Doaku hanya ISTIQAMAH


Malam tadi segalanya kembali seperti biasa. Rutin harian, jadual kehidupan mama dan anak anak mula beroperasi. Pukul 9, anak anak sudah berada di atas katil. Mama baring dikatil Kak Nina sambil menepuk nepuk lembut anak kesayangan mama, Babah pula dikatil Arissa. Bercerita sampai tertidur anak kecil itu. Pesan babah, everybody kena baca doa sebelum tidur. Kalau tak baca doa nanti dapat nightmare. Masing masing menadah tangan dan terkumat kamit membaca al Fatihah dan diiringi doa tidur. Adelina terus pejamkan mata dan tertidur. Dia memang macam tu. Gosok gosok belai belai sikit dah tidur. Arissa masih lagi mengomel dengan Babah. Tapi omelan tak bertahan lama, sekejap sahaja suara kecil itu hilang bila mata dah semakin kuyu dan akhirnya terlelap juga.
.
Bila anak anak dah tidur, Mama tarik selimut hello kitty anak anak mama dan rapatkan ke dada. Satu kucupan mama berikan buat anak anak mama dengan doa yang satu, Kau peliharalah anak anak ku Ya Allah dalam jagaan Mu. Hindarkanlah mereka dari hasad dengki dan perbuatan jahat manusia. Jadikanlah mereka anak anak yang berjaya di dunia dan akhirat.
.
Mama dan babah kembali ke bilik kami. Tengok jam, baru pukul 9.15 malam. Niat di hati nak buka macbook sekejap. Nak tengok iklan ETC. Ahh.. esok saja. Rehat dulu malam ni. 
.
Sally capai telefon bimbit. Buka facebook pastinya. Scroll wall. Like dan comment status kawan kawan. Dan akhirnya mata Sally tertumpu pada satu video ceramah tengah LIVE. 
.
"Eh.. Shamsul Ghau Ghau ni B. Dia dah jadi penceramah ke?" Sally ajukan soalan pada hubby yang berada di sebelah. Tengah main game dia kat iphonenya. Huhu. 
.
"Ha ahh. Memang dia dah jadi penceramah bebas." Jawab hubby ringkas. "Sayang tak pernah dengar lagi ceramah dia." Komen Sally. Selalunya Sally dengar ceramah Ustaz Syamsul Debat, Ustaz Abdullah Khairi dan UAI pastinya. Maybe penyampaian mereka ini yang mampu mencuit hati dan tak bosan mendengarnya. Sambil bergelak, ada ilmu yang disampaikan mereka. 
.
"Nak dengarlah Shamsul Ghau Ghau ni."
.
Walaupun Shamsul sebagai pelawak, tiada unsur lawak dalam ceramahnya. Jelas. Jitu. Penuh perasaan dan perkongsiannya sungguh padat. Sally dengar sampai habis. Ceramah semalam lebih banyak berkisar tentang pengalamannya menunaikan umrah. MashaAllah, sangat terkesan di hati ini. Suka Sally nak berkongsi dengan anda semua warga facebook yang disayangi. 
.
Kata beliau, masa ke umrah, betapa jahilnya dia. Sally meletakkan diri Sally sepertinya waktu itu. Tapi bila beliau mengatakan yang tidak tahu solat sunat. Solat sunat apa yang nak dibuat. Kata orang solat banyak banyak kat sana. Pahala berganda. Tapi, dapat pergi umrah, satu amalan pun tak tahu nak buat apa. Ya Allah ruginya. Sangat rugi. Saat itu hati Sally terdetik, adakah kita mahu jadi manusia yang sentiasa dalam kerugian. Tetiba beliau teringat bahawa di Mekah, tengok Kaabah pun dapat pahala. Beliau duduk di tangga jalan menuju ke Kaabah. Siapa yang pernah sampai ke sana mesti boleh bayangkan tempatnya di mana. Beliau duduk di situ mengadap Kaabah. Duduk dan memerhati. Lama kelamaan beliau didatangi dengan seribu persoalan dalam kepala. Allah tanya beliau macam macam. Bersediakan beliau untuk menghadapi hari akhirat. Memerhati manusia tawaf keliling Kaabah. Berkaki ayam. Tengah panas. Bayangan padang mahsyar di depan mata. Manusia penuh dan matahari sejengkal atas kepala. MashaAllah. Hati Sally menjadi kecut. 
.
Dan tidak semena mena datang seorang budak kecil. Duduk ditepi beliau. Duduk dan membaca al Quran. Sambil membaca al Quran, budak itu melihat beliau. Baca dan toleh pada Shamsul. Hati beliau jadi panas. "Aih budak ni. Apasal tengok aku. Ingat aku tak pandai baca. Kau tunggu. Tengok yer." Dalam diri ada perasaan angkuh itu. Beliau bangun dan mencapai al Quran di rak masjid. Perkara pertama yang terjadi adalah bila beliau lupa cara buka al Quran. Bukan seperti buku biasa. Mulanya dari belakang. Huhu.. masa itu Sally rasa Ya Allah. Kerdilnya hambaMu ini Ya Allah. Benda simple pun boleh lupa dan kita bangga mengaku Islam. Kemudian beliau baca surah biasa. Surah dari Muqaddam. Hmmm... tak rasa hebat. Sebab budak kecil tadi baca surah panjang. 
.
Kemudian, beliau selak al Quran di muka surat belakang. Dengan konfidennya beliau memulakan bacaan. ALIF – LAAM- MIIIM. ZAALI.... ZAALI...ZAALI... Bacaan tersangkut di situ. Tidak dapat diteruskan. Sudah tidak mengenal huruf. Sudah tidak tahu bacaan. MashaAllahh... masa ini, air jernih mula bergenang di tubir mata Sally. Takutnya. Ya Allah. Jangan Kau keraskan lidahku dari menutur ayat ayat sucimu Ya Allah. Dan sambung beliau lagi, dari peristiwa itu beliau ingin mengaji kembali. Mendalami al Quran kembali. Kalau dulu semasa kecil, dah khatam Quran. Lepas khatam, tinggal terus. Beliau sampaikan semalam bahawa Sehari kita tinggalkan Al-Quran, 40 hari Al-Quran akan tinggalkan kita. Bayangkan kalau dan berbilan, bertahun tinggalkan al Quran... Ya Allah..
.
Panjang lebar lagi ceramah beliau. Terlalu banyak pengajarannya. Sahabat semua boleh le menonton sendiri. Sally pun ada share semalam di wall Sally. 
.
Pagi ini, menyambung rutin harianku, ku capai naskhah comel yang satu ini. Yang ku bawa ke rumah Allah kunjungan pertama kali. Ku baca dari tanda tali merah. Kebiasaannya sehelai sahaja sehari. Tapi pagi ini, kemanisannya berlainan. Tak cukup sehelai. Ku baca lagi dan lagi. 
.
Sally teringat kembali niat masa mula mula berhenti kerja dulu. Masa tu kerja di rumah. Layan whatsApp kat rumah jer. Sempat setiap pagi duduk disejadah dan membaca Qalam Allah. Tapi bila bisnes dah maju, sibuk dengan urusan dan nak cepat bersiap ke ofis, kadang kadang kadang baca. Kadang kadang tak. Lebih banyak tak dari baca. Ya Allah. ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­. Ceramah ustaz Shamsul semalam, telah menjentik hati ini. Hanya satu doaku Ya Allah, semoga aku Istiqamah dalam mengikuti jadual hidupku ke jalan Mu.
.
Hasil nukilan jari menari di papan kunci.
Pn Sally (Suhaili Mohd Zain)
Pengasas Eliss.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops