gi shopping kat pasar pulak… Kat pasar tak bleh pakai credit card.. Duit plak dah habis… huhuhuu.. brg byk lagi tak beli… teruk nyer sally…
Lepas kembong perut dgn teh, we all di bawa ke Ya Show Market. 2 jam jer dia bg masa kat 5 tingkat market ni.. Mmg tak cukup… Bab shopping, masa mmgtak cukup diberi.. Mcm waste jer trip ke Beijing ni… coz byk spend masa kat tmpt2 yg tak sepatutnya… kedai ubat ler.. sampai 2, 3 kedai ubat dibawa nyer.. kedai teh ler.. membazir masa… Kat sini, sally beli handbag smpi 7. Coz utk sally, my mum, my mother in law.. sist in law etc..etc.. Kengkadang pikir klu gi travel ni mmg byk abis duit beli brg kat org… Baju Adelina pun byk gak dibeli.. tapi material dia tak ler bagus sgt.. Kat Bandung lg best.. Lepas tu market2 lain yg we all pergi ialah Silk Market… Borong sakan ler jugak.. Byk masa dihabiskan utk bargain.. Coz harga yg diaorg letak tu mmg harga gila..
Pastu.. pergi makan malam then balik tido.. letih nyer..

Day 5: 30 May 2010
Sebelum balik we all ada masa lagi… Kali ni we all dibawa ke Pearl Market. Sally rasa barang kat sini lagi best dan harga pun murah. Kenapa ler last minit baru bawa sini.. Sempat gak shopping dan habiskan duit yg ada sebelum bertolak balik. We all balik ke Malaysia dengan membawa seribu kenangan manis yg tidak dapat dilupakan… dari 3 bag dah beranak jadi 4 bag.. huhu… mmg byk giler. Dah mcm org nak berniaga… huhuuu.. harap next time sally bleh control sikit shopping… Giler.. Bukan slalu pergi kan….. J
Sampai KL, sally dijemput oleh my mother in law coz my hubby outstation.. huuhuuu.. rindu Adelina… my lovely doter.. tapi brg Adelina ler paling byk mama beli.
Gambar2 we ols kat sana...
Sally... muka sebelum ke beijing... ingat byk tu cukup ke shopping???? jauh panggang dr api.. sib baik ada kredit kad... hu...hu...

Capital Airport Beijing. Baru sampai ni.. Kat Terminal 2

Tasik buatan di tgh bandar Beijing

Terry... tour Guide yang berbahasa Indon..
Carrefour pun ada... tak masuk pun.. just lalu kat luar jer..
Masjid Nan Dou Ya... tak ingat dah brapa umur masjid ni... 500 tahun rasanya..

Forbidden City..

Salah satu bilik gundik.. ada 3000 bilik gundik... dan jumlah 9999 bilik kesemuanya di Forbidden city
Forbidden City.. Perantaraan Kawasan Maharaja bekerja dan kawasan family..

Forbidden City mmg luas.. 3 jam we ols jalan... tu pun tak habis tempat.. Ni tempat shooting Film The Last Emperor..

Tian An Men Square - Bandar segi empat terbesar di dunia

Jade museum... a set jade worth 1800 yuan for me and subang jade wortk 900 yuan for my mother in law... kopak jap..

Jade museum.. amoi ni ler yg berjaya menawan hati aku utk beli jade

Fresh water pearl center... amoi ni tgh tunjuk ada lebih 50 biji pearl kat dlm satu oyster
Acrobatic show...mmg mengagumkan..

Nyonya ni jual buah tepi jalan.. tapi mahal giler.. apple sebijik sampai 10 yuan.. giler aper.. balik beli kat Malaysia ler..
roti pita.. kat tgh2 ada sosej dan sayur... nmpk sedap.. halal belum tentu

kat silk center... kat sini pun sally gila jap.. habis ler 2980 yuan....
giler betul ler...

tgh pilih cincin.. kopak lagi... swipe jer laa.. kat sini sally beli 3 cincin untuk Sally, Kak Da & Ma.. dan 1 cincin untuk Mr Hubby...  lebih kurang 180 yuan untuk satu... Hubby punya mahal sket... u ols... tak yah ler masuk sini... mesti gile nak beli...

hidangan lunch di beijing.... 2 hari mmg sedap ler.. klu dah 5 hari menu seakan-akan jer... nak muntah rasa..sib baik ada kakak bawak Brahim

Mendaki Great Wall... hujan renyai2 plak tu...

Bukan calang-calang org bleh naik tau...

Dah sampai 2nd station.. ketar lutut den... huhuuu

summer palace ni tmpt maharaja dtg bila summer.. coz kat sini sejuk jer cuaca nyer... forbidden city hangat ler sikit bila summer...
Summer Palace

Di Stadium sarang burung... Stadium Olimpik Beijing..




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Holiday - Port Dickson

Enjoy and tired... 2 words suitable for me... We all baru balik bercuti dr PD. Penat sgt.. Tapi luangkan masa jap update blog coz esok malam dah bertolak ke Beijing.... Balik dr Beijing cerita lain plak...

Kat PD.. we all stay kat AnCasa AllSuites Resort & Spa. Environment ok... Harga pun ok. We just pay RM333 for Two Bedroom Suite with dining and living area. Inclusive of breakfast. Free babycot. Its a nice change from the usual hotel-themed resorts. Ancasa Allsuites is basically a service apartment combined with the comforts of a hotel - swimming pool, games room, restaurants, business centre, gym, karaoke/pub, spa & a balinese-themed garden. Duk kat sini mmg sesuai utk family holiday. Pantai pun dekat... Pool pun ok...

Adelina... 1st time jumpa pantai. Mula2 dia punya geli nak pijak pasir... tapi bila dah pijak.. mak aiii... siap main ceduk sodok lagi... pasir genggam dgn tangan lagi... Menangis.. tak nak naik... Dah lepas main2 kat pantai.. bawak berendam kat swimming pool pulak...

Malam tu, we all menjamu selera di Mayangsari Ikan Bakar... Best giler... sambal dia yg best... Tempatnya terletak berdekatan dengan corus hotel. Lepas makan.. adelina dah tidur... tinggal ngan bibik kat hotel... Sally & abah keluar jalan2.. dating babe... ingat nak karaoke.. tapi full ler plak... layan snooker... hubby ajar.. walaupun ku jolok entah ke mana.... hee..hee...

Esok pagi2, pergi breakfast... mmm... breakfast dia mmg tak best ler... not my taste.. pilihan banyak tapi majority mknan dia out.. Tak sedap ler... Tapi telan jer laa...

Lepas breakfast.. bawak adelina main kat pantai lagi... dah tu bersiap untuk balik ke KL. Sebelum balik sempat singgah kat teluk kemang beli ole-ole buat mama.






U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Biar betul ni... Boleh try.. APPLE CIDER VINEGAR/CUKA EPAL

Sally petik ni dari satu blog. Mcm best jer.. boleh ler try...So...Hari ini Sally nak berkongsi kebaikan cuka epal...
Mungkin di luar sana masih ramai yg tidak mengetahui khasiatnya yang membantu memecahkan molekul lemak bagi proses metabolisme.



Jom kita baca sedikit cerita berkenaan cuka ini teutama bagi yang mengalami penurunan agak perlahan....kerana setiap orang berbeza proses metabolisme yang terjadi dalam badan masing2.



Kenapa Perlu mengambil Apple Cider Vinegar???



Cuka epal (Apple Cider Vinegar) memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi. Ia telah lama digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh orang- orang Greek dan Mesir.



Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi.



Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan. Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).



Sebenarnya badan kita berfungsi paling optimum apabila pH darah berada dalam keadaan sedikit alkali, yaitu diantara pH 7.35 dan 7.45. tetapi akibat pemakanan yang kita ambil, tekanan, kurang senaman dan pencemaran, kebanyakan orang mempunyai darah yang sedikit berasid. Badan berasid juga diakibatkan diet yang kaya dengan daging atau karbohidrat terproses dan rendah serat.



Jika anda sukar mengurangkan berat badan dibanding orang lain, badan anda mungkin berada dalam keadaan asidik yang tinggi. Apabila badan anda berasid, ia akan secara semulajadi melakukan apa sahaja untuk melindungi dirinya - termasuk untuk menyimpan air dan lemak berdekatan dengan anggota badan untuk melindunginya dari asid.



Minum cuka (apple cider vinegar) adalah cara paling mudah untuk membantu mengurangkan berat badan kerana ia bukan sahaja membantu penghadaman dan penyerapan nutrien (bukan lemak), cuka juga dapat mengimbangkan keseimbangan asid-alkali badan anda. Cuka membantu mempercepatkan metabolisma untuk menyingkir lemak terkumpul pada badan anda.



Antara Khasiat Apple Cider Vinegar :



* Membantu mencairkan darah dan meleraikan paras kalori serta gula secara efisien.
* Melindungi organ hati dari keracunan serta mengelakkan masalah hati.
* Mengaktifkan metabolisma dan sel-sel dalam badan serta dapat menghapuskan elemen toksid dalam badan.
* Membantu bagi mereka yang ada masalah sembelit.
* Memecahkan molekul lemak dan secara tidak lansung membantu proses penurunan berat badan.
* Memperbaiki masalah sistem kencing.
* Memecahkan kandungan batu karang dalam buah pinggang dan pundi kencing



***Anda dinasihatkan HANYA mengamalkan/gunakan cuka epal ini sekali atau dua kali sehari sahaja...sebanyak 1 sudu kecil dicampur secawan air diminum selepas makan...JANGAN TERLEBIH SUDAHLAH!!!




***Harga sebotol cuka epal HEINZ seperti di atas yang kami beli adalah dgn 946ml berharga RM9.90 di pasaraya Bintang dan mungkin berbeza mengikut jenama boleh didapati di pasaraya spt besar Tesco,Jusco atau farmasi2 terpilih sahaja...***





U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Nak kurus punya pasal

Mmmmm.. ingat lagi tak sally pernah citer last week pasal projek baru. Projek baru sally adalah susu SD II. Mula-mula, berita SD II ni sally dapat dari ibu saudara kat Kedah (Mak cik dah). Dia habis 6 tin susu, drp berat 78kg, turun 63kg... tak ker meleleh air liur sally dengar tu. Bukan dr org lain.. ibu saudara ku sendiri... dan yg pentingnya dia tiada niat utk recruit jadi ahli ke aper...no multilevel.. 6 tin tu dihabiskan dlm masa 6 minggu. 1 tin 1 minggu.. Harganya RM144 bukan ahli dan RM108 ahli.

Oleh kerana dah termakan dgn kata-kata Mak Cik Dah, sally bercerita kat Nasha. Nasha pun termakan sama dengan cerita2 sally. We all berpakat, utk share jadi ahli.. dan beli 1 tin sorang. Jadi member RM50 + RM108 x 2.

Dah dapat tu apa lagi.. sally pun minum ler susu... Mmg susah nak telan. Memandangkan sally ni jenis tak suka susu dan tak suka air soya.. Tapi mengenangkan nak kurus punya pasal... sally telan jugak. 200ml air ditambah 2 scoop susu. Shake dan minum.. Tak bernafas babe... Sekali jalan jer.. 4 kali sehari... Makan mmg jaga habis.. Sally cut semua karbohidrat.. Coz... ni adalah protein diet.. sally survey menu utk Atkins Diet.. Pagi scramble egg... tgh hari makan steak / sup sayur / ikan bakar / daging / ayam... mlm pun sama... Minyak pun guna olive oil tak pun sunflower oil... Sebarang biskut, cake, bihun..mmg tak makan.. jaga betul ni...

After 1 week... susu pun dah last day... sally terus order lagi satu.. dan niat nak gi timbang kat klinik kat office... coz lebih accurate rasanya... Seblm minum susu, berat sally 54kg..Sally baru habis 1 tin SD II, turun 2kg Tapi malangnya... malam tadi.. tetiba jer naik 'gulgater' (betul ke aku eja ni).. bengkak2 satu badan.. gatal plak tu..  tak boleh tidur babe...

Pagi tadi, Sally pergi office jugak coz dah ada appointment dgn somebody.. tapi pagi2 lagi sally dah pergi klinik. Jumpa doktor.. dia tanya sally buat perubahan diet ke?.. Sally ckp le minum SD II & ambik protien.. cut off carbo.. dia ckp.. Darah O tak sesuai utk Protein diet.. Badan Sally  memerlukan carbo.. mayb boleh try fiber diet or others......Sally tanya doktor tu.. kenapa effect dia lmbt.. dah seminggu baru dpt effect... dia kata.. masa seminggu tu.. carbo dlm badan dah kurang sgt.. kurang drp level yg sepatutnya... patut ler jadi cam tu.. hu..hu.. nak kurus.. Dah kurus.. masalah lain ler pulak...Sally dah stop ambik SD II... nak tgk cam mana... Tapi still tak mkn nasi & ambik corbo lain..

Anybody nak suggest diet lain utk sally... hu..hu... Tgk org jugak ler.. Mmg best  ler.. 1 minggu 2kg babe... Tapi penyakit lain plak dtg.. tak sesuai dgn sally. Apa2 pun seblm u all amalkan diet apa2, pergi ler consult doktor dulu...Ni ler susunya..




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Bibik oh Bibik...

Petikan dari Utusan..
Pembantu rumah boleh lepas tekanan

2010/05/20
KUALA LUMPUR: Pengarah Lembaga Pengkajian Masalah Sosial Pekerja Indonesia, Khairuddin Harahap, menyambut baik persetujuan Malaysia dan Indonesia memberi cuti sehari setiap minggu kepada pembantu rumah dari negara itu kerana ia memberi ruang kepada mereka melepaskan tekanan kerja.

Bagaimanapun, katanya, majikan perlu menyediakan persekitaran kondusif, mesra pekerja serta pemantauan bagi mengelakkan pembantu rumah mengambil tindakan tidak wajar seperti lari atau terbabit dalam gejala sosial ketika keluar bercuti. “Soal mereka memegang pasport sendiri tidak harus dijadikan sebab untuk majikan mencurigai pekerja tetapi apabila majikan menyediakan persekitaran yang kondusif dan menganggap pembantu rumah sebagai keluarga, saya percaya mereka tidak akan tergamak membuat perkara tidak sepatutnya,” katanya. Beliau juga berkata, rundingan mengenai gaji minimum pembantu rumah Indonesia yang belum mendapat kata putus tidak seharusnya menjadi penghalang kemasukan pekerja dari republik itu ke Malaysia.

“Walaupun penetapan gaji belum selesai, ia tidak sepatutnya menjadi sebab untuk kerajaan menghalang kemasukan warga Indonesia yang ingin mencari rezeki di negara ini kerana isu gaji boleh diselesaikan melalui rundingan antara majikan dan pekerja mereka. Gaji RM800 yang diusulkan oleh Kerajaan Indonesia juga munasabah kerana tidak terlalu tinggi.

“Saya rasa tidak ada syarikat yang akan menawarkan kenaikan gaji hampir 40 peratus seperti yang diusulkan. Apatah lagi, gaji amah hanya RM400 hingga RM450. Oleh itu penetapan gaji yang ditentukan oleh pasaran melalui rundingan antara majikan dan amah adalah lebih berkesan.

Sementara itu, Ketua Umum Perhimpunan Masyarakat Indonesia di Malaysia (Permai), Teuku Rizal Ghading, berkata rakyat Malaysia tidak perlu risau dengan sentimen anti-Malaysia oleh masyarakat Indonesia kerana ia hanya membabitkan sebilangan kecil badan bukan kerajaan (NGO) di republik itu ketika pilihan raya tahun lalu untuk menarik perhatian pemerintah

Apa kata Sally...
Sedih siut baca berita pasal ni.. bukan niat nk bangkang... tapi dah pikir masak-masak ke masalah we all.. para majikan ni... kenaikan gaji we all pun RM60, RM70 setahun... nak bg gaji bibik naik RM50 setahun... haa..haa... kelakar. Gaji bibik RM800?? Cuti lagi??? hu...hu.. bg majikan gaji RM5K boleh ler... bg yg gaji RM2K.. RM3K... nak byr keter lagi.. api.. air.. makanan.. pakaian.. ank2.. susu... pampers... RM500 gajibibik ok ler... makan, pakai, tmpt tinggal semua tanggung.. gaji masuk poket jer... Majikan nak simpan RM200 sebulan pun blum tentu dpt...yg bibik x der duit tu... duk habis top up prepaid je...
 
Bibik cuti seminggu sekali??? Pegang passport sendiri???? Tak masuk akal...
Lagikan pasport majikan pegang pun bibik boleh lari.. ni kan pulak pegang sendiri.. kalau lari.. saper yg rugi..?? 6K - 7K nak dpt bibik oiiii... ckp senang ler... yang menanggung ni haa... cuti seminggu sekali nak bagi pendedahan untuk bersosia...l kat bibik ke??? Tak patut... tak patut...

Mcm sally... setiap minggu jalan.. bawak bibik gak.. byk tmpt dah pegi... kira bercuti ler tu.. tak yah kuar duit dia lagi... apa lagi yg nak bagi..??? Tak paham betul ler.. Kasik bibik naik lemak lagi ada laaa..... balik kelantan pun bawak bibik... tiket flight pun kita byr... semua laa... majikan tanggung... aku makan chicken chop.. bibik pun chicken chop gak... klu gi jalan beli brg2 buat dia lagi... raya.. beli baju raya lagi... duit gaji kira masuk poket ler.. lagi mau cuti kaa....

Bibik sally.. dr tudung buruk sehelai je bawak.. tudung dah satu almari... sapa yg beli... aku jugak.... baju tu smpi dah tak muat almari dah.. sandle jer bebrapa pasang.. siap tukar2 lagi.. apa lagi??? Nak bagi cuti lagi??? Kuar umah.. masuk umah..?? Ntah2 nnt brg umah kita yg makin kurang... cuti ngan kwn2 indon??? nak bawak keluar cerita dlm ... See Morerumah kat org luar??? Korang dtg nak kerja.. kerja je laa.... makan minum pakai aku bagi cukup.. melebih2 lagi... duk umah pun ada waktu tido tengahari lagi.. time majikan bercuti..jalan-jalan.. bibik pun jalan2 jugak.. lagi mau bg cuti xtra???? no..no..no...

Apa sally buat ngan bibik... bibik sally kekal.. hubungan pun baik..tips sally untuk anda.
1. No handphone (sampai airport... tanya ada handphone?? Kalau ada ambik terus.. ckp awal2.. no handphone)
2. Nak tel family, pakai phone sally. Ada emergency, family bleh kol sally. Cukup bulan dpt bil, potong  gaji. Duit pun x habis merepek beli topup..
3. Sediakan buku gaji. Beri kebebasan dia nak shopping apa... Dah beli.. time gaji, potong gaji.. tanda satu2.
4. No cash. Duit semua sally pegang. Satu akaun khas sally buka utk duit gaji bibik jer.
Kalau dia nak beli apa-apa ckp jer... sally akan belikan.. nnt potong gaji.. DGn cara ni.. dia pun berjimat.. boleh hntr duit byk2 kat family kat Indon.
5. NO CUTI. czo sally dah bawak dia bercuti... merata tempat pergi... Semua shopping complex kat kl dah pergi... cameron.. PD... balik kelantan.. A famosa.. etc..etc.. semua bawak... siap tangkap g,br.. kumpul gmbr nak bwk balik kenangan kat Indon lagi.. Jln2 naik flight pun kita byrkan.. semua mkn minum kita support... apa lagi nak..
6. Bangun pukul 5, tidur pukul 10. Tghhari ada masa tidur. Anak sally tidur dia pun tido. Sally gi kerja dia tak buat kerja rumah sgt... duk main ngan anak jer... Bila sally balik.. anak sally take over.. dia buat kerja rumah.
7. Makan makanan sama dgn majikan. Kat rumah atau kat kedai. Jgn bg dia tersisih.
8. Strictly no chatting with bibik2 jiran. bertegur jer boleh. Kawan pun dgn bibik2 family sally jer.. Jgn cerita hal dlm rumah kat bibik2 lain..atau org lain.
9. Jgn trlalu mesra.. adakan jurang sedikit. Coz.. klu over mesra nnt pijak kepala. Garang tu mesti ada... tapi jgn ler smpi pukul memukul..
10. Panggilan PUAN lebih sesuai.. rasa hormat akan timbul.
11. Uruskan penghantaran kepada family bibik di Indon sebaik sahaja dia ingin menghantarnya. Jangan tangguhkan kerana ini akan membutakan dia rasa tidak penting dan keperluannya diketepikan.. begitu juga bila bibik nak beli bedak ke... brg2 keperluan ke... bantulah bibik anda.
12. Bangun jer tido.. bibik kena terus mandi. Biar sentiasa wangi.. jaga kebersihan.
13. Bibik kena pastikan tidak membazir. Jimat letrik, jimat penggunaan air, penggunaan barang dapur. Awal2 dulu.. bibik sally selalu tak tutup pili air rapat.. bukak lampu semua kat rumah... kipas.. klu dia kat dapur pun.. kipas kat bilik terbukak jer.. sally sound dia... klu sally nmpk lagi pembaziran letrik or air... lampu bilik air tak tutup ker.. sally akan potong gaji dia... Gertak jer.. bibik paling takut klu kita potong gaji.. so.. dgn cara tu mereka akan berjimat... padahal tak der ler potong pun.. gertak jer... begitu juga dlm penjagaan pinggan mangkuk.. iron baju.. pernah dulu 2 - 3 - 4 kali baju terbakar kena iron.. bila sally potong gaji dia sekali lepas dia bakar baju sally ngan iron... lepas tu x der dah kejadian terbakar kena iron... even.. mainan adelina pun dia jaga baik punyaa..
14. Bibik sedia brg2 jer... sally akan masak sendiri untuk family... bibik tukang kemas lepas masak.. Tapi time sbari x der.. bibik masak jugak.. dia pun nak blajar masak dr kita.. so far dah byk masakan sally ajar dia...

tu jer kut.. byk pulak tips.. overall.. sally puas hati ngan bibik sally. Thanks for my bibik coz byk tolong sally. Harap2 tahun depan dia habis.. dia nak sambung lagi.. sally akan naikkan gaji dia sikit ler... drp nak kena byk RM6K - RM7K untuk ambik yg baru.. hu...hu.u.....


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Bibik Pengsan

Hari ni sally dikejutkan dengan Vivin (bibik Abby-my sist in law) pengsan kat dalam bilik. Menurut abby, vivin dah bgtau abby yg dia nak ke bilik untuk sembahyang zohor. Bila lama tak keluar-keluar.. abby panggil.. tapi tak der sahutan. Terniat di hati abby untuk menjenguk bibik kat bilik. Pintu bilik di buka... tengok bibik dah keras sambil rukuk. Abby terus panic.. dikejut tidak bergerak.. keras tertunggeng kat situ. Abby panggil hubby dia.

Bila kris dtg, terbalikkan bibik.. bibik keras tidak bergerak. They called ambulance. Ini nak cerita satu situasi bangang pihak hospital... Setelah semua maklumat di tanya.. tempat dan siapa yg sakit.. dia boleh banyak tanya pulak.. tanya biru ke tak mukanya.. bernafas ke tak... dan macam2 lagi.... si abby yg dah memng panik.. terus marah kat org hospital tu... tolong ler dtg cepat... tgk keadaan mcm mana dulu.. mau mati dulu org sakit baru pihak hospital nak bertindak.. Abby kol mama... Mama yg sampai dulu drp ambulance... hu...hu...

Sesampainya... mengikut cerita mama... bukan main lama nak ambik bibik bawak ke hospital... Lepas dah bawak tu... mama ikut dalam ambulance... bibik yg dah tak bleh bernafas tu.. ambulance boleh bawak keter dgn sopan santun... tak pasang dia punya siren pun... ikut jer arus jalan yg mmg tgh jam tu... Sampai mama dah tak tahan tgk keadaan bibik dan ambulance yg mmg ngok tu... mama terus sound minta pasang siren dan percepatkan perjalanan.. Mama ckp.. kris yg drive ngan keter sendiri dah samapi dulu drp ambulance.. hu...hu...

Dah tu... 1 jam lepas tu baru ler dpt result bibik... Bibik warded... Dia puasa hari tu.. Biasa ler puasa Isnin Khamis.. maybe tak sahur kut... lapar ke.. aper... bibik2 ni mmg tgh berdiet skrg ni.. bibik sally pun sama... susah giler nak makan.. konon nyer nak diet... bongok... klu nak suh makan... mcm nak paksa makan racun.. giler... Haa.. sekurang2nya jadi pengajaran pada bibik sally gak...

Sally siap sound dia... kalau kamu sakit, then doktor kata kamu sakit sebab tak makan.. saya tinggal jer kat hospital tu.. tak kuasa saya nak tunggu.. bibik sally yang mmg takut duk hospital... terus mengiakan jer...

Terpikir jugak kalau si vivin tu mati.. macam mana ler agaknya... huu...hu.. takutnya...  sah-sah aku takut kat umah keramat tu.. then lagi satu.. cian dia.. mati kat tmpt org... aper plak aku merepek ni...

Moral of d story... kalau ada duit tu pergi hospital swasta jer laa..... hospital kerajaan peralatan dah canggih.. lengkap... bangunan semua dah bagus.. tapi mentality pekerja hospital kerajaan yang mmg tak boleh nak ubah.. kering dan lembab sepanjang tahun..
Sorry ler erk... ni pada pemerhatian dan experience sally, keluarga dan kawan2 yg mendptkan perkhidmatan di hospital kerajaan.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Makan-makan di rumah Aboh.

Hari ni, pagi lagi sally dah bangun. Pergi pasar gombak beli brg2 yg tak cukup lagi utk 3 menu hari ni sempena family gathering kat umah Aboh. Bukan aper.. we all jumpa aboh sebelum aboh bertolak mengerjakan umrah ke Mekah together with Abang Idham, Uncle Dolah and Uncle Aziz.

Sally doakan kalian selamat pergi, selamat kembali dan semoga umrah kalian ke Tanah Suci diberkatiNya.

Sempena makan-makan hari ni, sally masak Ikan Siakap Steam, Kailan Oyster Sauce dan jugak Daging Masak Merah.. yummy... Kak G pulak masak Daging Masak Hitam manakala Kak Aida bawak Ayamas dan jugak nice apple cake...

Makan-makan... burppp... Balik umah dah petang... update blog jap.. refreshing.. jap lagi nak tido.. zzzzzzzzz......


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Lepak kat rumah jer..

Adelina is not feeling pretty well lately she has been coughing and the doctor have given her some medication. But the cough has not really subsided so far. Batuk sally pun tak ok lagi.. Suara dah semakin pulih...

So, pagi ni Sally nak lepak umah jer... Mayb petang bleh kuar gi Jusco. Bawak Adelina jalan2... See... my doter.. playing by herself at home.. so pity..

Kalau tak sesi Upin Ipin or Barney.. Adelina will playing witk all her toys..


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Piala Thomas 2010


Tak sempat nak update blog semlm coz duk sibuk tgk piala thomas. Dari pagi semangat berkobar-kobar nak tgk piala Thomas..memandangkan Hotfm dah war-warkan dan dgr komen2 bernas drp para pendengar... Setelah Malaysia kalah dgn Jepun..Namun Muhd Hafiz Hashim yang pada mulanya dihentam...kini telah menyelamatkan maruah Malaysia selaku tuanrumah apabila mencatat mata kemenangan membolehkan Malaysia ke separuh akhir menundukkan Denmark 3-2. Aku pun tetiba jer berkobar-kobar nak ikuti perlawanan Malaysia dgn China mlm ni....

Kesian Hafiz.. waktu kalah dihentam habis-habisan... Bukan dia mintak nak kalah... tapi dah nak kalah nak buat mcm mana... Saper yg nak kalah... Mcm yg komen Hafiz main tak bersemangat ler.. aper laa.. kita tak tahu dia punya semangat mcm mana... mesti ler dah berusaha.. tapi kalau kemenangan tak berpihak pada kita nak buat mcm mana.. tapi bila dah menang dgn Denmark.. mak aiiiii... Hafiz dilambung dgn pujian setinggi-tingginya... tak paham aku...

Tak sangka.. Sally pada mulanya mmg tak minat sgt badminton ni.. tapi boleh terpacak depan tv sorang2 utk menyaksikan perlawanan separuh akhir mlm tadi... Permainan China malam tadimenakjubkan. Mereka kelihatan begitu bersemangat. Pemain Malaysia mungkin terlalu memikirkan untuk menang hingga tidak dapat memberi persembahan baik. Kecewa rasanya... 

Last2 aku tertidur... terjaga bila my hubby balik kul 12.. Aik.. dah abis piala thomas.. Siapa menang??? My hubby dgn slamber jawab, "Malaysia Kalah".

Sally terus menapak masuk bilik tidur... terus zzzzzzzzzz.....


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Tekak yang perit

Hari ni last day ganti puasa... yeaaa... esok raya. Habis sudah babak ganti puasa untuk tahun ini. 7 hari ku tinggal... selesai sudah segala hutang.. lega rasanya.. Takut jadi mcm tahun lepas... last minute baru nak gantai.. gelabah akak.. ganti ngam-ngam habis... terus continue dgn puasa ramadhan... dahsyat betul ler... janji habis...

Banyak pendapat yg aku dgr pasal ganti puasa... Ada yg kata dah tak bleh ganti puasa lepas tahun baru bulan Islam maal hijrah coz dah masuk tahun lain.. so kena ganti double... ada jugak yg kata buku amalan dah ditutup bila masuk tahun baru... ada yg ckp boeh jer ganti seblm menjelang Ramadhan yg lain... so.. aku yg disaat darurat tu.. ganti jer laa... Baik ganti dr tak ganti langsung...Tawakkal jer laa... So, utk mengelakkan keraguan spt tahun lepas... tahun ni biarla aku ganti awal2..

Tapi.. hari ni tak tahu kenapa tekak makin terasa perit.. Mungkin kekurangan air coz berpuasa ditambah pulak batuk2 yg tak hilang lagi... suaraku dah bertukar rock.. Kak Arida tak abeh2 ajuk suara aku.. Ejek yer... siap dia bila kena turn dia nnt.. hu..hu...

Rasa mcm nak MC jer esok.. tapi ingatkan masalah2 BAP.. tak jadi ler.. kanng org nak hntr kereta tercarik2 au plak... Selagi tak siap BAP ni.. resah gelisah akak.. Lgpun esok nak jumpa vendor utk projek CI tu... Busy2.. Tak jadi ler nak MC... Ok.. nak peluk Adelina tido... mata mama pun dah kuyu gak ni.. Tido ngan adelina ler... daaa....


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Permulaan yang baru

Hari ni sally pergi kerja dah.. semlm jer MC. Klu dpt 2 hari MC kan best... tapi tak der maknanya.. lagi melambak ler kerja kat office. Lepas dah vet CI dengan bantuan Mr MOgan jugak, sally buat schedule for BAP.

Actually, hari ni sally tak sabar nak jumpa Nasha. We all ada project baik punyerrr.... Project aper?? Mana bleh bgtau lagi... dah dpt result nnt bari bleh bgtau. Jumpa Nasha... dpt xplaination serba sedikit.. semgt kembali berkobar-kobar.. haa...haa... Lek..lek.. dah ada result nnt sally akan share ngan you all...

InsyaAlah after one week sally share key...

Balik office.. terus ke condo mama. Nasib baik ada parking visitor.. klu tak park kat luar dan menapak ler jawabnya... part parking ni mmg sally tak suka duk condo, apartment or sewaktu dgnnya... Sally berbuka kat umah mama... Mama dah masak dah... makan jer laa... the best mother in law in the world..

Sampai umah dah kul 9mlm....refreshing myself.. and update my blog... cau cin cau.. gud nite..


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Today is MC day

Semlm dah rasa perit tekak.. hidung cam nak selsema.. tapi sally gagahkan diri untuk terus puasa.. tak sabar nak abiskan puasa ganti ni...


Kul 11 cam tu smlm, boss ajak gi makan free kat Equotarial hotel...tergugat ler plak kan.. pikir punya pikir... tergugat beb.. lagi2 my boss highlight 'BUFFET'.. hmm.. join d group ler.. aper lagi.. kul 1:00 tghhari dah masuk waktu berbuka ler... melantak baik punya... disudahi dengan rojak buah & aiskrim... balik ofis.. tekak dah rasa makin perit.. masa makan tadi tak rasa sakit pun.... nak telan air liur pun sakit..


Hubby kol, bgtau Adelina still batuk n selsema lagi.. cian anak mama.. Dah tu... ptg semlm lagi dah plan.. MC ler esok.. seblm doktor bg MC.. Sally dah MCkan diri awal2. Siap bgtau boss... esok I MC tau.. That's why.. siapkan kerja apa yg patut.. Fetch Adelina kat umah mama then bawak gi klinik. Sikit punya ramai org... Kul 8 smpi klinik.. dlm kul 9.30 baru balik... sampai umah telan ubat.. update facebook jap... tak smpt nak bukak blog.. dah tido kat keyboard...


Hari ni.. tekak rasa mcm ok sket... Penawar.. air bali... makan bubur nasi.. hu..hu.. sambil vet my CI project.. Luch nak makan daging bakar...


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


BSN Open Interview

8 May 2010, BSN telah mengadakan open interview untuk jawatan Teller, Executive Jualan dan juga Kerani. Penempatan adalah untuk seluruh Malaysia. Aku tak ler pergi meninjau pada hari tersebut. Mr Mogan yang telah ditugaskan sbg photograper pada hari tersbeut telah menjalankan tugas dengan baik. Segenal angle diambil. Hari ni aku berpeluang untuk melihat situasi pada hari kejadian..

Mak aiii... ramai nya org. Ramai nyer lulusan diploma, ijazah, spm, stpm yang masing lagi tidak mempunyai pekerjaan. Pada masa ini aku terfikir, alangkah bertuahnya aku dpat bernaung di bawah payung BSN berbanding mereka2 yang beratur daripada pagi untuk di'interview'. Belum tentu dapat tu. Ada yang berijazah..diploma tetapi datang untuk jawatan kerani sahaja... OMG....

Timbul pula persoalan, mereka yang ambil pinjaman PTPTN untuk melanjutkan pelajaran. Mcm mana mereka2 ni nak bayar balik? Kalau ada ijazah tapi dpt post kerani jer.. baik lepas SPM terus kerja... at least tak yah nak menanggung PTPTN.. Tak tahu ler saper yg harus dipersalahkan... Ada sesetengah pihak mengatakan para siswazah kita memilih.. Pada aku, kalau diorg memilih takkan sanggup mereka berlautan di BSN untuk post kerani... Majority berpendidikan tinggi.. sedihnya... Aku bersyukur padamu Allah kerana tempoh pengangguran ku tidak lah lama. Sebulan sahaja. Itu pun aku yang nak berehat selepas belajar. Lepas sebulan aku terus ke KL dan terus apply kerja. Masa tu boleh katakan setiap hari interview.. semua ceruk aku pergi... Ada yang company tipu... ada yang tak sesuai dgn jiwa... Tapi berkat usaha yang tak pernah putus asa... Akhirnya dapat juga post pertama as System Engineer.. dgn gaji permulaan RM2000 pada masa tu... kira ok ler kannn.... Tahun 2005 masa tu.

Mungkin jugak graduan lain tak berusaha segigih ku... Mudah putus asa pergi interview?? Tak tahu ler... Tapi hakikatnya.. pengangguran makin berleluasa.. Adakah kekurangan jawatan ataupun graduan kita yang tak berkualiti?? Lu pikirlah sendiri.

Tapi tadi aku ada berbual dgn wakil HR, dia kata hari tu kaunter terpaksa ditutup pada pukul 12.30ptg. Ya Allah.. kesian yang datang jauh dan tak sempat daftar masuk... Yang datang interview pulak seluruh negeri... Kelantan... Terengganu.. Kedah .. Perlis.. semua ler.. Hari tu pun interview smpi ke mlm...nak habiskan candidate yg dah berdaftar sebelum pukul 12.30. Aku rasa sepatutnya buat 2 hari. Kesian pada yang tak berkesempatan. Ada yang tak makan nasi dr pagi smpi ke petang... Huuhhhhh.. mengeluh akak mendengarnya... nasib ler.. ada rezeki ada.. semua berserah pada takdir.. you all dah usaha kan???

Kat bawah ni ada a few photo sekitar open interview BSN










U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops