Pemergian ibu Jaja (my Biras)


Al fatihah utk ibu my sis in law Rozniza Zainal. Takziah jaja atas pemergian ibu tercinta.. 

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ. 
الفاتحة 
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ 
◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ



Setiap kali melawat jenazah.. Pasti ada kesedaran dlm diri.. Sbb tu dlm Islam pun kita digalakkan menziarahi kematian dan melawat org yg sakit.. 
.
Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari & Muslim] Sabda Rasulullah SAW:
.
“Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim] Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi: Hasan]
.
Kalau jenazah Sally ziarah yg lepas Sally teringin mempunyai anak lelaki untuk turunkan jenazah ke liang lahad.. Tapi kali ini rasa nya lain.. Pada pengamatan Sally.. Dan sepjg kenal dgn arwah.. Arwah mmg seorg yg baik.. Frenly.. Senyum jer slalu.. Pandai masak.. Slalu masak2 dan hidangkan kami makan best2.. Setiap kali bersua ada saja yg diborak bersama.. Wpun x slalu jumpa tapi ibu jaja seorg yg sgt peramah.. Cpt jer kami mesra.. Even pertama kali jumpa lg dia dah kenal nama Sally.. Mayb jaja ada bercerita.. Dan akhir sekali jumpa arwah cerita pasal selera beliau bertambah makan nasi kerabu Sally.. Terharu sgt.. Arwah mmg pandai ambik hati org.. Dan di hari arwah menemui penciptanya hari ini.. Tidak hairanlah ramai sungguh saudara mara dan jiran tetangga yg dtg.. Penuh rumah.. Sampai ke luar pasang khemah lagi... Begitu skali saudara mara n sahabat bersedih akan pemergiannya dan ziarah buat kali terakhirnya.. 
.
Kata org.. Nk tgk org itu disenangi atau tidak apabila saat dia sakit dia dikunjungi sahabat dan saudaranya dan jika dia meninggal.. Dia diiringi sahabat n saudara hingga ke tanah perkuburan.. Semoga arwah ditempatkan dikalangan yg beriman.. Dan Sally berharap di saat kepergianku juga nanti.. Sally juga sepertinya.. Dikelilingi n ditemani saudara mara dan sahabat yg menyayangi diri ini.
.
Tak perlu bermegah dgn 5000 frens di fb.. Tp bertuah dgn doa yg diiringi n sahabat/saudara mara yg sentiasa di sisi saat susah dan senang.. 
.
Adioss
Sally Sabri..


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops