Bibik oh Bibik...

Petikan dari Utusan..
Pembantu rumah boleh lepas tekanan

2010/05/20
KUALA LUMPUR: Pengarah Lembaga Pengkajian Masalah Sosial Pekerja Indonesia, Khairuddin Harahap, menyambut baik persetujuan Malaysia dan Indonesia memberi cuti sehari setiap minggu kepada pembantu rumah dari negara itu kerana ia memberi ruang kepada mereka melepaskan tekanan kerja.

Bagaimanapun, katanya, majikan perlu menyediakan persekitaran kondusif, mesra pekerja serta pemantauan bagi mengelakkan pembantu rumah mengambil tindakan tidak wajar seperti lari atau terbabit dalam gejala sosial ketika keluar bercuti. “Soal mereka memegang pasport sendiri tidak harus dijadikan sebab untuk majikan mencurigai pekerja tetapi apabila majikan menyediakan persekitaran yang kondusif dan menganggap pembantu rumah sebagai keluarga, saya percaya mereka tidak akan tergamak membuat perkara tidak sepatutnya,” katanya. Beliau juga berkata, rundingan mengenai gaji minimum pembantu rumah Indonesia yang belum mendapat kata putus tidak seharusnya menjadi penghalang kemasukan pekerja dari republik itu ke Malaysia.

“Walaupun penetapan gaji belum selesai, ia tidak sepatutnya menjadi sebab untuk kerajaan menghalang kemasukan warga Indonesia yang ingin mencari rezeki di negara ini kerana isu gaji boleh diselesaikan melalui rundingan antara majikan dan pekerja mereka. Gaji RM800 yang diusulkan oleh Kerajaan Indonesia juga munasabah kerana tidak terlalu tinggi.

“Saya rasa tidak ada syarikat yang akan menawarkan kenaikan gaji hampir 40 peratus seperti yang diusulkan. Apatah lagi, gaji amah hanya RM400 hingga RM450. Oleh itu penetapan gaji yang ditentukan oleh pasaran melalui rundingan antara majikan dan amah adalah lebih berkesan.

Sementara itu, Ketua Umum Perhimpunan Masyarakat Indonesia di Malaysia (Permai), Teuku Rizal Ghading, berkata rakyat Malaysia tidak perlu risau dengan sentimen anti-Malaysia oleh masyarakat Indonesia kerana ia hanya membabitkan sebilangan kecil badan bukan kerajaan (NGO) di republik itu ketika pilihan raya tahun lalu untuk menarik perhatian pemerintah

Apa kata Sally...
Sedih siut baca berita pasal ni.. bukan niat nk bangkang... tapi dah pikir masak-masak ke masalah we all.. para majikan ni... kenaikan gaji we all pun RM60, RM70 setahun... nak bg gaji bibik naik RM50 setahun... haa..haa... kelakar. Gaji bibik RM800?? Cuti lagi??? hu...hu.. bg majikan gaji RM5K boleh ler... bg yg gaji RM2K.. RM3K... nak byr keter lagi.. api.. air.. makanan.. pakaian.. ank2.. susu... pampers... RM500 gajibibik ok ler... makan, pakai, tmpt tinggal semua tanggung.. gaji masuk poket jer... Majikan nak simpan RM200 sebulan pun blum tentu dpt...yg bibik x der duit tu... duk habis top up prepaid je...
 
Bibik cuti seminggu sekali??? Pegang passport sendiri???? Tak masuk akal...
Lagikan pasport majikan pegang pun bibik boleh lari.. ni kan pulak pegang sendiri.. kalau lari.. saper yg rugi..?? 6K - 7K nak dpt bibik oiiii... ckp senang ler... yang menanggung ni haa... cuti seminggu sekali nak bagi pendedahan untuk bersosia...l kat bibik ke??? Tak patut... tak patut...

Mcm sally... setiap minggu jalan.. bawak bibik gak.. byk tmpt dah pegi... kira bercuti ler tu.. tak yah kuar duit dia lagi... apa lagi yg nak bagi..??? Tak paham betul ler.. Kasik bibik naik lemak lagi ada laaa..... balik kelantan pun bawak bibik... tiket flight pun kita byr... semua laa... majikan tanggung... aku makan chicken chop.. bibik pun chicken chop gak... klu gi jalan beli brg2 buat dia lagi... raya.. beli baju raya lagi... duit gaji kira masuk poket ler.. lagi mau cuti kaa....

Bibik sally.. dr tudung buruk sehelai je bawak.. tudung dah satu almari... sapa yg beli... aku jugak.... baju tu smpi dah tak muat almari dah.. sandle jer bebrapa pasang.. siap tukar2 lagi.. apa lagi??? Nak bagi cuti lagi??? Kuar umah.. masuk umah..?? Ntah2 nnt brg umah kita yg makin kurang... cuti ngan kwn2 indon??? nak bawak keluar cerita dlm ... See Morerumah kat org luar??? Korang dtg nak kerja.. kerja je laa.... makan minum pakai aku bagi cukup.. melebih2 lagi... duk umah pun ada waktu tido tengahari lagi.. time majikan bercuti..jalan-jalan.. bibik pun jalan2 jugak.. lagi mau bg cuti xtra???? no..no..no...

Apa sally buat ngan bibik... bibik sally kekal.. hubungan pun baik..tips sally untuk anda.
1. No handphone (sampai airport... tanya ada handphone?? Kalau ada ambik terus.. ckp awal2.. no handphone)
2. Nak tel family, pakai phone sally. Ada emergency, family bleh kol sally. Cukup bulan dpt bil, potong  gaji. Duit pun x habis merepek beli topup..
3. Sediakan buku gaji. Beri kebebasan dia nak shopping apa... Dah beli.. time gaji, potong gaji.. tanda satu2.
4. No cash. Duit semua sally pegang. Satu akaun khas sally buka utk duit gaji bibik jer.
Kalau dia nak beli apa-apa ckp jer... sally akan belikan.. nnt potong gaji.. DGn cara ni.. dia pun berjimat.. boleh hntr duit byk2 kat family kat Indon.
5. NO CUTI. czo sally dah bawak dia bercuti... merata tempat pergi... Semua shopping complex kat kl dah pergi... cameron.. PD... balik kelantan.. A famosa.. etc..etc.. semua bawak... siap tangkap g,br.. kumpul gmbr nak bwk balik kenangan kat Indon lagi.. Jln2 naik flight pun kita byrkan.. semua mkn minum kita support... apa lagi nak..
6. Bangun pukul 5, tidur pukul 10. Tghhari ada masa tidur. Anak sally tidur dia pun tido. Sally gi kerja dia tak buat kerja rumah sgt... duk main ngan anak jer... Bila sally balik.. anak sally take over.. dia buat kerja rumah.
7. Makan makanan sama dgn majikan. Kat rumah atau kat kedai. Jgn bg dia tersisih.
8. Strictly no chatting with bibik2 jiran. bertegur jer boleh. Kawan pun dgn bibik2 family sally jer.. Jgn cerita hal dlm rumah kat bibik2 lain..atau org lain.
9. Jgn trlalu mesra.. adakan jurang sedikit. Coz.. klu over mesra nnt pijak kepala. Garang tu mesti ada... tapi jgn ler smpi pukul memukul..
10. Panggilan PUAN lebih sesuai.. rasa hormat akan timbul.
11. Uruskan penghantaran kepada family bibik di Indon sebaik sahaja dia ingin menghantarnya. Jangan tangguhkan kerana ini akan membutakan dia rasa tidak penting dan keperluannya diketepikan.. begitu juga bila bibik nak beli bedak ke... brg2 keperluan ke... bantulah bibik anda.
12. Bangun jer tido.. bibik kena terus mandi. Biar sentiasa wangi.. jaga kebersihan.
13. Bibik kena pastikan tidak membazir. Jimat letrik, jimat penggunaan air, penggunaan barang dapur. Awal2 dulu.. bibik sally selalu tak tutup pili air rapat.. bukak lampu semua kat rumah... kipas.. klu dia kat dapur pun.. kipas kat bilik terbukak jer.. sally sound dia... klu sally nmpk lagi pembaziran letrik or air... lampu bilik air tak tutup ker.. sally akan potong gaji dia... Gertak jer.. bibik paling takut klu kita potong gaji.. so.. dgn cara tu mereka akan berjimat... padahal tak der ler potong pun.. gertak jer... begitu juga dlm penjagaan pinggan mangkuk.. iron baju.. pernah dulu 2 - 3 - 4 kali baju terbakar kena iron.. bila sally potong gaji dia sekali lepas dia bakar baju sally ngan iron... lepas tu x der dah kejadian terbakar kena iron... even.. mainan adelina pun dia jaga baik punyaa..
14. Bibik sedia brg2 jer... sally akan masak sendiri untuk family... bibik tukang kemas lepas masak.. Tapi time sbari x der.. bibik masak jugak.. dia pun nak blajar masak dr kita.. so far dah byk masakan sally ajar dia...

tu jer kut.. byk pulak tips.. overall.. sally puas hati ngan bibik sally. Thanks for my bibik coz byk tolong sally. Harap2 tahun depan dia habis.. dia nak sambung lagi.. sally akan naikkan gaji dia sikit ler... drp nak kena byk RM6K - RM7K untuk ambik yg baru.. hu...hu.u.....


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops