Assalamualaikum….
Raudhah… Aper tu?? Dulu pun Sally tak tahu aper itu Raudhah… tahu ler tempat suci.. tapi tak tahu aper ada kat Raudhah.. Dengar jer orang cerita pergi UMRAH/HAJI masuk Raudhah.. tapi tak pernah ambik port pun nak tahu… Raudhah tu kat Mekah ke… kat Madinah ke… Sally tak tahu pun… Tapi sejak nak pergi UMRAH tu Sally google.. baca blog.. tanya kawan2 pasal Raudhah…
Raudhah digelar Taman Syurga… iaitu tempat beradanya Makam Nabi Muhammad.. Rasulullah s.a.w… Alangkah indahnya berada di sana.. berada dekat di sisi Nabi kita.. yang kita sebut2 sentiasa.. yang kita berselawat sentiasa padanya… dan kini Sally berada di sisi makam Baginda… MasyaAllah.. perasaan mmg tak dapat nak bayangkan macam mana… Hasil daripada bacaan kat buku.. kat blog.. cerita kawan2.. cerita mama sendiri pun… semua cerita susahnya nak masuk ke Raudhah.. Ada yang cakap mmg bertuah jika dapat solat sunat di kawasan Raudhah.. Ada yang cakap bersesak2nya di raudhah.. coz ramai org nak pergi sana… macam2 cerita Sally dgr.. tak boleh nak bayangkan macam mana masa tu.. Tapi dlm byk2 cerita tu.. tak ada seorang pun yang menceritakan di mana letaknya Raudhah?? Macam mana nak ke sana??
Alhamdulillah… Sally diberi kesempatan 4 kali memasuki Raudhah. Berkat doa Sally sebelum pergi agaknya.. Setiap kali mempunyai pengalaman yang berbeza…
PERTAMA KALI MEMASUKI RAUDHAH.
Sampai nyer di Masjid Nabawi.. Sally dan Kak Da tertanya.. mana Raudhah?? Mana pintunya?? Macam mana nak pergi Raudhah?? Sally pernah dengar seorang Mak Cik dari Malaysia tanya guard kat pintu Masjid tu… This is Raudhah?? Sambil menunjukkan ke dalam masjid.. Guard Arab tu pun angguk je la.. Mmg ler Raudhah tu berada di dalam Masjid Nabawi tetapi di bahagian manakah?? Besar masjid Nabawi itu… Sally tak tahu kat mana Raudhah?? Selepas solat Subuh hari ke 2, Kak Da bertanya pada seorang mak cik dari Malaysia setelah bertegur sapa dan berkenalan.. “Makcik dah masuk Raudhah?” .. Makcik tu pun jawab.. “Dah.. semalam.. sekali jer dapat masuk.. ramai orang.. bersesak2..”… Kak Da tanya lagi.. “Nak masuk Raudhah ikut pintu mana?”.. Makcik tu jawab..”Ntah ler.. makcik pun tak ingat.. Mak Cik ikut je group.. tau-tau sampai kat Raudhah”… hmmm.. tidak membantu.. Kami berpandangan dengan niat di hati yang sama… “Hari ni kita mesti masuk Raudhah”. Ustaz cakap orang perempuan ada waktu2nya untuk masuk Raudhah. Raudhah dibuka kepada orang perempuan selepas solat Subuh dan solat Isya’. .. tapi sebenarnya jika musim orang ramai… waktu Zohor pun dibuka untuk orang Perempuan.. So.. sedang elok lepas Subuh hari tu.. we ols pun melancarkan misi untuk memasuki Raudhah… We ols pun terkial2 ler.. mana ler pintu Raudhah ni.. macam mana ler nak masuk?? Nampak orang rapat ke depan menghampiri penghadang kayu.. buat aper diaorng ni??? “ Kat sini kut nak masuk Raudhah??” Sally bgtau Kak Da.. Kak Da cakap.. “Mana ada pintu… Kak Da rasa kat sana….” Sambil menunjukkan pintu gah besar berbingkai emas di sebelan kiri Masjid… Dan ada ukiran2 hijau gitu… Dalam hati Sally .. “Haa yer laa… sungguh bagus Kak Da.. Allah beri petunjuk padanya” Lagi2 nmpk org berpusu2 melalui pintu tu… We ols pun berjalan menuju ke sana…
Nak tanya orang jgn harap ler diaorng faham kan.. Tak ramai yang tahu berbahasa Inggeris… So we ols pun menghampiri pintu yang dikatakan Kak Da tadi… huhuuu… rupa2nya pintu keluar… hukhukk.. itu jalan ke Perkuburan Baqi’.. We ols pun berpatah balik… Dan Nampak orang makin ramai berkumpul di hadapan penghadang kayu tu… So, we ols pun pergi ler kat situ.. Dan Sally bertanya salah seorang perempuan Arab dan tanya… “Raudhah?”… Perempuan tu mengangguk… betul ler penghadang tirai kayu itu adalah jalan nak ke Raudhah… We ols ni pun terus menyelit kat situ… tiba2.. terasa kami janggal sangat… Sebab hanya kami berdua bertelakung putih.. s edangkan yang lain semua berjubah dan berselendang hitam… huhuu… lantak ler.. kami menyelit dan membongkok jer kat situ ala-ala menyorok di kalangan orang Arab yang besar2 semuanya.. Kak Da ler yang ketara sebab dia besar… Sally yang ala-ala cute ni memang tersepit antara mereka.. Rupa2.. guard perempuan tu dah kelas kan… Orang Asia… duduk dulu… ada tali plastic yang ala-ala klu ada kemalangan tu kan polis pasang.. haaa… dia pasang tali tu dari tiang ke tiang… maknanya 1st batch masuk dulu.. orang2 Arab/Turki/Pakistan diberi keutamaan.. orang Asia dan lain2 kena duduk dulu.. ikut turn.. we ols main redah jer… hihii… ada gak yang pandang2 kat kami yang ala-ala itik sesat ni.. tapi kami buat derrrkkk jer..
Kiri tu gambar rekaan dlm masjid...
Kanan tu ler gambar penghadang kayu yang merupaka pintu ke Raudhah
|
We ols tgh bersesak.. sempat lg snap... Itik sesat.. hihiii |
Lama jugak tunggu depan pintu tu… hampir 1jam setgh… lenguh betis berdiri… tetiba ada sorang nak pitam… dan kwn dia tanyakan sesuatu pada sorang perempuan arab yang lain.. Orang tu menggiling2 kepala… tetiba kawan tadi menyebut stomachache.. hungry.. Sally pun terus menyeluk ke dalam bag dan mengeluarkan sebungkus Biskut Cream Cracker.. Tersenyum dia mengambilnya.. dan Sally tgk kawan dia makan dengan rakusnya.. Sejak tu perempuan2 Arab yang lain agak selesa dengan kami.. tak der yang jeling2 dah…
So, tunggu punya tunggu,......
Untuk entry selanjutnya, anda boleh dapatkan Buku Diari Umrah Pertamaku. Semua senarai, doa dan tips Sally masukkan di dalam buku tersebut. Murah jer, RM25 senaskhah. Boleh juga belikan untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan yang nak menunaikan umrah/haji. Nak beli, boleh click link ini: http://www.eliss.com.my/product/diari-umrah-pertamaku/
Jumpa di next post.. UMRAH PERTAMAKU - Part 4.. Banyak lagi nak dikongsi bersama.. supaya sama-sama kita ambil manfaat dan bersangka baik ler.. Sekali lagi Sally ingin maklumkan bukan ler niat nak menunjuk2.. nak riak.. nak berlagak pandai.. tapi niat untuk berkongsi saat manis dan tips yang mana sebelum Sally ke sana dulu… benda2 yang Sally sebutkan kat atas tu yang Sally nak sgt tahu.. yang Sally cari2... Semoga posting Sally kali ini dapat memberi manfaat kepada kita semua… Amin
Klik sini untuk Part 4
Wasalam
Sally.
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
As salam sis Sally..MasyaAllah..saya menagis membaca entry sis pasai berjalan2 di tmn syurga..Sungguh saya menangis seperti saya dapat bygkan saya juga berada dalam situasi sis sally masa kat sana..SubhanaAllah, rezeki sis tuk masuk ke Raudhah begitu mudah..Berkat niat sis untuk memberi petunjuk/pertolongan kepada insan2 seperti saya yg menantikan panggilan dan jemputan Allah untuk ke sana jua.. Terima kasih sis sally, sangat2 bermanfaat entry sis ni..Allah sahaja yg dapat membalas budi dan jasa sis sebab berusasah payah membuat entri ini untuk kemudahan bakal2 jemaah seperti saya ni..Doakan saya untuk sampai ke sana jua ya sis..
Salam kenal dari saya,
Yani (Damansara, KL)