DUNIA DARI MATA HATI SEORANG ANAK AUTISME

Copy paste from Autisme group.... Sajer Sally share kat blog utk renungan kita bersama.

Tulisan seorang kanak-kanak autisme yang menjelaskan kenapa sukar untuk orang berkomunikasi dengan mereka?

Saya terbaca satu posting yang berkongsi penulisan dari sebuah blog tulisan Philip, seorang kanak-kanak yang mengalami autism yang tidak bercakap tetapi sangat bijak berkongsi perasaan dan pandangannya melalui media dengan cara menaip.

Posting tersebut berkongsi jawapan balas Philip apabila beliau ditanya mengenai – mengapa kanak-kanak autisme sukar untuk berkomunikasi, mengelak dari bertentangan mata. Autisme wujud dalam pelbagai bentuk, namun antara ciri yang mereka miliki adalah kesukaran berinteraksi secara normal.

Saya tergerak untuk menterjemah jawapan beliau untuk supaya lebih ramai pembaca di luar sana dapat menghayati apa sebenarnya yang dirasai oleh kanak-kanak ini.

“Saya akan kongsikan dengan anda apa yang saya alami berkenaan hal perhubungan mata (eye contact), interaksi dan komunikasi.

Sebenarnya penglihatan kedua-dua mata saya adalah baik. Kebanyakkan orang mungkin mengambil masa yang lama atau berasa sukar untuk menghargai sesuatu gambar. Namun bagi saya, saya boleh menghargai sesuatu gambar dengan mudah dan pantas.

Setiap hari, apabila saya melihat gambar, saya nampak setiap butiran gambar tersebut dengan sangat teliti. Oleh kerana terlalu banyak butir maklumat yang sampai kepada saya, saya terpaksa melihat kearah lain supaya tidak terlalu terkesan semua yang saya terima dari deria saya.

Oleh sebab itu, saya hanya melihat perkara yang guru atau seseorang minta saya lihat. Kalau tak tunjuk atau suruh, saya akan elak untuk lihat. Ini dapat membantu saya untuk mengetahui apa yang perlu saya beri tumpuan.

Ini juga kerana bunyi lebih mudah untuk saya fokus berbanding ransangan visual yang terlalu banyak. Saya boleh camkan suara guru saya untuk saya terus fokus.

Sebab itu saya lebih mudah belajar jika saya duduk hampir dengan guru. Bila saya duduk bersebelahan atau hampir dengan guru, saya boleh memilih untuk fokus kepada suara guru dan mengelakkan saya dari terkeliru dengan ransangan-ransangan yang lain.

Bunyi yang pelbagai juga mencabar buat saya. Saya perlu menapis semua bunyi-bunyi yang ada dan memadam apa yang tidak perlu. Kemudian barulah saya dapat fokus kepada apa yang orang tanyakan kepada saya.

Kerana itulah saya tidak membuat perhubungan mata. Jangan salah faham, biarpun saya tidak melihat, saya sebenarnya mendengar. Bahkan saya mendengar pelbagai suara. 
Sebenarnya saya suka bila orang bercakap dengan saya dan bukannya buat tidak endah kepada saya.

Saya nampak aktif aktif kerana saya tidak dapat merasa badan saya dengan baik seperti orang lain. ada yang menganggap saya tidap sopan, tapi sebenarnya saya tidak berniat sebegitu. Saya perlu bergerak untuk merasakan tubuh saya. Adakalanya, kalau anda ajak saya duduk bersama, saya rasa lebih selesa dan tidak rasa ingin ke lari dari anda.

Beritahu anak anda (yang mengalami autisme) bahawa anda kini memahami dia. Ini kerana saya berasa sedih jika orang menganggap saya tidak sukakan orang lain. sedangkan saya sukakan mereka. Saya sukakan teman..”

Yang benar,

Philip


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops