BSN Open Interview

8 May 2010, BSN telah mengadakan open interview untuk jawatan Teller, Executive Jualan dan juga Kerani. Penempatan adalah untuk seluruh Malaysia. Aku tak ler pergi meninjau pada hari tersebut. Mr Mogan yang telah ditugaskan sbg photograper pada hari tersbeut telah menjalankan tugas dengan baik. Segenal angle diambil. Hari ni aku berpeluang untuk melihat situasi pada hari kejadian..

Mak aiii... ramai nya org. Ramai nyer lulusan diploma, ijazah, spm, stpm yang masing lagi tidak mempunyai pekerjaan. Pada masa ini aku terfikir, alangkah bertuahnya aku dpat bernaung di bawah payung BSN berbanding mereka2 yang beratur daripada pagi untuk di'interview'. Belum tentu dapat tu. Ada yang berijazah..diploma tetapi datang untuk jawatan kerani sahaja... OMG....

Timbul pula persoalan, mereka yang ambil pinjaman PTPTN untuk melanjutkan pelajaran. Mcm mana mereka2 ni nak bayar balik? Kalau ada ijazah tapi dpt post kerani jer.. baik lepas SPM terus kerja... at least tak yah nak menanggung PTPTN.. Tak tahu ler saper yg harus dipersalahkan... Ada sesetengah pihak mengatakan para siswazah kita memilih.. Pada aku, kalau diorg memilih takkan sanggup mereka berlautan di BSN untuk post kerani... Majority berpendidikan tinggi.. sedihnya... Aku bersyukur padamu Allah kerana tempoh pengangguran ku tidak lah lama. Sebulan sahaja. Itu pun aku yang nak berehat selepas belajar. Lepas sebulan aku terus ke KL dan terus apply kerja. Masa tu boleh katakan setiap hari interview.. semua ceruk aku pergi... Ada yang company tipu... ada yang tak sesuai dgn jiwa... Tapi berkat usaha yang tak pernah putus asa... Akhirnya dapat juga post pertama as System Engineer.. dgn gaji permulaan RM2000 pada masa tu... kira ok ler kannn.... Tahun 2005 masa tu.

Mungkin jugak graduan lain tak berusaha segigih ku... Mudah putus asa pergi interview?? Tak tahu ler... Tapi hakikatnya.. pengangguran makin berleluasa.. Adakah kekurangan jawatan ataupun graduan kita yang tak berkualiti?? Lu pikirlah sendiri.

Tapi tadi aku ada berbual dgn wakil HR, dia kata hari tu kaunter terpaksa ditutup pada pukul 12.30ptg. Ya Allah.. kesian yang datang jauh dan tak sempat daftar masuk... Yang datang interview pulak seluruh negeri... Kelantan... Terengganu.. Kedah .. Perlis.. semua ler.. Hari tu pun interview smpi ke mlm...nak habiskan candidate yg dah berdaftar sebelum pukul 12.30. Aku rasa sepatutnya buat 2 hari. Kesian pada yang tak berkesempatan. Ada yang tak makan nasi dr pagi smpi ke petang... Huuhhhhh.. mengeluh akak mendengarnya... nasib ler.. ada rezeki ada.. semua berserah pada takdir.. you all dah usaha kan???

Kat bawah ni ada a few photo sekitar open interview BSN










U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops