Penggunaan serum muka selalu mengelirukan ramai orang. Mereka tidak tahu mengapa mereka perlu menggunakan, bila mereka perlu menggunakan dan bagaimana cara menggunakan?
Serum adalah sangat tertumpu dan aktif. Adalah amat penting untuk membersihkan kulit terlebih dahulu. Dengan cara ini semua bahan-bahan aktif yang terdapat di dalam serum boleh menembusi kulit anda. Bahan-bahan aktif adalah sebab mengapa serum adalah lebih bermanfaat daripada pelembap biasa.
Ramai orang mengadu kenapa serum mereka tidak meresap dan melekit. Adalah penting untuk mengetahui cara yang efektif memakai serum dan memilih produk serum yang berkualiti ELISS.
Berikut adalah beberapa tips pemakaian serum yang efektif untuk mendapatkan hasil yang optima:-
- Bahan-bahan aktif di dalam serum dapat menembusi dengan lebih baik pada kulit yang bersih, hangat dan sedikit lembap. Jadinya, bersihkan permukaan muka dahulu dengan sabun muka dan keringkan.
- Jika ingin menggunakan toner, pastikan memakai toner dahulu sebelum memakai serum.
- Picit 1-2 kali gel serum ELISS di tapak tangan. Gosokkan permukaan tapak tangan dengan rata supaya serum mudah meresap.
- Sapu serum ke seluruh permukaan muka dan leher. Tekapkan tangan anda pada permukaan kulit. Konsentrasi sapuan lebihkan kepada garisan kedutan kerana serum bertindak sebagai anti penuaan.
- Walaupun serum masih basah, ketuk permukaan kulit muka dengan jari secara lembut selama setengah minit. Anda boleh menggunakan semua jari kedua-dua tangan pada kedua-dua belah muka. Tindakan mengetuk dapat menggalakkan serum untuk menyerap sepenuhnya ke dalam lapisan kulit yang lebih dalam sejauh mana ianya mampu pergi.
- Jika anda merasa kesemutan pada kulit apabila anda memakai serum - jangan bimbang. Kesemutan adalah tanda bahan-bahan aktif dalam serum meresap kedalam dermis - di mana tempat bahan aktif tersebut bertindak balas.
- Pastikan kulit betul betul kering sebelum memakai pelembap (kira-kira selepas 3 minit). Anda boleh memakai pelembap anda dengan cara yang sama . Pastikan serum / pelembab menyerap sepenuhnya sebelum memakai bedak asas atau alat solek yang lain.
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
0 comments:
Post a Comment