Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit

Dah tgk lom Hantu Kak Limah 2. Sally pergi tgk semlm dgn hubby... Sally dah janji nak bg review kan.. so.. pagi2 ni.. dah alang-alang bukak laptop menghupdate customer... kita layan post entry dulu jap.. sebelum turun dan menikmati breakfast yg sudah disediakan oleh Sang Bibik.. waaahhh... Puan skrg malasan mau ke dapur... Mood nyer ngak datang... kikikiii...

Ok.. berbalik kepada perkara pokok... Dah lama tak tgk wayang... pembuka 2013 ni.. Sally layan citer Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit... Citer ni.. merupakan kesinambungan cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah.... Of coz ler kan... dah ada nama Kak Limah kak situ... sebelum Sally memberi komen yg panjang... meh kita layan sinopsis dulu:

Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian "Hantu Kak Limah Balik Rumah", Husin yang telah muflis akibat di tipu skim cepat kaya di Singapura, telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon, kekasih lamanya sewaktu Kampung Pisang dilanda Zombi. Namun beberapa hari selepas itu, Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh. Nampaknya, sejarah 45 Tahun dulu kembali semula. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung itu kembali menghantui.

Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya, sibuk merancang rombongan ke Singapura dan mempelawa Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah semakin rumit apabila Husin sendiri hilang dari rumahnya. Rakan-rakannya Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK gagal mengesan dimanakah Husin berada. Yang tinggal hanyalah mee maggi Singapura.....

Di dalam kekecohan itu Dr. Samsudin mendakwa mampu mengesan dimana Husin. Apakah sebenarnya yang berlaku...? Siapakah yang menculik Husin...?

Haaa.. dah layan sinopsis.. meh baca Aper kata Sally plak:
  • Bagi Sally, Mamat Khalid ni super d best bila kepala otak dia bleh pikir citer yg sempoi dan lawak tahap babun ni.... Sally suker giler idea Abg Mamat ni....
  • Lepas Abg Mamat Khalid berjaya dengan "Hantu Kak Limah Balik Rumah" pada tahun 2010 dengan membawa fenomena 'Cer Citer... Cer Citer..' kutipan laks menghampiri RM 8 Juta.. tahun ni kesinambungan cerita2 di Kampung Pisang datang lagi dgn tajuk "Husin, Mon & Jin Pakai Toncit". Berapa agaknya kutipan tahun ni???
  • Dengar tajuk filem jer macam harghaaammm sempoi dan lucu giler... Tajuk filem paling panjang di abad ini..
  • Pembuka cerita pun dah bantai gelak dgn rambut pelakon2 yang berputar2 alam ke depan.. mmg lawak giler...
  • Kak Limah dlm citer ni tak serabai sebelum nyer.. dah cun melecun... dah tak giler dah... so, watak Kak Limah hanya tempelen shj... Watak utama dlm citer ni adalah Husin (Awie).
  • Wpun pemilihan pelakon yg biasa-biasa jer.. of coz kos murah ler kan.. (untung Abg Mamat) yg power pun Awie, Ezlynn dan Rashidi Ishak.. bayar lebih sket.. yg lain tu biasa2 jer... tapi filem ni berjaya membuatkan panggung wayang bergegar dan mampu menarik ramai penonton ke panggung. Syabas Abg Mamat.
  • Jln citer yg sempoi.. wpun sempoi... ada pengajarannya... dan yang penting penonton tak stress... we enjoyed d show...
  • Kali ni Abg Mamat selitkan unsur CGI.. yang Sally rasa cukup baik.. 7 bintang Sally bagi untuk effect CGI... Sally suka part hantu2 dan aura2 dlm bentuk CGI tu... then Jin tu bertukar jadi raksaksa.. cuma part dia pegang Husin tu jer nmpk cam kartun sket... yg lain mabeles... Sally gak suka part gmbr hitam putih tu.. tetiba jer bergerak.. kembali kpd masa silam.. mmg mengancam part tu...
  • Part lain yg memang Sally bantai gelak.. tak tahan lawak siott... Masa dioarg main galah panjang... hahahahaaa... nak pecah perut mak gelak.. Giler lawak...
  • Cuma agak terkilan sket bila Abu Hurairah (Johan) tak der dalam citer ni.. huhu... dia kahwin lari.. dibawa lari oleh pompuan Jawa.. huhuu.. klu ada Abu.. mesti lagi umphhh...
  • Usop plak tak berapa menyerlah sangat... so-so jer... boleh ler... cuma part moyang dia tu yg leh jadi bahan lawak.. Penari Istana.. kakakakaa... Usop lak dah pakai motor... ehsan Kerajaan.
  • Kekuatan dialog citer ni mmg ummmphhh... Sally suker
  • Ada gak part video clip... Husin dan Mon... dgn pemain2 muzik yg di awangan... huhuu... Abg Mamat mmg kreatif.
  • Saper lak jin pakai toncit tu Sally? Lakonan laki Vanida Imran ni... mmg kena ler.. Nak tahu lebih lanjut.. u ols g panggung ler sendiri erkkk...
Dah panjang lebor tu.... u ols nak tahu lebih.. pergi ler wayang.. Mmg best ler.. semlm mmg panggung penuh.. we ols pun beli couple seat. Drp kena mendongak duk depan kan.. kuar duit lebih sket ler.. biar selesa mau tgk wayang... So citer ni Sally bagi 8 bintang.. Nak gelak2 bleh ler g panggung...

Adios..
Sally.




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


2 comments:

  1. Amin A. R said...:

    memang best citer ni...2 kali sy tengok..kreatifnya abg mamat khalid memang hebat!

  1. Sally said...:

    yup.. setuju sgt.. sgt..

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops