UMRAH PERTAMAKU : PART 4 – UMRAH PERTAMA KU

Assalamualaikum...

Saban hari asyik busy jer dengan urusan duniawi... cewaahhh... yer laa.. email melambak masuk minta update pasal UMRAH.. Dengan tidak menghampakan u ols semua.. dan juga mengambil kira Puan Sri Radin yang akan berangkat ke Tanah Suci (ke dah berangkat??? huhuuu...) Sally gagahkan diri hari ni untuk hupdate semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada posting ini... Yang ada pandangan lain.. serong ke aper ker... cepat2 ler beristigfar sebab Sally tak der niat nak membangga diri.. hanya perkongsian semata.. bersangka baiklah kamu.... :)

Ok.. kita sambung cerita UMRAH...

Sebelum bertolak dari Madinah, ustaz minta para jemaah semua mandi sunat ihram di hotel, sembahyang sunat ihram di hotel dan jamak terus Zohor dan Asar. Kami memang lengkap berpakaian ihram... lelaki dengan kain ihram nyer dan perempuan sunat berpakaian putih... Baju putih dari Munawwarah yang Sally tunjuk kat u ols masa previous post tu Sally pakai.. Sangat selesa. Kat bawah Sally sertakan Niat Mandi Sunat Ihram dan Solat Sunat Ihram.

MANDI SUNAT IHRAM
"Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Ta'ala"
SUNAT: Mengerat kuku, Mencukur atau menanggalkan bulu ketiak, ari-ari, mengandam misai dan rambut. Wangian boleh dipakai di badan sebelum niat ihram bukan di pakaian.

SOLAT SUNAT IHRAM
“Sahaja aku mengerjakan solat sunat ihram 2 rakaat kerana Allah Taala”
R1: Surah Al-Kafirun  dan R2: Surah Al- Ikhlas

Kami berhenti di Masjid Bir Ali untuk niah ihram.. Berhenti untuk sembahyang tahiyatul Masjid dan semasa di dalam bas, kami niat secara beramai2 yang dipimpin oleh Ustaz Salehin.. Ustaz juga memberi penerangan tentang pantang larang ihram.. Dah niat tu.. bermula ler pantang larang masing2.. Untuk wanita, niat umrah bersyarat.. mana tahu if datang bulan ker... tidak ler dikenakan dam..  Niat seperti di bawah:

NIAT IHRAM (WANITA)
"Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala dan sekiranya aki dihalang kerana uzur halalkan aku sepertimana orang yang halal"

Selepas berniat ihram... kami bertalbiah sepanjang jalan... yang dipimpin oleh ustaz.. Sungguh syahdu sekali... bagi ternampak lambaian Kaabah melambai2.. semakin dekat dan dekat... Bacaan Talbiah seperti di bawah:

Labbaikallahummalabbaik, Labbaikala syarikala kalabbaik,  innal hamda, wanni’ mata, lakawal mulk, laa syariikalak…”

Maksud:
"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".

Talbiyah ini disunahkan ketika kita telah melafazkan niat sampai menjelang mahu melakukan Tawaf untuk Umrah.

Dalam perjalanan ke Mekah, mulut ini memang tidak henti2 berzikir dan bertalbiah... hingga ler terlelap... Sally pun tak pasti bila amsa terlelap sebab asyik duk melayan perasaan yang sally sendiri tak tahu... terharu kah?? tak sabar kah??? excited?? Takut??? semuanya bercampur aduk... We ols berhenti jugak kat RnR untuk solat Maghrib dan makan malam... Sedap Nasi Mandi kat sini.. MasyaAllah... mmg nasi tak kan habis sebab banyak.. tapi lauk abis jer.. sodap sgt.. tu yg badan akak naik berganda-ganda tu... huhuu.. Lagi satu nak pesan.. bawak ler sejadah bersama masa travel kat sana.. letak jer atas bas.. coz senang nak solat kat RnR tu.. RnR sana agak kotor dna berpasir.. kat atas carpet pun byk pasir.. so, bleh ler alas sejadah utk solat... Lepas dah makan tu.. naik bas kejap jer.. terlelap lagi dan lagi... huhuuu

Tetiba Sally terjaga apabila ustaz announce dah nak sampai.. Cepat2 Sally bukak mata untuk membaca doa masuk Tanah Haram Makkah... Macam dah diset jer kat mind ni.. terjaga tetiba...

DOA KETIKA MASUK TANAH HARAM MAKKAH
Ya Allah, Kota ini adalah Tanah Haram-Mu dan tempat aman-Mu, maka hindarkanlah daging, darah, rambut dan kulitku dari neraka. Dan selamatkanlah diriku dari siksa-Mu pada hari Engkau membangkitkan kembali hamba-Mu, dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang selalu dekat dan taat kepada-Mu.

Sampai Mekah, we ols check in hotel dulu... makan dan berehat sebentar... Ustaz cakap nak buat UMRAH wajib we ols pukul 1.30 pagi... Wpun berada di bilik, Sally tak pulak nak mandi ke aper.. nak bukak tudung pun tak nak sbb takut ternampak rambut ke aper kannn.. huhuuu.. sampai ler waktu nak g buat UMRAH.. ambik wuduk dan terus pergi..

Masa jalan nak menuju ke MasjidilHaram... hanya Allah sahaja yang tahu perasaan nyer... Kami pergi secara berkumpulan... Sampai sahaja diperkarangan Masjidilharam.. hati ini begitu mengagumi suasana yang bersih putih marmar.. sejuk mata memandang... tersergam nyer Gate King Abdul Aziz... then.. waktu berjalan memasuki MasjidilHaram... Ya Allah... sungguh berdebar2.. tak boleh nak gambarkan macam mana perasaan itu... Masuk jer.. mata mmg melilau2 mencari.. di manakah Kaabah?? Dimanakah tuju tanda kiblatku itu??? Kami ke satu sudut dan tinggalkan kasut di dalam uncang kasut dan letak sekumpulan di situ.. Jgn ada terlintas pun hilang ke aper.. letak jer dgn aman damai di situ.. InshaaAllah selamat jer dia kat situ.. Sbb if pegang jer kasut agak mengganggu perjlnan.. nak tawaf.. nak saei... if nak solat jer.. boleh ler masukkan kat uncang dan letak di sisi sejadah...

Untuk entry selanjutnya, anda boleh dapatkan Buku Diari Umrah Pertamaku. Semua senarai, doa dan tips Sally masukkan di dalam buku tersebut. Murah jer, RM25 senaskhah. Boleh juga belikan untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan yang nak menunaikan umrah/haji. Nak beli, boleh click link ini: http://www.eliss.com.my/product/diari-umrah-pertamaku/ 



Klik untuk Part 5

Wasalam,
Suhaili...



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops