BSN Dana Al Jadid

Pagi tadi, Sally menghadiri lagi satu event BSN di KL Pac. Sampai je sana... suasana mmg best.. cantik sgt.. kalau buat garden wedding mesti gempaks.. Event pagi tadi sebenarnya event Permodalan BSN Berhad, iaitu sebuah syarikat pengurusan dana yang dimiliki penuh oleh  BSN. Produk baru PBSN iaitu BSN Dana Al Jadid yang merupakan dana amanah saham terbaru.

Kat sini, sukacita Sally share sikit ttg BSN Dana Al Jadid.
”Al-Jadid” membawa maksud Permulaan Baru dan pelancaran ini menandakan fasa baru bagi PBSN dalam usahanya untuk mempelbagaikan produk pelaburan yang ditawarkan kepada orang ramai. BSN Dana-Al Jadid adalah dana yang memenuhi kehendak Syariah yang bertujuan mencapai pertumbuhan modal and pengagihan pendapatan stabil dengan pelaburan dalam sekuriti yang berlandaskan prinsip Syariah, sukuk, instrumen pasaran wang Islam dan lain-lain sekuriti dan/atau instrumen yang memenuhi kehendak Syariah. Dana amanah saham ini boleh dibeli bermula 18 Jun 2008 dan salinan Prospektus boleh didapati dari mana-mana cawangan bank BSN di seluruh negara.

Pelancaran BSN Dana Al–Jadid ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Y.B Dato’ Hj. Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan diiringi oleh Y.Bhg. Dato’ Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, Pengerusi  BSN dan PBSN.

Sally macam biasa, walaupun tgh pregnant... still tampil menawan... cewah... dan juga event ini adalah event pertama bagi Kama, staff baru BHEK. Kat sini, Sally share gamabr we ols... :0
Kama, Sally, Kak Arida, Mr Mogan

Kama, Kak Arida & Sally..



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops