Tak ada duit nak berSERUM

KISAH BENAR (Wajib Baca)
======================
Saya tertarik dan ingin berkongsi dengan anda semua kisah dari seorang Pengedar ELISS (Fiza - Pengedar ELISS Rantau Panjang, Kelantan. Telefon: 0139888826)  dan saya amat berbangga memiliki beliau di dalam kumpulan bisnes saya. Kisah ini diceritakan kembali kepada saya oleh Fiza. Ia bermula apabila seorang remaja wanita Form 3, yang dalam diam-diam menyimpan hasrat untuk mencuba Serum ELISS yang telah menjadi buah mulut rakan-rakan. Ramai yang dah mencuba dan hasilnya memang menakjubkan. Niat itu terpaksa dipendam atas kekangan kewangan. Maklum ler pelajar lagi. Tapi masalah wajah yang ditumbuhi jerawat besar bagaikan cendawan di musim hujan membuatkan beliau teringin untuk mencuba Serum ELISS yang dikatakan mampu membuatkan muka licin dan bebas jerawat. Kulit memang putih melepak tetapi bonjolan yang timbul telah menutup kejelitaan diri. Masalah jerawat sedikit sebanyak membuatkan remaja tersebut hilang keyakinan diri. Bertahun masalah ini dihadapi... Biasa ler... remaja baru nak meningkat umur... Tengok kawan-kawan gebu dan muka licin dengan Serum ELISS... beliau terpaksa pendam perasaan.

Hari-hari yang dilalui begitu mendesak diri apabila saban hari ada sajer testimoni hebat melewati wall facebook. Keinginan yang dipendam akhirnya diluahkan kepada Fiza. Mendengarkan keinginan dan azam yang kuat remaja tersebut,  Fiza begiu bermurah hati dengan menawarkan SERUM ELISS kepada beliau dengan bayaran ansuran dengan niat untuk menolong apabila melihatkan jerawat yang besar dan menyakitkan di wajah yang putih itu. Dalam pada masa yang sama, Fiza yakin Serum ELISS dapat membantu dan sekaligus dapat membuktikan yang SERUM ELISS bukan calang-calang serum yang boleh diperlekehkan... Bukan serum yang hanya hebat ayat marketing tapi habukk pun tadakkk... Dengan bayaran RM20 seminggu, remaja tersebut dapat memiliki dan mencuba SERUM ELISS. Kalau dah nak dapat pun berazam dulu... yang dimimpikan selama ini ada di tangan... remaja tersebut menggunakan serum dengan penuh disiplin. Tidak sekali pun dia skip untuk memakai serum. Apply 2x sehari dengan penuh jimat cermat... Yer laa.. bukan senang nak dapat kan. Bagi orang yang berdikit-dikit ni.. setiap titis itu amat bermakna. Pembelian serum itu juga diamanahkan untuk tidak dihebohkan pada bonda kerana khuatir dimarahi kerana memakai serum yang berharga  RM100. Pakai pun sorak-sorok jer... begitu sekali keinginan wanita untuk tampil jelita.. :)

Fiza telah monitor perkembangan remaja tersebut. Pada hari pembelian serum ELISS, Fiza sudah pun snap beberapa keping gambar dan semalam genap seminggu dia menggunakan serum ELISS, perubahan yang boleh dikatakan membanggakan telah berlaku. Beliau sangat berpuas hati. Bonjolan jerawat sudah mula susut. Pori besar sudah mengecil. Parut-parut hitam sudah hilang. Kulit tampil lebih gebu dan bersih. Baru SEMINGGU tau... Alhamdulillah... suka saya mendengarnya. Fiza skali lagi telah menghantar gambar perubahan selepas seminggu menggunakan ELISS. Sangat terharu, bangga dan tumpang gembira atas perubahan remaja itu. Tunggu perkembangan beliau pada minggu-minggu yang akan datang. U ols boleh ler melihat testimoni LIVE... Tanpa EDIT... 100% Original dan ikhlas dari persetujuan remaja tersebut sendiri. Anda tengok dan nilai sendiri. Serum ELISS memang tiada tandingannya... Sangat selamat dan mujarab. Ia tidak ler serum yang cantik dalam 1 hari tapi ia bertindakbalas secara natural dan yang penting kulit muka terpelihara dan selamat digunakan.








   


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops