Pori besar adalah keadaan di mana liang roma anda kelihatan besar yang boleh membuatkan kulit anda kelihatan kasar dan tidak sekata. Liang pori yang lebih kecil membuat kulit anda kelihatan licin, lebih lembut, dan lebih muda.
PUNCA LIANG PORI MEMBESAR
Apakah pori-pori ni sebenarnya? Pori-pori ialah liang kecil pada permukaan wajah yang mengeluakan minyak dan peluh. Secara fakta la ye, terdapat 20 000 pori-pori kat muka kita ni. Setiap orang mempunyai saiz pori yang berbeza.
Punca pori-pori besar:
Mereka yang memiliki kulit berminyak selalunya mempunyai saiz pori yang besar kerana lebihan peluh yang keluar daripada folikel yang dikenali pilosebaceaous yang tidak dapat dikeluarkan, lalu menjadi saiz pori besar serta jelas dilihat dengan mata kasar.
- Sel kulit mati yang terkumpul pada permukaan wajah, peluh dan kotoran, yang melekat di sekeliling pori menyebabkan pori membengkak serta membesar dengan bentuk bujur.
- Gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok juga menyebabkan kulit berpeluh lebih banyak
- Pencemaran alam
- Faktor genetik
- Faktor penuaan, pori menjadi lebih besar apabila usia meningkat, kulit kehilangan kolagen dan kehilangan keanjalannya sekali gus menyebabkan pori menjadi besar.
- Perubahan hormon dikalangan wanita hamil turut menyebabkan pori membesar
- Cuaca panas, akibat pendedahan kepada sinaran matahari .
Manakala terdapat dua punca pembesaran saiz pori-pori iaitu pori-pori tidak mengecil malah semakin membesar. Puncanya ialah pengumpulan peluh berlebihan atau sel mati dan pori yang kendur. Pengumpulan peluh berlebihan atau sel mati sering berlaku di kalangan remaja dan cuaca yang panas. Kebanyakannya memiliki kombinasi kulit berminyak pada zon T. Pori kendur berlaku pada usia meningkat. Pori memerlukan struktur kolagen sihat bagi menyokong dindingnya dan membentuk pori yang kecil. Dinding pori disokong oleh dermis dan epidermis. Apabila dermis kehilangan keanjalan, iaitu kehilangan sokongan fizikal yang menyebabkan kulit menjadi kendur.
2 langkah hebat pengecilan pori:
1. Mengambil kolagen
Jika anda ingin mendapatkan liang pori wajah yang lebih kecil, anda benar-benar perlu mencari produk penjagaan kulit yang baik. Eliss Tropical Collagen adalah pilihan hebat yang meningkatkan pengeluaran kolagen wajah dan meningkatkan elastin dalam kulit anda. Ia juga dapat menganjalkan kulit wajah anda.
2. Buang sebum berlebihan
Sebum berlebihan, atau minyak boleh membesarkan liang anda. Kulit anda secara semulajadi akan menghasilkan sebum, kerana anda perlu sedikit daripada minyak itu. Jadi, anda perlu menggunakan serum yang mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan di wajah. ELiSS Natural Advanced Face Serum adalah pilihan hebat kerana ia dapat mengecilkan pori wajah dan tidak berminyak. Elak dari menggunakan produk yang kasar yang boleh merosakkan wajah anda. Pencuci muka yang mengandungi manik-manik halus 'beads' perlu dielakkan bagi mereka yang bermasalah pori besar.
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
0 comments:
Post a Comment