UMRAH PERTAMAKU : PART 2 – 4 HARI DI MADINAH

Assalamualaikum….


Ok.. kita sambung lagi cerita UMRAH ni… mmg bersinar-sinar mata klu cerita bab UMRAH… laju jer tangan aku ni menaip Kak Jah oiii.. Kak sana pun aku ingat kat ko Kak Jah dan Cik Temah… muahhhss to u olsss… OK.. sampai jer pagi tu kat Jeddah lebih kurang pukul 8.00 pagi gitu.. We ols kat airport lama jugak utk proses check out… diaorg ni mmg utamakan kaum diaorg dulu… hmpir 3 jam kat sana… Bila keluar jer kawasan airport.. waaa.. terpegun dgn canopy ala payung2 besar berlantaikan semin warna kuning… sangat cerah sekali.. disertai pulak dengan angin yang dingin bertiup.. sgt indah bumi Rasulullah s.a.w ini… Tapi yang tak best… toilet nyer.. agak kotor sedikit.. klu dlm kawasan airport bersih.. tapi kat luar ni agak kotor… sayang sekali…. tgk gambar jap.. sekitar dalam airport... atas flight dan juga kawasan luar airport...


Muka manyak senyummm... with My Hubby 
my sister Kak Da and my bro in law Abe Lie
  
Gambar VISA pun ambik gak... hikhikkk.. then gmbr pemandangan Jeddah dari udara

 

 

Nak turun dari flight.... gmbr luggage we ols.. Masa ni tunggu jejaka2 tak siap lagi check out


 

Posing dulu di signboard kat airport... 2 beradik... cam tullitubbies pun ada... o'ooo..

 

Kawasan airport Jeddah

Posing romantik sikit....


 


Kawasan berehat sebentar... di airport Jeddah.. kerusi kuning plastik yang agak selesa..


Then, we ols terus naik bas bertolak ke Madinah.. Ambil masa dalam 7 jam gitu… Jauh ler jugak.. Dengan menikmati pemandangan bukit bukau dan padang pasir… dan sesekali lelap juga… Terperasan gak.. wpun lelap.. or tgh tgk pemandangan luar… mulut ni mmg tak henti berzikir dan beristigfar… rasa magic jer… sebab tu Sally rasa better u ols latih sebelum pergi… Bercakap pun tak sgt dengan En Hubby.. masing2 melayani fikiran masing2… dan tangan pulak mmg tak lepas tasbih… huhuu… sangat berlainan okay dgn aktiviti di Malaysia ni.. Tak tahu nak cakap macam mana… Mmg 100% serah diri dan tak sabar untuk berkkunjung ke rumah Allah..

Oh yer… lupa lak nak citer sembahyang subuh tadi.. We ols sembahyang subuh kat atas flight. Nnt dia akan buat announcement dah masuk waktu subuh.. Masa tu, Sally ke toilet dan ambil wuduk guna spray… kut nnt lecak plak toilet atas flight tu. Sembahyang duduk jer.. Belajar ler cara sembahyang duduk sebelum pergi yerrr.. Citer sikit bab makan atas flight Air Asia X ni… mmg terbaekkk dan sedap sgt. Sekarang ni kan kecok cerita menu MAS Nasi Lemak Terlanjang ler.. Nasi Lauk Masak Asam Ikan yg xder ikan ler… macam2 kena complain dr chef2 terkemuka Malaysia.. tapi bagi Sally… AirAsia punya menu mmg best dan Sally puas hati… Hidangan atas flight termasuk dlm pakej. Nasi yang dihidangkan.. Nasi ayam curry hijau.. dan nasi daging Palembang… Sedap.


Nasi Beef Palembang ni sodap...
OK.. Dah sampai Madinah, we ols menginap di hotel Al-Ansar New Palace. Bersih dan selesa hotel nyer.. jarak ke Masjid Nabawi pun dekat jer… kuar pintu hotel.. terus jer melalui kawasan shopping Da Wood dan terus sampai ke pintu masjid.. Sgt2 dekat.. puas hati sgt. Bilik best… duk berdua jer dgn Kak Da… Makan pun best. Wifi ada kat lobby hotel.. Pergi je kat kaunter dan minta password.. Dia gunting kecik2 password letak dlm kotak kayu kecik kat atas kaunter… Sally mita password.. mamat arab tu tunjuk kotak tu jer.. Akak pun terkial2 le rtgk aper ke benda mamat ni… rupa2nya password ada dlm tu.. mcm kertas cabut undi gitu… Jangan lupa snap jadual waktu solat... Senang utk rujukan... Mmg slalu tgk jer... tak byk beza Madinah dan Mekah.. waktunya lebih kurang sama jer..Sally snap di lobby hotel. Kat hotel Malaysia ada waktu solat cam ni??? huhuuu



Ni ler hotel kami menginap... Al Ansar New Palace.. Masa ni nak g solat Maghrib
Jalan menuju ke Masjid Nabawi dari hotel kami

Cute nyer... masih bujur ada dagu lagi wajah ku... sebab tak makan banyak lagi masa ni...
Hilton ni selang 1 blok jer dgn we ols.... Dekat sgt... So kiranya nak ke Masjid Nabawi tu melepasi 2 blok shj dah  smpi...

Kak Da berlatar belakangkan Hotel Al Ansar New Palace

Tengok ler... ramai jer penjual kaki lima...

Orang menjual di kaki lima... murah..murahhhh


Melalui Da Wood shopping complex

Kawasan kedai2 berdekatan dengan pintu masjid Nabawi... Tahan Nafsu okayyy

Untuk entry selanjutnya, anda boleh dapatkan Buku Diari Umrah Pertamaku. Semua senarai, doa dan tips Sally masukkan di dalam buku tersebut. Murah jer, RM25 senaskhah. Boleh juga belikan untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan yang nak menunaikan umrah/haji. Nak beli, boleh click link ini: http://www.eliss.com.my/product/diari-umrah-pertamaku/ 




Tunggu next episode... Klik sini untuk Part 3

Wasalam. 
Sally



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


UMRAH PERTAMAKU: PART 1 – PERSEDIAAN SEBELUM KE TANAH SUCI



Assalamualaikum…

Wah… sungguh sopan dan bertertib permulaan posting Sally kali ni… Alhamdulillah.. ada ler perubahan positive nyer sejak balik UMRAH ni… Sally memang sangat2 teruja untuk berkongsi dengan u ols semua… Tiada pun sekelumit rasa ingin bermegah2 atau menunjuk2… posting ini semata-mata ingin berkongsi apa yang Sally rasa u ols ingin tahu dan patut tahu sekiranya pertama kali ingin menjejakkan kaki ke rumah Allah. Ia lah.. kita yang jahil ni.. serba tidak tahu.. perkongsian Sally ini adalah atas dasar ingin membantu, memudahkan dan melancarkan urusan u ols untuk menjadi tetamu Allah. Perkongsian perjalanan Sally kali ni tidaklah seperti percutian  Sally ke luar negara yang lain-lain… kali ni Sally hanya nak highlightkan perkara2 yang penting sahaja di mana Sally tak temui di blog-blog yang lain. Sally cuba untuk memberi penerangan sejelas-jelasnya pada u ols supaya sama-sama kita mengambil keberkatan daripadanya.. Dan ingin juga Sally bagitau awal-awal yang posting ini adalah untuk bacaan insan kerdil yang rasa diri ini banyak berdosa dan masih cetek ilmu agama… macam Sally... dan bukanlah untuk rujukan para ilmuan yang bertaraf Ustaz dan Ulama’. Mohon maaf sekiranya apa yang ingin dikongsi tidak mendapat persetujuan daripada anda semua kerana apa yang ingin disampaikan adalah ikhlas daripada Sally untuk para Jemaah umrah yang baru pertama kali ingin ke sana atau bagi yang dah plan nak ke sana…. Sally juga berharap posting ini sedikit sebanyak dapat membuka hati u ols semua untuk sama-sama memasang niat dan mempercepatkan proses untuk menjadi tetamu Allah. Jangan tangguhkan lagi kerana tiada tempat yang paling istimewa di dunia ini selain daripada mengunjugi Baitillah.. Allah Akhbar… rindu sungguh diriku pada Rasullulah s.a.w dan juga inginku menatap Kaabah yang suci di depan mataku sendiri lagi… dan lagi..

Sebelum itu… terlebih dahulu Sally ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada my bra fren Madam Neeny (yang dah kurus skrg ni) kerana telah menggerakkan hati ini untuk ke Tanah Suci… tanpa perancangan awal daripada beliau Sally tidak pernah terfikir untuk ke Mekah dalam masa yang terdekat ini. TQ Neeny.

Penceritaan Sally ni lebih kepada wanita..  kelengkapan wanita dan ibadah kaum wanita… sbb Sally sendiri alami nyer.. yang lelaki Sally tak berapa arif… maaf yer…
Part 1 ni Sally nak kongsi persediaan sebelum ke tanah suci.

PERTAMA: PEMILIHAN TRAVEL AGENT

Pemilihan travel agent mengikut kemampuan masing-masing.  Ada yang murah… ada yang mahal. Yang murah tu hotel dia jauh sedikit… yang mahal hotel dekat dengan Masjidilharam… Mana-mana travel agent sama sahaja..  Mereka cuba untuk memberikan yang terbaik untuk para Jemaah. Biasanya Jemaah akan disediakan dengan seorang Mutawif (tour leader Umrah/Haji). Bukan senang kerja seorang Mutawif. Bukan sahaja perlu membawa Jemaah yang ramai, salah penyampaian beliau..  dosa Jemaah dia tanggung. Sally pasti para mutawif sentiasa banyak berdoa bagi memastikan semua Jemaah berpuas hati dan dapat melaksanakan ibadat dengan selesa. Kalau ada yang tak kena.. for sure balik Malaysia kena kutuk kan… So, mmg berat tanggungjawab mereka…  

Apa yang penting u ols kena tahu:
1. Harga. 
Compare ler 2 – 3 harga daripada travel agent mengikut kemampuan dan kehendak. Booking awal biasanya dapat harga lebih murah. Early bird gitu.. Macam Sally dpt harga early bird.. Pakej Sally pergi RM4790 sahaja bersama TIRAM TRAVEL. Travel agent ni Taufik yang recommended coz dia pergi dulu servis bagus katanya… tu yang Sally terus called and booked. Booking RM300 sahaja untuk seorang Jemaah.

2. Hotel. 
Biasanya orang akan tengok Hotel apa yang kita akan menginap kat Mekah. Kat Madinah tak kisah sangat coz biasanya hotel dekat2 kawasan Masjid Nabawi jer. Kat Mekah ler ada yang 2km, 1km, 200m, 50m… Semuanya mempunyai rate yang tersendiri. Bila nak booking dengan travel agen, make sure tanya betul2. Travel agen ni pun satu… benda2 macam ni pun nak diputar belitkan oleh ayat-ayat marketing semata-mata nak dapatkan Jemaah yang ramai.. Sally pun tak faham dengan mereka2 ini. Tak baik menipu orang..  orang nak gi buat ibadah kuttt… Macam TIRAM TRAVEL.. (maaf ler yer… Sally suka terang2an.. malas nak selindung2) dia iklankan hotel ZAM ZAM TOWER… Tengok iklan kat bawah ni… Masa tu Sally dan Neeny excited tgk harga murah tapi duk ZAM ZAM TOWER (50 meter dari Masjidilharam)… Tapi bila dah booking… dah sampai masa untuk ke sana.. bila tanya balik duk hotel aper… katanya hotel sekitar zam zam tower… huhuu… manusia2… Sally rehda jer laa… Sally menginap di Hotel Saraya Iman… lebih kurang 250meter… 8 minit perjalanan ke Masjidilharam.. Kira dekat ler jugak.. Syukur Alhamdulillah… If u ols terkena macam Sally gak… pikir dulu ler.. mustahil dpt harga RM5K dan menginap di Zam Zam Tower… Kat situ almost RM10K+++ okayyy… Tak payah nak mimpi sangat… Dalam urusan ke Tanah Suci ni kena banyak Redha dan Bersabar jer laaa…. Kat Madinah plak Sally menginap di hotel Al Ansar New Palace… Dekat sahaja dgn Masjid Nabawi.. 3 minit jalan dah sampai kut… Makan kat dua-dua hotel ni sedap dan Sally berpuas hati… tu yang badan mak macam kena pump jer balik Malaysia.. huhuuu… Nak pesan sikit.. jangan cerewet sangat.. 1st time makan terus cakap sedap… akan rasa sedap ler sampai akhirnya… if mula2 dah cerewet.. nak makan pun cium2 ikan.. cium2 ayam.. jawabnyer kebulur ler… takpun makan beli jer laa… makanan agak mahal jugak kat sana.. bayangkan if nak beli jer setiap masa… bawak RM10K pun tak cukup.. kalau sorang pergi tak per.. kalau 1 family 10 orang… nak beli semua aper cerita… Bersyukur ler aper yang ada…. Duit tu bleh ler beli buah tangan kat sedara mara… 
Oh yer.. u ols kena ler makan yang cukup coz banyak juga ambil tenaga buat ibadah umrah ni lagi2 semasa tawah dan juga saei.. kut tak dak tenaga bleh pengsan jugak tau…

3. Bilik. 
If bilik berdua agak mahal. Ada bilik ber3, ber4, ber5, ber6… Semua harga lain2. Dalam kes Sally… awalnyer.. we ols booking untuk 11 orang.. dan ambil bilik ber5 dan ber6… tapi bila last minit ada yang tarik diri atas sebab2 yang tak dapat dielakkan… so we ols ber5 jer pergi… Sally, my sister, my hubby, my bro in law n my nephew… So, Sally dapat ler bilik berdua jer dgn Kak Da… My hubby plak bilik ber3 dgn Abe Lie n Rafiq.. Alhamdulillah.. rezeki Allah. Ada hikmahnya.. bayar murah jer tapi dapat bilik yang selesa. Kat sana, Sally nasihatkan jangan ler duk compare2 harga.. sebab semua Jemaah pergi harga tak sama.. bimbang akan menimbulkan rasa tidak puas hati antara Jemaah.. Naper org ni bayar murah.. Naper orang ni bayar mahal??? Diam2 jer laa… Ada jugak yang duk compare2 harga kat sana bersama dengan Jemaah travel agent lain… Ada yang bayar mahal.. travel agent femes kat Malaysia ni.. tapi duk sebelah hotel we ols jer… beza RM2K ler jugak… Macam2… Sally dengar jer… dan beristigfarlah… lebihkan pada percakapan ttg ibadat..kut ada yang terRIAK sbb pergi dgn pakej mahal… ada yang berkecil hati ker.. dan ter.. ter.. yang lain… Elakkan daripada bercakap benda2 yang remeh-temeh yer…

4. VISA. 
Hal ni kerja travel agent… Tak payah ler kita risau pasal VISA lulus ke.. VISA tak lulus ker.. If pergi berkursus tu… ada yang duk heboh2.. VISA aku dah lulus dgn agent A… VISA kau tak lulus lagi dengan agent B… Tak perlu risau sgt… Lebih baik relax… byk2 berdoa.. dan berserah kepadaNya.. Jika Allah kata 1.1.2015 si polan bin si polan akan menjadi tetamu Aku.. Maka sampai ler si polan itu… Letakkan diri kita yang kita hanya ke sana bila Allah sudi menerima kita menjadi tetamuNya. Yang lain-lain tu hanya menjadi penyebab sahaja. Sally rasa tak perlu ler untuk call dan maki2 travel agent segala…. Dugaan Allah semua tu…

5. Kelengkapan lain seperti Passport, gambar VISA, Suntikan Meningitis, Salinan surat nikah yang disahkan oleh Jabatan agama, salinan kad pengenalan dan lain… Ni semua agent akan bgtau nanti.

Kesimpulan untuk travel agent TIRAM TRAVEL ni.. Sally bagi 5 bintang untuk servis di Malaysia dan 9 bintang servis di Mekah/Madinah. Untuk Mutawif: Ustaz Solehin daripada Johor Bharu.. Sally bagi 10 bintang…. Kenapa 5 bintang servis di Malaysia?? Sebab promo yang ala-la putar belit. Zam Zam Tower konon.. bgtau jer ler la hotel sekitar zam-zam tower… rasa nak report tribunal pun ada… tapi sabar…. Lagi satu tarikh yang tetap.. Mula2 ckp 5hb.. patu ckp 7hb… pastu nak pindah 5hb balik… Sally tak nak coz tiket flight Kelantan – KL dah beli.. dan tetap tarikh 7hb.. daripada pukul 12.30 tgh.. tukar ker 1.30 pagi plak 7hb tu.. agak kelam kelibut gitu… Masa tak tetap dan sangat menyusahkan orang.. We ols siap booking Tune Hotel lagi sebab dtg KL 6hb dari Kelantan.. ingat bermlm kat Tune Hotel dan pagi esok nyer ke airport… Nasib baik beli tiket 6hb.. buat nyer beli tiket pagi 7hb… tak ker naya jerrr..… check in hotel 2 jam jer laa 6hb tu… tukar baju.. rehat2 jap.. dan terus kena check in flght utk penerbangan 1.30 pagi… huhuu… Tapi.. Alhamdulillah.. masa yang sangat sesuai dan Allah permudahkan perjlan kami… Sampai Jeddah 8.00 pagi… rasa fresh jer coz dah tidur dalam flight… Sungguh smooth perjalanan kami... Kongsi gambar kat Tune Hotel jap.. merasa gak duk Tune Hotel... hikhikk... sempit giler okayyy..

KE DUA: PERSIAPAN ROHANI/ILMU

Bab ni Sally memang blur awal2… tak tahu mana nak start dulu… Bila saat2 untuk ke Mekah hamper tiba… hati ini begitu sayu.. terasa sungguh kerdil dan banyak sungguh dosa… Pernah terdetik di hati ini.. “Layakkah aku ke rumahMu Ya Allah.” Risau.. Takut.. Gundah Gulana… kadang2 malam pun tak bleh tidur asyik terpikir jer… Macam mana ler agaknya aku bila di sana nanti… Aper yang Sally buat?

1. Kursus umrah.
Biasanya travel agent akan sediakan kursus umrah bagi para Jemaah. Sally pergi sekali jer coz kesibukan tidak mengizinkan… huhuu.. Klu u ols ada byk masa bleh ler pergi 2 – 3 kali.. Bleh jugak join tabung haji punya wpun kita tak ikut travel agent diaorang… Perkongsian ilmu ini PERCUMA sahaja… Tapi Sally ada jugak tengok kat youtube… Banyak taklimat umrah dan haji yang boleh kita tengok kat youtube.. Sama sahaja.. bleh tengok 2 – 3 penyampaian ustaz yang berlainan.. Tengok malam2 feel sikit.. 

2. Sally baca buku Panduan UMRAH.
Buku panduan umrah ni terlalu formal dan jika baca pun macam nak ambik periksa pun ada.. Boleh ler tahu yang basic2… dan refresh mata pelajaran Pendidikan Islam yang belajar dulu tu… 

3. Sally usha blog2 mereka yang dah pergi UMRAH.
Seronok sgt… pelbagai pengalaman mereka lalui.. Ada yang disertakan dengan gambar ada yang tidak.. Mengikut gaya penulisan masing2… Lebih jelas dan dah bleh bayang ler sikit2 macam mana bila berada di sana nanti… Tapi dalam byk2 blog yg Sally baca.. tidak ada satu pun yang clear ttg setiap satu tempat ibadah.. dan apa yang perlu dibuat situ. Blog yang dibaca lebih kepada pemandangan, makanan, gambar2 mereka di sana, tempat2 ziarah… masih belum jelas pada pandangan Sally. Maybe ada yang menulis tapi Sally tak jumpa… Dari situ, Sally berazam untuk menjejakkan kaki ke sana dan bila balik Sally mahu ceritakan semuanya supaya u ols lebih clear dan tidak ler blur macam yang Sally hadapi. Maybe org jahil macam Sally ni jer kut blur… yang lain clear jer… tak pergi pun dah nampak dan dah bleh bayang macam mana kat sana… huhuuu.. Ada jugak blog yang terlalu details… dah macam step nak jadi alim ulamak dah.. bila baca rasa byk nyer benda nak kena buat… susah nak nak g umrah ni… bla.. bla… blaa… tarik nafas… bertenang… and take it easy.. Jgn jadikan ia beban dan nak kena buat 1001 benda sebelum pergi… Sebenarnya ia senang sahaja… dengan hati yang lapang… hanya pergi beribadah kepadaNya… sebenarnya Sally mmg agak kalut seblm pergi.. rasa seperti byk nyer tak taubat lagi… cukup ke tahajud aku.. cukup ke smbyg taubat ku… ader ke benda2 lain lagi yang aku tak tahu… mcm2 pikir…. Sgt kusut… rasa x lengkap jer…. Bukan aper.. takut terkapai2 dan tak tahu nak buat aper kat sana…. Sally tak mahu u ols rasa yang sama… 

4. Baca kisah-kisah nabi
Sally suka baca kisah2 nabi.. lebih2 lagi lepas dapat itinerary… Bila dah tahu setiap tempat yang akan dilawati.. Sally baca kisah2 yang berkaitan.. so that tak der ler aku ni dungu sangat tak tahu sejarah kisah sesuatu tempat… Sally agak bertuah sebab Abe Lie (my bro in law) suka bercerita… Klu tak tahu Sally suka tanya dia.. banyak kisah2 para nabi yang dia tahu.. dan kita lebih jelas bila sampai di sesuatu tempat yang dilawati… dan boleh menghayatinya.

5. Pengisian Rohani
Bab ni memang nak kena buat.. 
  • Perbanyakkan solat taubat. U ols bleh ler belajar dari buku or laman2 web para muslimin muslimat..
  • Perbanyakkan solat tahajud. Biasakan diri bangun malam dan bertahajud.. Coz kat sana nanti.. pukul 3 pagi dah bangun.. bersiap sedia nak ke masjid untuk solat subuh.
  • Berzikir. Latihkanlah bibir anda sentiasa berzikir.. Baik di rumah, di tempat kerja… sambil drive… Lama2 hati pun rasa tenang.. sejuk jer… lebih dekat rasa diri dengan Allah… Banyakkanlah beristigfar… mudah2an suci sikit diri sebelum menjadi tetamu Allah…
  • Solat hajat… Pohon ler supaya dipermudahkan segala urusan dan semoga Allah menerima kunjungan kita sebagai tetamunya.
  • Perbanyakkan doa.. Doa ni Sally ambik dari blog MariaFirdaus… Best doa dia.. dan Sally edit mengikut kesesuaian.. Doan i Sally print dan baca setiap kali selepas solat. Mmg bercucuran lah air mata setiap kali membaca doa… terasa begitu kerdil diri ini.. Doa mmg agak Panjang… tapi berdoalah setiap kali selepas solat… wpun mengambil masa yang agak lama sebab kita pohon setiap satu yang kita mahu supaya segalanya dipermudahkan… Alhamdulillah.. semuanya Sally hadapi dan Allah perkenankan kecuali satu jer… mencium hajaratul aswad.. Nnt Sally cerita bab ni pada posting yang akan datang. Doa nnt Sally share kat akhir posting ni… untuk rujukan u ols… 

6. Sediakan NOTA
Sally buat nota sendiri.. aper amalan yang nak dibuat.. bacaan2 penting.. Sally create n print out.. siap liminated and punch lubang.. buh tali gitu.. mmg sgt berguna dan menjadi rujukan Utama kat sana… Ada jugak yang beli jer nota tu yang dah siap.. tapi byk doa dlm bahasa arab.. tak faham maknanya.. kurang pemahaman dan kusyuk gitu.. 

7. Kompilasi doa kawan2.
Of coz if kawan2 yangtau kita pergi ke sana..mmg ramai yang kirim doa.. Sally berbesar hati menerimanya… Dan Sally minta diaorg emailkan jer dan Sally compile semua doa.. print out dan baca jerk at tempat2 yg dikatakan mustajab bila berdoa.. Bukan aper kut ketinggalan dan lupa doa kawan2… nama penuh semua pun bukan kita ingat.. So lebih baik compile dan print out.. Alhamdulillah.. Sally berpeluang baca semua doa kawan2 yang dikirim berkali2 di tempat mustajab doa… bukan nak cakap doa kita mustajab.. tapi Allah tu Maha Mendengar.. Sally tolong sampaikan sahaja.. Mohon Allah makbulkan doa2 yang dikirimkan… Doa untuk diri sendiri pun Sally print out dan baca sahaja.. Sbb kat sana.. dgn orang ramai.. mesti ada yang tak tercover.. Sally gunakan masa di sana sebaik2nya dan doakan semua yang sepatutnya.. Tak salah meminta2 dari Allah.. jangan kita khuatiri sebab kuasa Allah besar.. Allah mampu memakbulkan semua doa dengan kehendakNya… Sally ingat lagi ustaz cakap dulu… Kalau nak berdoa.. Doa jadi doctor.. klu tak dpt jadi doctor pun at least jadi nurse… Tapi kalau doa jadi nurse.. maybe jadi amah kat hospital jer… (bukan ler nak hina amah… tapi perumpamaan nyer sahaja..) Minta ler dari Allah sebab Allah sayangkan hambaNya… daripada meminta2 kat orang lain.. sebab orang tu sama sahaja dengan kita..)

KE TIGA: PERSIAPAN JASMANI/FIZIKAL

Ini agak penting jugak okay… Kena ada stamina yang kuat.. Berjinak2 ler ke gym ker.. slow jog kat taman ker… sebab klu xder stamina agak mencabar juga untuk melakukan Saei. Tawaf ok lagi.. Saei ni dlm 2km lebih ler jugak berjalan.. Ada yang cramp kaki.. Ada yang termengah… Tapi Alhamdulillah Sally & Hubby dapat menyelesaikannya dengan baik.. Ketiga2 umrah yang dilakukan.. bab Saei mmg we ols buat sama-sama.. Nnt Sally cerita lebih lanjut pasal Saei yer… pendek kata, badan kena cergas jugak… Sebab tum mg patut pergi umrah/haji ketika di usia muda ni… Rasa kesian tengok mak2 dan nenek2 yang ke sana.. Dah tak larat nak beribadah.. Nak buat macam mana.. keadaan dan kemampuan orang berbeza.. Tapi jika mampu, baiklah didahulukan kerja2 ibadah ini dahulu… Sangat sedih bila ada yang tak berapa Nampak… nak jalan pun kena pimpin.. itu belum lagi cerita mak or nenek yang hilang.. Yer laa.. dah tua.. hotel yang mana satu pun tak tahu.. koordinat geografi entah ke mana… kesian sangat… lagi2 klu yg dapat hotel jauh daripada masjid.. jauuh berjalan.. kesian sangat.. Yang muda pun termengah berjalan .. inikan lagi yang tua… Itu belum lagi sesi memasuki Raudah.. Tawah dalam keadaan yang ramai orang… kesian mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik…

KE EMPAT: PERSIAPAN BARANGAN

Teringat plak masa ustaz bagi ceramah umrah hari tu kat Masjid Taman Kosas… Orang buat persiapan perbanyakkan doa.. solat dan zikir…. Tapi kebykan Jemaah buat persiapan di SOGO… hikhikkk…. Yer laa kan.. kelengkapan UMRAH perlu juga. Sally usha2 jugak kat blog lain… dan Sally come out with checklist… wahhh.. gitu.. yerlaaa… kut ada yang tertinggal. Sally gak nak suggest kat u ols.. bukan ler ambassador mana2 butik.. tapi serius best dah selesa… Kelengkapan umrah Sally beli kat Munawarah TTDI.. Butik Umrah.. Pergi sana.. dia akan advise dr hujung rambut smpi hujung kaki… Ada juga yang Sally beli kat kedai lain.. tapi tak sama.. Material beza.. keselesaan beza. Sally akan bagi checklist barang yg u ols kena bawak jer… tak perlu byk2.. coz ada jugak barangan Mr Hubby yang dibawa tidak dipakai.. Sally punya mengikut perancangan… Kat bawah ni Sally Share checklist barangan untuk WANITA dan juga LELAKI.

CHECKLIST UMRAH PEREMPUAN

CHECKLIST UMRAH LELAKI

Untuk entry selanjutnya, anda boleh dapatkan Buku Diari Umrah Pertamaku. Semua senarai, doa dan tips Sally masukkan di dalam buku tersebut. Murah jer, RM25 senaskhah. Nak beli, boleh click link ini: http://www.eliss.com.my/product/diari-umrah-pertamaku/ 





jumpa lagi di Part 2. (klik untuk ke part2)

Wasalam.
Sallly.


Ni Sally share doa yang slalu Sally baca selepas selesai setiap kali solat sebelum berangkat ke Tanah Suci.. waktu kat rumah ler.. kat opis tak baca pun... baca ler sekurang2nya dua minggu sebelum.. start awal lagi bagus...

DOA SEBELUM BERANGKAT KE TANAH SUCI (UMRAH) Kredit tu MariaFirdaus jugak..
"Ya Allah, kami memohon keampunan Mu ya Allah. Kami memohon rahmat Mu ya Allah. Kami memohon taufik dan hidayah Mu, ya Allah. Kami dijemput oleh Mu bagi menunaikan ibadah umrah pada tahun ini. Kami bersyukur atas segala nikmat yg Engkau berikan kepada kami sekeluarga.

Ya Allah, terimalah kami sebagai tetamu Mu ya Allah. Tetamu yang paling istimewa ya Allah, tetamu yang paling-paling istimewa ya Allah. Kami tahu, Engkaulah yang berkuasa memberi keistimewaan kepada sesiapa yang Engkau mahu berikan. Ya Allah, ampunilah diri kami ya Allah.

Ya Allah, Kau peliharalah keselamatan dan kesihatan ahli keluarga kami di Malaysia. Tenangkanlah hati mereka. Jangan Kau cetuskan rasa rindu kepada kami sepanjang kami menjadi tetamu Mu ya Allah. Kau hilangkan lah rasa rindu kami kepada mereka semasa kami berada di sana.

Ya Allah, berikanlah kesihatan kepada ibu bapa kami dan pembantu rumah kami. Kau lindungilah mereka. Masukkanlah mereka dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Kau balaslah budi baik mereka yang sanggup bersusah payah menjaga anak kami dengan memberi kemuliaan, kesejahteraan dan kebahagian di dunia dan akhirat. Kau ampunilah dosa dosa mereka ya Allah.

Ya Allah, Kau ampunilah diri kami. Ya Allah, kami pergi ke rumah Mu semata mata untuk beramal ibadah kepada Mu. Janganlah Kau palingkan niat dan tujuan kami. Jangan Kau sukarkan perhubungan antara kami.

Ya Allah, Kau berilah perasaan kasih sayang, cinta mencintai antara kami suami isteri dan adik beradik, saling maaf bermaafan dan tidak cepat berasa tersinggung dan bermasam muka. Jadikanlah kami saling faham memahami dan saling kasih mengasihi. Ya Allah, jauhilah kami dari bertelingkah dan berselisih faham yang boleh menjejaskan amal ibadah kami di sana nanti ya Allah. Jangan Kau uji kami dalam soal ini ya Allah.

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami. Bermula dari kami keluar dari rumah ini sehinggalah kami kembali ke sini. Janganlah kami terjebak dengan sebarang kesulitan yang menyukarkan kami untuk sampai ke rumah Mu. Jauhilah kami dari mala petaka atau bencana yang akan menimpa kami Ya Allah.

Ya Allah, jangan Kau pisahkan kami. Berilah ketenangan, keamanan dan kemudahan terutamanya dalam soal-soal kesihatan sepanjang perjalanan kami. Elakkan kami dari perasaan kerap membuang air kecil. Peliharalah kesihatan kami, mudah mudahan dengan kesihatan yang Kau berikan. Dapatlah kami beramal ibadah untuk mendekatkan diri kami kepada Mu.

Ya Allah, hanya pada Mu lah, tempat kami bergantung harap. Berikanlah kemudahan kepada kami sekeluarga. Berikanlah keistimewaan kepada kami dalam segala perkara. Tempatkanlah kami dikawasan yang berdekatan dengan Masjidil Haram. Ya Allah, kami memohon kepada Mu agar tempat tinggal kami tidak menjadi penghalang kepada tujuan kedatangan kami ke Tanah Haram ini.

Ya Allah, kami mahu beramal ibadah kepada mu. Semata mata untuk Mu, ya Allah. Permudahkanlah makan minum kami dan berikanlah kesihatan yang baik sepanjang kami di sana. Kau berikanlah kesabaran kepada kami dalam menghadapi sebarang cabaran dan dugaan disana nanti.

Ya Allah, semasa kami di Madinah nanti, Kau berikanlah rasa cinta, rasa sayang dan rasa kasih kepada Masjidil Nabawi. Ya Allah, kami mahu yang terbaik. Kamu mahu beramal ibadah di sana. Berikanlah kami peluang menziarahi dan melalui Makam Rasulullah. Berilah kami ruang untuk bersembahyang di Raudah. Cukupkanlah sembahyang kami sekurang kurangnya 40 waktu secara berterusan.

Berilah kami peluang untuk melakukan yang terbaik di sana nanti ya Allah.
Ya Allah, kami akan mengerjakan ibadah umrah. Kau terimalah ibadah ini ya Allah. Semasa kami di Mekah nanti, mudahkanlah kami melakukan ibadah umrah Ya Allah.

Berikanlah laluan dan lorongan bagi kami melakukan tawaf umrah. Permudahkanlah kami melakukan sai’. Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kesihatan untuk kami melakukan amal ibadah ini. Ya Allah, jangan Kau uji kami dengan rasa jarak yang jauh, hati yang malas dan tenaga yang tiada.

Ya Allah, semasa kami berada di Tanah Haram nanti, janganlah Kau lalaikan kami dengan bersenang lenang dan malas beramal ibadah. Ya Allah, kami hadir sebagai tetamu Mu dalam keadaan jahil. Kaulah yang dapat membantu kami.

Ya Allah, berikanlah kami perasaan jatuh cinta kepada Masjidil Haram. Gerakkanlah hati kami supaya sentiasa berada di sana. Beramal ibadah di sana. Itulah cita-cita kami ya Allah. Kami datang semata mata kerana Mu ya Allah. Kerana Mu ya Allah. Ya Allah, tutuplah pintu hati kami daripada lalai membeli belah di sana nanti.

Ya Allah, penuhilah ruang masa kami dengan melakukan amal ibadah yang sepatutnya kami lakukan. Ya Allah, kami ingin khatam Al Quran di Masjidil Haram Ya Allah. Ya Allah, kami ingin bersembahyang di Hijir Ismail Ya Allah. Ya Allah, kami ingin mencium Hajar Aswad. Ya Allah, kami ingin berdoa dihadapan Multazam ya Allah. Berilah ruang kepada kami apabila kami memerlukannya ya Allah. Berikanlah rasa kasih yang mendalam kepada Masjidil Haram.
Ya Allah, Kau ajarlah kami. Kau bantulah kami. Kau tunjukkanlah dengan sebaik-baik pengajaran. Kau berikanlah ilham untuk kami melakukan yang terbaik. Hanya yang terbaik untuk Mu ya Allah. Ampunilah kami ya Allah, hanya kepada mu tempat kami berserah dengan sesungguhnya.

Ya Allah, gerakkanlah hati kami untuk melakukan umrah sunat sebanyak mungkin. Ya Allah, gerakkanlah hati kami bagi membanyakkan amal di Masjidil Haram. Berikanlah perasaan kasih sayang, cinta dan keinginan untuk berada di sana. Ya Allah, mudahkanlah untuk kami melakukan ibadah tawaf, bersembahyang dan membaca al quran.

Ya Allah, ampunilah kami. Permudahkanlah perjalanan kami dari Madinah ke Mekah. Jauhilah kami daripada sebarang mala petaka. Jangan Kau uji kami dengan sesuatu yang tidak dapat kami memikulnya Ya Allah. Berikanlah kesihatan kepada kami. Amankan hati kami. Tenangkan perasaan kami. Ingatkan kami untuk bertalbiah di sepanjang jalan.
Ya Allah, mudahkan urusan kami sepanjang menjadi tetamu Mu. Ya Allah, tetapkan hati kami untuk beramal ibadah. Ya Allah, kuncilah mulut kami daripada bercakap perkara yang tidak memberi faedah. Jauhilah kami daripada mereka yang suka bersembang, menghabiskan masa dan membazir waktu.

Ya Allah, berikanlah taufik dan hidayah Mu kepada kami. Kau berikanlah kerahmatan Mu kepada kami. Ya Allah,selepas selesai segala-galanya, kami memohon kepada Mu, permudahkanlah perjalanan pulang kami. Jauhilah kami dari malapetaka sepanjang perjalanan pulang kami. Berikanlah keselamatan kepada kami sehingga kami dapat berjumpa dengan ahli keluarga kami. Ya Allah, Kau berkatilah kami ya Allah. Ampunilah kami ya Allah.

Ya Allah, kami ini adalah manusia jahil. Kami ini manusia yang kerdil. Kami banyak dosa kepada Mu. Ampunilah kami. Kami pergi menunaikan umrah semata mata kerana ketakutan dan keinginan untuk menyampaikan rasa syukur kami kepada Mu. Kau yang Maha Berkuasa. Kau yang memakbulkan segala permohonan hamba Mu. Ya Allah, kami mahu yang terbaik, yang teristimewa dan yang terpilih diantara jutaan hamba-hamba Mu.

Ya Allah, berikanlah dan kurniakanlah umrah yang mabrur kepada kami sekeluarga, umrah yang Kau redhai dan yang mulia disisimu. Ya Allah, apabila kami pulang ke Malaysia nanti, kami mahu berubah ya Allah. Kami mahu menjadi manusia yg lebih baik disisimu.
Ya Allah, berikanlah kebahagian kepada kami sekeluarga. Berikanlah rezeki yang halal dan jauhilah kami daripada mereka yang suka membuat fitnah. Kaulah yang mencipta kami dan kami hanyalah hamba Mu yang hina dan tidak berpengetahuan.

Ya Allah, sekiranya kami dipanggil oleh Mu, Kau masukkanlah kami dikalangan orang yang beriman, mereka yang beramal soleh. Kau tempatkanlah kami di dalam syurga Mu yang paling istimewa. Syurga Firdaus ya Allah. Kami mohon keredhaan Mu.






U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops