Wanita senang nak dapat pahala...

Hari ni Sally nak share sikit pasal Wanita dan pahala... entry ala-ala ustazah jap.. bukan aper.. dunia cari.. akhirat pun kena cari gak... tak gitu Jah..???

Jadi nyer.. kita mulakan dgn Bismillahirahmanirrahim.....

Sally tertarik dgn rata-rata entry kat blog and paling latest Sally baca kat FB posted by one of my fren.. Bila baca tu.. rasa macam... bertuah nyer jadi Wanita... dan rugi  nyer jika tidak dimanfaatkan peluang2 yang ada untuk meraih sebanyak mungkin pahala dalam kehidupan seharian.. So, Sally nak share dgn u ols...
  • Kita ni para wanita kalau melayan suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. Suami balik jer.. hidang air.. ambik bag kerja suami.. bukak kan stokin.. urut2 bahu sket..
  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Tengok jer dah dapat pahala.. MasyaAllah.. So, suami2 jangan ler asyik keluar melepak jer.. duduk ler kat rumah klu dah abis kerja tu.. supaya isteri2 leh tambah pahala dgn hanya melihat suami... hehheee
  • Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya. Tu setakat uli tepung jer.. bayangkan kalau kita hidangkan tom yam ker... stim ikan siakap ker.. wat cake ker.. nasi beriani ker... hmmm... berganda2 pahala... Mulakan semuanya.. dengan Bismillah.. janji hidangan yang disediakan ikhlas untuk suami dan keluarga..
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah. Bab ni.. Sally dah bg pahala kat bibik plak.. huhuuu
  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
  • Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tuala emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tuala perak.
  • Seorang isteri yg menyambut baik kedatangan suaminya yg dalam keadaan marah, Allah akan beri padanya setengah pahala jihad
  • Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasukiSYURGA
  • 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 8 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 
  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Ni buat Sally semangat nak breast feed Arissa sampai 2 tahun ni...
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. So.. Sally redha jer my hubby tidur sampai berdengkur... huhuuu
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  • Apabila seorang wanita melahirkan anak & dia mati maka dikira mati syahid.
  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagaimati syahid.
  • Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.
  • Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah.
  • Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.
  • Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
  • Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
  • Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


2 comments:

  1. dya said...:

    suke baca entry akk ari ni..x mngantuk..segar..hihihi

  1. Sally said...:

    Sharing is caring dear :)

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops